Jumaat, 26 Julai 2013

REMAJA KEINGINAN SEKS

KEINGINAN DAN KAWALAN SEKSUAL
Apakah keinginan seksual
  • Keinginan seksual merujuk kepada minat seseorang dalam seks
  • Dorongan seksual adalah suatu perasaan dan desakan yang normal
  • Ia mempengaruhi pemikiran, kelakuan dan fantasi
Adakah keinginan seksual itu normal?
  • Perasaan ini adalah normal dan ia adalah sebahagian dari proses pembesaran
  • Setiap individu akan mengalami perasaan ini, ia disebabkan oleh perubahan hormon (Lihat Memahami Remaja)
  • Hormon ini penting untuk fungsi reproduktif dan seksual
Bilakah keinginan seksual menjadi tidak sihat?
  • Keinginan seksual yang tidak terkawal dan mendorong ke arah keganasan seksual (contohnya, rogol)
  • Tarikan seksual terhadap kaum sejenis, kanak-kanak dan haiwan
Apakah faktor yang mempengaruhi keinginan seksual?
Faktor yang bertanggungjawap termasuklah :
  • Dorongan dalaman
Sebagai seorang remaja yang normal, anda akan mempunyai perasaan dan minat seksual. Anda akan merasai tarikan seksual dan emosi terhadap kaum berlainan jenis, anda terdorong untuk menjalinkan hubungan fizikal.
sexual-desire
sexual_desire
  • Pendedahan kepada pesanan-pesanan lucah
Pendedahan yang berterusan terhadap maklumat yang akan menaikkan nafsu syahwat dalam bentuk media (contohnya, tayangan, television, majalah, internet dan lain-lain).
  • Kurang penyeliaan dan bimbingan dari orang dewasa yang bertanggungjawab.
Anda mungkin mendapat informasi yang salah tentang seksualiti di tempat-tempat seperti cybercafe tanpa bimbingan orang dewasa.
  • Situasi persekitaran
Bersendirian dengan pasangan anda di tempat yang sunyi seperti taman, dalam kereta, bilik, rumah dan tempat-tempat yang lain boleh meningkatkan nafsu syahwat anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin