Khamis, 4 Julai 2013

ANTARA UJIAN DAN HIKMAH KEPADA HAMBA-HAMBANYA

Credit : shafiqolbu

Seperti yang kita sedia tahu sekarang ni jerebu melanda hampir keseluruhan semenanjung Malaysia dan Singapura. Antara tempat paling teruk terjejas adalah Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan sekarang jerebu meluaskan jajahannya ke Selangor dan KL. Punca utama jerebu kali ni adalah dari pembakaran hutan di Riau, Indonesia. Seingat aku, masalah jerebu ni bukannya baru. Boleh dikatakan kerap jugak, dan puncanya sama-pembakaran hutan. Hutan ni bukan terbakar sebab panas ke apa ke, tapi dibakar untuk melapangkan kawasan tanah untuk  diusahakan. Masing-masing dok tuding jari sana-sini. Orang Malaysia salahkan Indonesia, orang Indonesia salahkan kita balik. Diorang kata projek tu kepunyaan syarikat-syarikat perladangan Malaysia. Sape betul pun tak tau la..

Anyway, kenapa aku mulakan entry ni dari sepotong ayat dari surah ad-Dukhan, ayat 10? Jawapannya adalah kerana sejak jerebu melanda ramai betul yang post ayat dari surah tersebut, terutama dari ayat 10 hingga 12. So, aku pun buat la research sikit memandangkan kalau perkara berkaitan agama ni memang tak boleh main lanyak je apatah lagi yang melibatkan al-Quran. Ad-Dukhan bermaksud kabus, jerebu atau asap dan merupakan surah ke 44 dalam al-Quran. Cuba baca tafsir dia sekali, memang akan ada rasa sesak nafas sikit!


So cmane? Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku, what if ujian jerebu ni adalah bala yang Allah turunkan ke atas kita di atas dosa-dosa dan karat jahiliyah yang kita lakukan?  Kita ni beruntung sebagai umat Muhamad. Kita banyak buat dosa pun Allah masih beri kita peluang bertaubat. Sayangnya lah Allah kat kita. Bayangkan kaum Nabi Luth yang Allah musnahkan kota mereka dengan hujan batu. Kaum Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir besar.

Baru-baru ni isu Syiah di Malaysia mula mencuri perhatian. Ajaran Syiah dikatakan mula tersebar. Tapi tu isu baru, yang masih malu-malu nak muncul. Macamana dengan isu yang memang dah lama bertapak? Isu murtad..isu LGBT..isu buang bayi..isu jenayah yang makin hari makin dahsyat. Takkan kita nak pejam mata je tengok maksiat berleluasa. Kita makin menghampiri kategori umat akhir zaman tapi ramai yang masih hanyut dalam noda dan dosa. Kata nak syurga, tapi kita seolah-olah menempah tiket first class ke neraka.

Sewaktu entry ini ditaip, ada beberapa kawasan yang mula hujan. Masing-masing dok upload gambar hujan melalui laman sosial. Tak dinafikan, kita kadang-kadang 'membenci' hujan. Kerana di bandar-bandar seperti KL, hujan dan traffic jam memang 'kawan baik'. Bagi mereka yang bertani dan ke laut, hujan seolah-olah menyekat pendapatan. Tapi kali ini hujan dinanti-nanti. Sampai wujud saranan diadakan solat istisqa atau solat minta hujan. Rata-rata orang post doa mintak hujan kat FB. Kenapa? Sebab kita sesak dengan cuaca panas. Sebab kita rimas dengan udara kotor. Selama ini kita tak terdetik hati nak rasa bersyukur atas nikmat oksigen yang Allah beri pada kita dengan percuma. Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik jerebu ni. Sememangnya manusia akan menghargai sesuatu apabila kehilangannya.

Credit pix
Tapi andainya hujan ini berlarutan sampai membawa musibah lain seperti banjir atau tanah runtuh, apa agaknya reaksi kita? Adakah kita akan lupa pada nikmat air yang Allah turunkan dari langit untuk hamba-hamba-Nya? Adakah keluhan dan rungutan akan menggantikan kalimah syukur yang sedang rancak meniti di bibir? Korang tanya lah diri korang sendiri.

Dan selepas jerebu mula hilang, apa seterusnya? Kita akan kembali leka? Atau terus mendera bumi yang makin sakit ni sehingga bencana lain pulak muncul?

Jarang betul kan aku taip entry yang serius dan Islamic macam  ni..sebab aku sedar diri. Aku ni pun kalau nak diikutkan bukannya baik mana. Dari soal aurat, ibadah atau akhlak, aku sebenarnya masih lemah. Tolong tegur aku kalau aku buat silap ye..

Semoga Allah beri kesempatan untuk kita bertemu dengan Ramdan..countdown 13 hari lagi!

P/s: Kita rasa  kita sengsara, tapi cuba bayangkan rakyat di Indonesia yang terjejas kerana jerebu dan bahang api dari hutan yang terbakar. Sekurang-kurangnya kita ada rumah yang 'sempurna' dan kita mampu untuk beli penutup muka. Kemudahan kesihatan juga dekat dan mudah andai kita sakit. Tapi diorang..dengan atap bocor dan dinding berlubang..itu pun kalau diorang ada rumah la. Kita..masih nak merungut?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin