Khamis, 4 Julai 2013

MASALAH SEKS SEBELUM NIKAH

A. Senario Seks Sebelum Nikah di Malaysia

Fokus terhadap aktiviti seksual remaja penting kerana tingkah laku dan pengalaman seksual, terutamanya pengalaman seksual yang awal didapati berhubung kait dengan tingkah laku seksual yang lebih berisiko dan masalah-masalah psikososial yang lain, contohnya, STD dan kehamilan yang tidak dirancang. Inisiasi seksual awal (melakukan seks pada usia yang terlalu muda) juga didapati berhubung kait dengan cara gaya hidup dewasa yang kurang matang. Ia juga merupakan indikator yang penting bagi tingkah laku berisiko yang berpanjangan. Kesemua alasan ini, ditambah lagi dengan kenyataan bahawa golongan remaja yang merupakan 20% dari jumlah penduduk dunia, akan memberi impak yang besar terhadap pertumbuhan penduduk dunia pada masa depan adalah alasan-alasan yang kukuh untuk dilakukan kajian tentang setakat mana pengetahuan remaja tentang seks. Maklumat tentang perkara ini juga signifikan untuk pembuatan polisi-polisi psikososial yang sesuai dan relevan untuk membantu dan membimbing para remaja menjalani hidup yang sihat.


Satu kajian telah dijalankan di Malaysia pada tahun 1992 mendapati 52% remaja yang berumur antara 17-24 tahun telah mempunyai lebih dari satu pasangan seks dan separuh daripada mereka telah melakukan seks di luar nikah (Kajian Kesihatan dan Cara Gaya Hidup, Kementerian Kesihatan 1992). Satu lagi kajian telah dijalankan pada akhir tahun 1996 ke atas 30, 233 orang pelajar sekolah menengah (Umur di antar 13-18 tahun) yang mendapati 1.8% remaja telah melakukan seks (Second National Health and Morbidity Survey, Kementerian Kesihatan 1997). 40 % remaja yang berumur antara 13-19 tahun mula dating ketika berumur antara 13 dan 15 tahun. Apabila mencapai umur 18 tahun, 84% telah mula berpegang tangan, 85% telah berkucup dan 83% telah bercumbu (Lembaga Penduduk dan Keluarga Kebangsaan, 1996). Jelasnya kajian-kajian ini telah menunjukkan bahawa peratusan remaja yang melakukan seks sebelum nikah pada usia yang muda telah meningkat di negara kita.


B. Takat Keagamaan atau Relegiositi

Remaja yang tidak menganuti apa-apa agama merupakan golongan yang paling cenderung melakukan hubungan seks dan remaja yang melakukan seks pada umur yang sangat muda didapati kurang religios dah lebih toleran terhadap devian. Kajian-kajian psikologi yang lepas juga telah menunjukkan remaja yang religios atau “alim” kurang cenderung menjadi aktif dari segi tingkah laku seks (lees sexually active). Banyak juga kajian-kajian di barat yang telah melaporkan sering pergi ke gereja dan kuat agama adalah faktor penting dalam membentuk sikap terhadap seks. Hujah-hujah politik dan moral sering mengatakan hakisan nilai-nilai adalah punca utama kepada trend remaja mula mengadakan seks pada umur yang masih muda. Hujah ini mengatakan menjauhkan diri dari agama dan tuhan (detachment from religion) dan nilai moral yang rendah adalah sebab utama kenapa remaja-remaja melakukan seks terlalu awal. Majoriti orang melayu (65%) adalah beragama Islam tetapi malangnya inisiasi seks ketika usia masih terlalu muda sangat nyata dan secara perlahan-lahan meningkat. Sekuat mana kepercayaan remaja Islam yang seks sebelum nikah itu satu dosa? Adakah kepercayaan-kepercayaan ini tergambar dalam tingkah laku mereka? Adakah dengan mempunyai takat relegiositi yang tinggi akan menghalang remaja dari melakukan seks sebelum nikah?



C. Rangsangan Seksual

Sebahagian remaja perempuan menjadikan cinta sebagai sebab utama mereka menjadi aktif seks. Aktiviti heretoseksual dikebanyakan negara barat didapati berhubung kait dengan cinta, intimasi dan untuk jadi rapat dengan orang lain. Remaja melihat cinta sebagai faktor yang menghalalkan aktiviti seks dan memperspeksikan aktiviti seks satu luahan atau ekspresi cinta. Pada zaman dahulu, hukuman kepada seks sebelum nikah ialah remaja yang telibat diusir dari kampung malah dipinggirkan oleh masyarakat dan dikutuk oleh agama. Bukan sahaja remaja, ibu bapanya juga akan menanggung malu dan menghadapi konsekuan psikososial seperti dipulau oleh orang kampung.

Dalam kajian yang dibuat oleh Jas Laile Suzana Jaafar terhadap 115 orang remaja Melayu (13-20 tahun) di Kuala Lumpur mendapati 43% remaja melaporkan yang mereka mula dating ketika berumur 13-15 tahun dan 36% ketika mereka berumur 16-17 tahun. 44% memberitahu mereka mula belajar tentang seks dari kawan-kawan, 35% dari VCD, 29% dari teman wanita atau lelaki dan 27% dari majalah-majalah berunsur lucah (lihat Jadual 1). Dari segi peratusan menurut jantina, remaja lelaki paling banyak melaporkan belajar dari kawan (46%), manakala remaja perempuan paling banyak melaporkan dari teman lelaki (46%).

D. Sebab-sebab Melakukan Seks

75% remaja melakukan seks sebelum nikah kerana ingin tahu dan ingin merasa seks, 71% lakukan seks kerana sudah terangsang, 64% mahukan pengalaman seks, 61% ingin membuktikan rasa cinta dan 58% ingin memuaskan kehendak pasangan. Dari segi peratusan menurut jantina, remaja lelaki lebih banyak mengatakan ingin tahu dan sudah terangsang sebagai alasan melakukan seks (38% bagi kedua-duanya), manakala remaja perempuan mengatakan sebagai bukti cinta (17%).Terdapat dua perbezaan signifikan di antara remaja lelaki dan perempuan. Perbezaan yang pertama ialah menyentuh soal melakukan seks kerana sudah terangsang. Didapati lebih ramai remaja lelaki yang melaporkan alasan ini untuk tingkah laku melakukan seks berbanding dengan remaja perempuan. Satu lagi perbezaan yang signifikan ialah mahukan pengalaman seks di mana remaja lelaki banyak melaporkan sebab ini bagi tingkah laku seks mereka berbanding dengan remaja perempuan.


E. Kesimpulan

Walaupun remaja Melayu secara umumnya dilihat sebagai lebih konservatif dari segi seks berbanding dengan Barat dan terikat pada nilai-nilai agama dan adat-adat yang secara relatifnya ketat, kes-kes seks sebelum nikah masih berlaku. Dating ketika usia masih muda dan mempunyai hubungan yang agak stabil telah didapati berhubung kait dengan aktiviti seksual dan mempunyai teman lelaki atau perempuan menawarkan dan mewujudkan satu tekanan kepada remaja untuk melakukan seks. Dating menawarkan satu laluan bagi aktiviti seksual dan apabila satu-satu hubungan dating telah menjadi stabil, transisi yang pesat dari hubungan yang bersifat casual ke hubungan seksual akan berlaku. Teman lelaki atau perempuan adalah faktor peramal (predictor) yang signifikan dalam menentukan aktiviti seks remaja. Para remaja memerlukan bimbingan dalam memperkembangkan hubungan peribadi yang akrab (close personal relationships) dengan rakan-rakan dari jantina yang berlawanan. Remaja lelaki didapati lebih belajar seks dari kawan-kawan, manakala remaja perempuan dari teman lelaki mereka. Remaja yang kuat agama kurang cenderung untuk melakukan hubungan seks dan remaja yang mula melakukan seks sejak usia yang muda cenderung untuk tidak berminat dengan agama. Aspek rangsangan memainkan peranan penting walaupun remaja percaya kepada balasan Allah s.w.t, rangsangan teman lelaki, kawan, VCD lucah, internet dan cinta telah mengatasi kepercayaan mereka.


Elemen-elemen penting dalam pendidikan Islam iaitu pendidikan keimanan, akhlak dan mewujudkan suasana yang baik yang boleh mendorong kepada perlakuan baik dan menghalang suasana-suasana yang boleh merangsang kepada seks adalah perkara-perkara asas yang paling penting dalam menjauhi remaja daripada seks sebelum nikah. Jika pendidikan iman dan akhlak sahaja ditekankan tetapi perkara yang merangsangkan seks tidak dibuang, maka mustahil sesuatu pendidikan itu akan berjaya kerana yang merangsangkan itu akan mencemarkan didikan yang diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin