بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Puak2 UMNO selalu tuduh PR terutamanya PAS gila kuasa. Sanggup buat apa saja untuk dapatkan tampuk pemerintahan. Dituduhnya PAS peralat Islam, sanggup bekerjasama dengan syaitan, bersekongkol dengan kafir (dan menjilat ludah sendiri), sanggup berketuakan seorg kaki bontot (?) dan pelbagai lagi.
Malah dalam satu forum, ulama muda UMNO menembak PAS dengan menyatakan betapa bahayanya golongan ulama gila kuasa ini dengan berpandukan ayat 34 surat at Taubah, "Hai orang beriman, sesungguhnya kebanyakan di antara pendeta dan ulama mereka itu memakan harta manusia dengan jalan batil (tiada hak) dan mereka menghalangi orang daripada jalan Allah. Orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak membelanjakannya di jalan Allah, hendaklah beri mereka peringatan dengan seksaan yang pedih."
Maka, untuk menyanggah tuduhan itu keluarlah satu ayat keramat (oleh Aziz Bari kalau tak silap), "kita tidak gila kuasa, tetapi kita hendak rampas kuasa dari orang gila." Namun, puak2 UMNO counter balik, "kita tidak gila kuasa, tapi kita hendak halang orang gila berkuasa".
Jom kita kaji, siapakah yang gila sebenarnya? Dan bagaimana hendak mengatasi hujah ulama muda UMNO itu? Ada kaitannya.
Pertama, apakah yang sering dilakukan orang gila? Orang gila seringkali melakukan perbuatan yang diluar batas pemikiran manusia yang normal dan pelik2 tindakannya - dan dalam konteks perbincangan, benda yang menyusahkan dan tak sepatutnya dibuat oleh manusia normal. Kalau nak ikutkan, dulu2 org kata Einstein gila. Wilbur dan Oliver Wright gila. Henry Ford gila. Isaac Newton gila. Tapi gila depa gila yang bermanfaat. Dalam konteks perbincangan kita hari ini, "gila" yang dimaksudkan ialah gila yang tidak membawa manfaat - malah boleh diistilahkan sebagai "hilang akal".
Kemudian, di sini kita boleh bahagikan "kegilaan" itu kepada dua konteks - iaitu konteks gila kuasa politik dan gila salahguna kuasa politik.
Gila kuasa politik ini berkait rapat dengan perihal rampas tak rampas kuasa seperti yang dipaparkan pada tajuk entri ini. Bagaimanakah gila kuasa politik ini?
1) Sanggup mengikut rentak penjajah inggeris "mensekularkan" ruh perundangan negara asalkan dapat menjadi kerajaan Tanah Melayu (walaupun secara hakikatnya merupakan boneka British).
2) Sanggup memperkenalkan loteri kebajikan untuk menampung kos operasi parti terutamanya kos perjalanan pergi balik delegasi ke London walaupun jelas ianya haram di sisi Islam.
3) Sanggup memisahkan Singapura dari Malaysia kerana takutkan pengaruh terpupus.
4) Sanggup memainkan sentimen perkauman sempit walaupun dah masuk alaf baru, walhal depalah yang dulu berkeras mahukan kerakyatan jus soli diimplimentasikan mengikut kehendak dan acuan British.
5) Sanggup menerajang keluar sahabat2 dalam parti dan merampas kuasa secara darurat apabila ada pihak lain bertambah pengaruhnya.
6) Sanggup merisikokan pengharaman parti dengan mengadakan 30 bahagian yang tak sah semata2 ingin kekal menjadi presiden parti.
7) Mengaku parti itu tua usianya tapi lupa (atau buat2 lupa) hakikat bahawa parti itu pernah mati.
8) Menggunakan para hantu untuk mengundi bagi menjamin kemenangan.
9) Memperkudakan segala agensi awam untuk menjalankan kerja2 propaganda bagi depa.
10) Sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing demi kelangsungan kuasa
11) Sanggup membiarkan rakyat jahil agama agar kelangsungan kuasa dapat diteruskan
12) Sanggup menohmah rakyat sendiri yang berhimpun untuk memastikan keadilan dalam sistem pilihanraya, dan juga sanggup melakukan kekerasan di luar ketamadunan manusia demi untuk menghalang kebangkitan rakyat
Sebagai tambahan, waraskah apabila seorang perdana menteri menuduh rakyatnya ingin menggulingkan kerajaan tanpa asas? Lupakah dia bahawa di negara ini wujudnya PRU? Dan waraskah apabila seorang timbalan perdana menteri mengingatkan rakyat agar tidak menjerumuskan negara ke arah pertukaran kerajaan secara tidak demokratik, tetapi pihaknya sendiri mengekalkan kuasa secara tidak demokratik?
Baik. Bagaimana pula dengan konteks "gila salahguna kuasa politik"? Yang ni banyak. Tak tersenarai sebenarnya. Tapi memadailah jika aku bagi beberapa contoh terutamanya yang mutakhir ni. Kalau ikutkan, sampai esok aku takkan dapat berhenti menulis semua "kegilaan" itu.
1) Adalah kerja gila membayar komisen setengah billion euro untuk kapal selam yang tak boleh menyelam.
2) adalah kerja gila mengalamatkan bill belanja pertunangan anak ke Jabatan Awam seperti PMO.
3) Adalah kerja gila menyerahkan urusan kerajaan kepada syarikat yang berkait rapat dengan Israel.
4) Adalah kerja gila melantik seseorang dari kalangan mereka yang tidak ada wakil dalam sebuah negeri menjadi pengerusi badan perhubungan parti komponen negeri
5) Adalah kerja gila menayangkan porno menerusi akhbar2 perdana dan berita2 utama negara demi hendak menjatuhkan lawan menerusi strategi fitnah dan character killing
6) Adalah kerja gila untuk memperlekeh dan menidakkan hukum hakam Allah yang jelas tergaris dalam al Quran
7) Adalah kerja gila mengutuk dan mempertikaikan ulama2 muktabar zaman berzaman seperti Imam Al Bukhari
8) Adalah kerja gila untuk mengharamjadahkan rakyat sendiri yang mempertahankan hak depa.
Jika benar PAS ini gila kuasa, maka PAS tak perlu bekerjasama dengan PKR dan DAP, malah PAS boleh sahaja bersatu dengan UMNO. Confirm boleh dapat jawatan2 dalam kabinet. Tapi bukan itu matlamat PAS. Matlamat PAS adalah membebaskan negara ini dari dijerut oleh politik bunuh diri dan kegilaan UMNO serta juhalak2nya.
Pasal ulama yang kononnya gila kuasa dan harta itu, izinkan aku bertanya kepada ulama2 UMNO ini -
1) Pihak manakah yang menggunakan duit zakat untuk menghalang undang2 Islam?
2) Pihak manakah yang mengeluarkan fatwa2 demi mengampu pemerintah?
3) Mana pergi ulama2 ketika satu demi satu kemungkaran dilakukan oleh pemerintah?
Bagitahu aku - siapakah sebenarnya yang gilakan kuasa dan harta sehingga kemungkaran pun didiamkan? Malah, apakah dalil dan hukumnya menghalang ulama meneraju pemerintahan? Apakah para ulama UMNO ini turut menyantuni pegangan "gila" UMNO iaitu agama suku politik suku, yang jelas mengikut acuan sekularisme?
Jadi, siapakah yang gila sebenarnya? Tepuk dada, tanya iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan