Khamis, 4 Julai 2013

MEMPERBODOHKAN BANGSA MELAYU


Terus terang aku katakan bahawa aku memang tak suka jikalau ada usaha-usaha untuk memperbodohkan orang Melayu. Sudah lama sangat orang Melayu diperbodohkan. Diperbodohkan oleh orang putih, oleh orang Cina oleh golongan India dan oleh pembesar Melayu sendiri. Aku katakan demikian berlandaskan fakta sejarah. Bukan saja-saja aku nak cakap begitu. Dan ramai pasti setuju dengan apa yang aku cakapkan. Namun demikian bukanlah semua orang putih, Cina, India ( chettier), pembesar Melayu itu yang menipu Melayu.

Penggambilan dan penguasaan negeri Melayu oleh Inggeris melalui tipu helah. Pemilikan tanah-tanah orang Melayu oleh orang Cina dan India adalah melalui tipu helah ( bukan ler semua) sehinggakan pihak British terpaksa memperkenalkan dasar ‘ Malay Reservation’ supaya tanah-tanah orang Melayu tidak bertukar tangan dengan senang ke tangan orang asing. Para pembesar Melayu pun begitu juga. Menipu orang Melayu dengan berbagai cara. Sudahlah…..

Kini timbul pula usaha orang Melayu (UMNO) untuk menipu dan menakut-nakutkan orang Melayu dengan berbagai ugutan terutama menjelangnya PRU 13. Berbagai perkara aku dengar yang mengarahkan untuk menakut-nakutkan orang Melayu.  Kononnya sekiranya orang Melayu mengundi parti Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, Pas dan DAP maka lama kelamaan negara ini akan terlepas dari tangan orang Melayu. Akan dkuasai oleh orang bukan Melayu.

Aku sebenarnya ‘ malas’ membincangkan isu antara kaum ini. Antara Melayu, Cina, India dan lain-lain. Bagi aku itu sudah menjadi sejarah. Kini kita membincangkan mengenai arah tuju bangsa Malaysia. Kita bincangkan usaha memajukan bangsa Malaysia. Bagaimana kita nak menjadikan Malaysia sebuah negara yang gagah perkasa menjelang tahun 2020. Bagaimana kita nak merealisasikan hasrat wawasann 2020 itu. Apakah sumbangan setiap rakyat Malaysia ke arah pengisisan itu. Apakah langkah-langkah yang perlu kita lakukan bagi memanggil pulang para professional anak Malaysia dari semua kaum ( yang hebat-hebat kepakarannya) yang kini berada di negara luar yang kepakaran mereka sedang dipergunakan oleh orang lain. Sepatutnya isu sedemikian yang kita bincangkan.

Ini tidak….balik-balik cerita apa akan jadi pada orang Melayu sekiranya DAP menang PRU 13. Inilah isu yang dimainkan oleh orang UMNO. Dan orang UMNO yang waras fikirannya. Tujuannya tak lain dan tak bukan ialah untuk memperbodohkan orang Melayu. Walaupun sebahagian besar orang Melayu tidak termakan dengan ‘pembodohan’ itu namun ada juga yang yakin dan percaya. ‘Termakan’. Mengiakan apa yang dikatakan walaupun sekiranya difikirkan secara rasional, tentu tidak akan berlaku.

Apa tidaknya. Cuba kita analisa dan diperhalusi. Aku tidaklah nak mengemukakan statistik sebab coretan aku ni hanyalah bacaan sambilan, secara santai. Bukannya thesis. Katakanlah menang Pakatan Rakyat ( dan memang pun berkemungkinan akan menang) maka memerintahlah Pakatan Rakyat menggantikan BN. Begini  senarionya,

·      DS Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri. Orang Melayu tulin dari Cerok Tokun, Pulau Pinang.
·      Ahli parlimen akan terdiri dari PKR, PAS dan DAP. Kebanyakan ahli PKR adalah orang Melayu. Hampir semua calon PAS orang Melayu. Dan sudah ada orang Melayu dalam DAP. Jikalau ditilik dan renung dan diperhalusi tentulah ramai orang Melayu yang menganggotai Parlimen Malaysia. Kalau begitu apakah orang Melayu yang ramai itu nak menyerahkan negara ini kepada bukan Melayu. Orang Cina dan India. Dan bukankah parlimen memerlukan dua pertiga untuk mengubah perlembagaan. Dan orang Melayu melebihi dua pertiga dalam parlimen sekiranya Pakatan Rakyat meemrintah.

Penjelasan yang aku berikan diatas adalah cara penjelasan orang yang tak berapa pandai. Sebab yang mempersoalkan perkara itu adalah terdiri dari orang-orang yang tak begitu cerdik menyebabkan jawapan aku juga tak begitu cerdik!. Maksud ku tidak disertakan dengan perangkaan dan hujah yang  ilmiah.

Dah aku katakan pada awal-awal tadi aku memang tak suka membincangkan isu Melayu, Cina, India ini. Aku amat berminat membincangkan mengenai bangsa Malaysia. Lagi satu perkara yang menghairankan aku ialah mengapa orang Melayu terlalu bimbang dengan keadaan negara ini jatuh ke tangan orang bukan Melayu. Aku bpun bimbang juga sebab aku pun orang Melayu tulin. Amat sayangkan negara ini.

Bukankah sudah sekian lama orang Cina yang menguasai beberapa lapangan kehidupan di negara ini. Samada di lapangan ekonomi atau pelajaran. Cuma yang didapati ramai orang Melayu ialah dalam lapangan perkhidmatan awam. Dan bukankah semenjak 1957 Perikatan ( kemudiannya Barisan Nasional ) yang memerintah negara ini. Mengapa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional membiarkan dan tidak mengubah struktur ini. Mengapa lapangan ekonomi negara masih dikuasai oleh orang Cina?

Sebenarnya orang  Melayu bukan bangsa yang bodoh atau lekeh. Yang memperlekehkan orang Melayu ialah antara sebabnya ialah pemimpin Melayu sendiri. Ada juga ler sebab-sebab lain. Ada alasan-alasan tertentu yang menyebabkan aku kata begitu. Orang Melayu boleh beertanding dengan orang lain jika diberikan galakan dan peluang yang sewajarnya.

Aku ingin mengambil contoh pada zaman penjajahan Inggeris dulu. Anak Melayu di sekolah Inggeris mampu bersaing dengan pelajar-pelajar dari kaum lain walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Anak Melayu tidak di sediakan ‘ tongkat’ untuk bersaing dengan anak-anak kaum lain. Kami terpaksa bersaing secara bebas. Untuk lulus sesuatu peperiksaan, kami perlu lulus Bahasa Inggeris dengan kepujian. Bukan setakat lulus. Dan ramai anak Melayu yang berjaya walaupun terpaksa bekerja dengan bersungguh-sungguh. Luar biasa. Persoalannya mengapa boleh?

Oleh itu aku amat yakin sekiranya orang Melayu digalakkan bersaing dan melupakan sejenak ‘tongkat’ yang ada, aku yakin orang Melayu boleh maju seperti orang Cina dan India juga. Aku yakin. Orang Melayu perlukan pertolongan dimana perlu tetapi jangan dimanjakan. Orang Melayu mesti diasuh supaya bekerja keras seperti juga orang Cina dan India.

Orang Melayu sudah agak lama berada di zon selesa disebabkan mereka diberikan status Bumiputera dan sentiasa berpaut kepada DEB. Aku tidak mempertikaikan langsung status berkenaan. Aku terhutang budi kepada “status Bumiputera” dan  ‘naungan DEB”. Namun  dalam masa jangka panjang orang Melayu kena ubah paradigma agar jangan terlalu mengharapkan status Bumiputera dan elakkan dari terus bernaung di bawah DEB. Untuk kemajuan orang Melayu juga…

Kadang-kadang aku terfikir juga. Pemimpin UMNO sentiasa mengatakan yang orang Melayu mesti majukan. Betul ke? Orang Melayu yang macam mana yang mendapat kekayaan negara ini. Bagaimana dengan orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung. Ada dikalangan mereka yang masih miskin papa kedana.

Orang Melayu yang macam mana agaknya yang dipertahankan oleh UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin