Apabila disebut sahaja perkataan "seks", maka kebanyakkan dari kita
hanya membayangkan atau tergambar mengenai perlakuan hubungan jasmani
semasa melakukan "sexual intercourse" atau "jimak" semata-mata. Oleh
itu, tidak hairanlah jika masyarakat secara amnya menyuarakan
pendapat-pendapat yang tidak menyokong pendidikan seks di
sekolah-sekolah. Sebenarnya mereka terlupa yang pendidikan seks itu ada dua bahagian atau dua jenis pendidikan.
Pendidikan seks yang perlu diajar
adalah berkaitan dengan penyampaian maklumat untuk membolehkan
anak-anak gadis terselamat dari gangguan seksual dan terjadinya
perkara-perkara yang tak di-ingini seperti menjadi mangsa penipuan buaya
darat dengan jerat cinta, akibat pengambilan minuman keras, pengambilan
dadah dan sebagainya.
Manakala pendidikan seks yang tidak perlu diajar ialah
hubungan badani antara lelaki dengan perempuan, kerana ianya
sememangnya tak perlu diajar, bak kata orang, " orang buta pun dapat
buat", jadi tak perlulah diajar. Begitu juga pengajaran mengenai
"labia majora, labia minora atau phallus" dan sebagainya tak perlu
dipaparkan atau dinyatakan kepada pelajar-pelajar.
Struktur
fizikal organ-organ reproduksi seperti yang disebutkan itu hanya perlu
diajar kepada penuntut-penuntut perubatan sahaja. Ianya tidak perlu di
dedahkan kepada remaja kerana pendedahan sedemikian hanyalah mengaibkan remaja wanita dan kemungkinan merangsang nafsu remaja lelaki sahaja.
Oleh itu perkara-perkara sebegini harus bahkan menjadi satu kemestian
tidak dimasukkan kedalam sukatan pendidikan seks di sekolah.
Konotasi
mengenai pendidikan seks menyebabkan sebahagian besar dari masyarakat
akan terkejut, terperanjat ataupun kaget apabila kita mengesyorkan
pendidikan seks diajar di sekolah. Itulah yang terjadi kepada
penulis blog ini apabila bertanyakan kepada ibu saudara (Guru besar),
adik ipar (pensyarah Pengajian Islam) dan sahabat handai mengenai
keperluan pendidikan seks ini di sekolah. ternyata mereka begitu
terkejut dan begitu kaget dengan persoalan yang dikemukakan oleh penulis
kepada mereka, kerana mereka tidak mempercayai persoalan yang
sedemikian akan terpacul dari mulut penulis. Begitu kaget sekali.
Ada yang secara sepontan menolak pendidikan seks di ajar di sekolah tetapi apabila telah diterangkan mengenai objektif dan skop pengajaran, barulah mereka menyokongnya. Sebenarnya
penulis pun agak ragu-ragu untuk mengemukakan persoalan sedemikian
kepada mereka, tetapi kerana memikirkan ianya satu keperluan, maka
terpaksalah penulis menanyakan pendapat mereka untuk melihat reaksi
spontan mereka sebagai mewakili reaksi masyarakat umum.
Tetapi
apa yang menghairankan ialah apabila soalan yang sama dikemukakan
kepada golongan remaja mereka tanpa segan silu menyatakan pendapat
mereka. nampaknya kita golongan yang dah dewasa, yang dah tua ini yang
agak malu-malu untuk membincangkan perkara ini, bukannya mereka.
Sikap
remaja yang terlalu terbuka dan reseptif ini adalah terlalu merbahaya
bagi mereka jika kita tidak mendidik mereka lebih awal mengikut acuan
kita. Oleh itu kita tidak boleh tidak, mesti merangka satu
sukatan untuk menentukan yang mana mesti diajar dan yang mana tidak
boleh diajar!
Oleh
itu apa yang saya paparkan dalam blog ini sama ada secara "explicit"
atau "implicit", tersurat atau pun tersirat hendaklah dijadikan kerangka
asas pembentukan modul pendidikan seks di sekolah.
Saya
juga bagi keizinan kepada sesiapa juga untuk menerbitkan semula kertas
kerja saya ini sama ada melalui media internet ataupun dalam bentuk
buku, tetapi dengan syarat janganlah dikurangkan isinya kerana
ianya merupakan "part and partial" kertas kerja ini dan jika
dikurangkan, maka sebahagian dari maklumat yang hendak disampaikan
secara tersurat dan tersirat itu akan hilang. Oleh Itu sayugialah
kiranya mana-mana pihak yang ingin menerbitkan semula menambahkannya
dengan idea-idea anda sendiri ataupun maklumat-maklumat yang lain juga.
Kalau boleh sebutkanlah juga sebut sumber rujukan ini
Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis hari ini.
Jika bayi perempuan yang ditemui itu selamat dan diberikan nama Mahsya Kurnea, nasib yang dilalui bayi lelaki ini tidak sama. Sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang masih bertali pusat itu diisi dalam plastik lalu dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang.
Sebelah tangan bayi malang yang telah bercerai dari badan itu kemudiannya digonggong oleh salah seekor daripada sekumpulan anjing yang menyelongkar bungkusan plastik itu.
Sukar untuk digambarkan betapa seksanya mayat bayi tidak berdosa itu diperlakukan.
Mujurlah ada seorang insan yang prihatin, kebetulan melalui jalan tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang, ternampak kejadian menyayat hati itu.
Lelaki itu pada mulanya ternampak seekor anjing sedang menggonggong sesuatu berhampiran sebuah kilang simen.
Setelah dihampiri, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati apa yang digonggong oleh anjing itu adalah tangan kecil bayi.
Dia juga berasa pelik apabila ternampak sekumpulan anjing sedang mengerumuni satu bungkusan plastik.
Lelaki itu kemudian menghalau anjing-anjing tersebut dan apa yang menimbulkan kebimbangan dalam hatinya terjawab - bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi.
Dia kemudiannya segera memaklumkan penemuan itu kepada polis yang bingkas datang ke lokasi mayat bayi tersebut ditemui.
Sabtu lalu, Mahsya Kurnea ditemui dalam kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di Ipoh.
Malah, tidak tahan dengan isu pembuangan bayi ini - Utusan Malaysia menganjurkan kempen 'Kami Prihatin' bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala tidak berperikemanusiaan ini.
Melalui program amal itu, barisan artis terkenal tanah air akan bergabung merakamkan sebuah lagu khas 'Harapan Tanpa Suara'.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, bayi malang itu dibuang sebaik sahaja dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.
Beliau mengesahkan hanya tangan bayi itu yang terputus manakala anggota lain masih lengkap.
"Terdapat kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan dipercayai akibat gigitan anjing liar. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Masih terlalu awal, katanya, untuk mengenal pasti bila bayi itu dilahirkan tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia dibuang pagi ini.
Sehubungan itu, Arjunaidi meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran

IPOH
– Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan
penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam
salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.
Dalam
kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat
tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI),
K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.
Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?
Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.
Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.
Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentukerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan