Assalamualaikum
kepada semua pengunjung dan rakan blogger. Moga hari ini lebih baik
daripada semalam. Berdoalah di pagi hari agar kita beroleh keberkatan
dan kerahmatan sepanjang hari yang kita lalui. Memang ‘best’ hidup
bahagia disamping keluarga, terutama yang sudah berumah tangga. Tambahan
lagi, hari cuti atau hujung minggu. Masa inilah untuk kita meluangankan
masa yang ada untuk beramah mesra. Bagi yang belum berkahwin, sabarlah
ya..
Hari ini TK bercadang membawakan entri yang berkisar tentang ‘ONANI’
atau lebih dikenali dengan ‘lunch up’. Sebelum TK membahaskan perihal
topik ini, ada satu kisah yang agak melucukan masa TK sekolah menengah.
Ada seorang rakan TK ini, dia agak pandai berbahasa inggeris. Satu hari
dia boleh Tanya dalam kelas kepada Cikgu BI (Perempuan belum kahwin) apa
makna ‘lunch up’. Rakan lain punyalah ketawa, disebabkan Cikgu tadi
tidak tahu makna perkataan tersebut lalu Cikgu itu meminta tempoh untuk
diberitahu kepada semua pelajarnya.
Tidak sempat satu hari, waktu rehat rakan TK sudah dipanggil Cikgu
tersebut untuk dikenakan denda kerana menyoal perihal soalan yang
berbaur ‘porno’ di dalam kelas. Semenjak itu, rakan TK tidak menyoalkan
perkara yang bukan-bukan lagi dalam kelas.
Kembali kita kepada tajuk perbahasan, pernah soalan ini diajukan kepada Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi. Ini adalah jawapan beliau.
“Kadang-kadang
darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk
mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya
yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan
nama onani “
(bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulamak dunia mengharamkan perbuatan ‘onani’, diantaranya Imam Malik. Beliau mengambil hukum berdasarkan ayat quran di bawah.
"Dan
orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau
hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi
barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah
orang-orang yang melewati batas."
(Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang
orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat air mani ibarat daging
lebihan, oleh itu boleh dikeluarkan ibarat memotong daging lebih. Tetapi Imam Hanafi membataskan perkara tersebut kepada dua perkara.
1. Kerana takut berbuat zina.
2. Kerana tidak mampu berkahwin.
Namun
Rasulullah s.a.w. telah memberi kita panduan jika berlaku perkara
tersebut contohnya tidak tahan nafsu, miang, dan sebagainya telah
diterangkan dalam hadis di bawah.
"Hai
para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka
kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara
kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa,
sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)
Haha…
jika anda pelajar STAM jangan kata tidak pernah belajar hadis ini. Jika
kita baca maknanya sudah memadai untuk kita faham apa maksud hadis
tersebut. Cuma kita kadang-kadang malas hendak mengamalkannya. Lalu
diberilah alasan harus kerana hendak mengelak zina. Jangan main-main
dalam menghukumkan sesuatu takut-takut di akhirat kita dituding jari
kepada kita kerana mengharuskan yang haram.
TK bawakan hadis lain kenapa ‘onani’ ini merbahaya dekat kita. Malah ia juga bakal merosakkan hati :-
كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله
Ertinya
: Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi
(berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi
Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)
Ketahuilah
saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati
seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.
Ia
adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat
seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak
dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan
menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai orang
mandi dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu
sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan,
tiada lagi pintu puas.
Seperti
biasa manusia ini kalau kita hendak tahu sifatnya, tidak akan pernah
puas dengan apa yang dimiliki. Kalau dah ada satu hendak dua, kalau dah
dua hendak tiga dan seterusnya. Jika kita dibuai dengan harta dan nafsu
beginilah jadinya. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w.
لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ
Ertinya
: Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya
sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan
diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Nampak
macam dah kuyu mata baca entri kalau panjang, beginilah kalau diberi
huraian lagi memang akan tidur. TK ringkaskan hujah para ulamak tentang
hukum ‘ONANI’ atau ‘LUNCH UP’.
1) Satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar
Seperti
zina,rasuah, riba, membunuh dan sebagainya. Ia dianggap melepaskan
nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t dalam
surah ( Al-Mukminun : 5-7)
Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-
- a) Malumin : Ertinya : "tercela"
- b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"
2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat
Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu
tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah
tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya,
punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain. Maksud TK,
jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman
wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau
kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin
merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia
boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.
3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri.
Seperti
menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari
tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu,
tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang
sengaja mendorong kepada terdesak itu. Ia berbeza dengan seseorang yang
terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan
matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam
perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.
4) Hukum
dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi
bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai
kesan negatif kepada kesihatan.
Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-
1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga
Jika
anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan
seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila
beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi
kepuasan seperti anda kecapi secara onani. Ini menyebabkan anda tidak
boleh bertahan lama ketika bersetubuh dengan isteri.
2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk
Selain
itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga
mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda
akan mengalami MATI PUCUK apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya. Ini
kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau
dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur
faraj perempuan.
3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki
Sebagai
contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti
pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda
teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar. Anda hanya
menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin
kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi
mandul. Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan