Selasa, 9 Disember 2014

AGAMA KRISTIAN SEMAKIN AKTIF DI NEGARA MALAYSIA .

Punca Kristian semakin aktif dan sebab sebab kenapa Agama Islam semakin lemau di Malaysia?


Hakikat hari ini! Gereja Kristian ikhlas menyebarkan kefahaman karut mereka tetapi Ulamak Islam ramai yang memiliki EGO GILA BABUN dan kelakuan sombong dan bongkak mereka ini membawa kepada keadaan diri mereka menjauhi Ummah! 

Dah lama saya dok tegor perkara ini bahawa segala Mufti dan Ketua Jabatan Agama kena turun ke khalayak orang ramai mengajar tentang Islam sebenar TETAPI MEREKA SIBUK MENGAMPU PEMERINTAH yang berterusan alpa dengan tugas dan tanggung jawab mereka! 

Ramai di kalangan Khatib membaca teks khutbah yang di sediakan kerajaan! Berkhutbah dengan nada suara marah marah dan mengherdik jamaah bukan meraikan kehadiran mereka ke masjid2 Allah.

AJK Masjid berlagak seolah mereka tuanpunya rumah2 Allah dan membuatkan orang ramai menjauhi masjid! Ini lah punca kelemahan umat Islam hari ini di Malaysia.

Ini adalah di antara punca mengapa umat Islam hadir ke masjid secara terpaksa kerana barangsiapa yang gagal hadir ke Solat Jumaat tiga kali berturut turut di anggap telah terbatal syahadahnya.


Bila ketua ketua Agama Islam gagal menjalankan tanggungjawab mereka maka nya ummah yang dahagakan kepimpinan Islam mudah di pengaruhi mereka yang berkepentingan politik dan mahukan kuasa.

Matlamat menghalalkan cara!

Demi kedudukan sementara di dunia ini, ramai di kalangan ahli ahli politik UMNO, PAS dan PKR berjuang untuk memajukan diri sendiri.

Mereka lebih gemar bergaduh sesama sendiri dari bergabung tenaga dan kuasa untuk memperjuang dan mempertahankan Islam. Mana pernah ketiga kelompok ini bersatu mempertahankan Islam? 

PAS dengan PKR sanggup bersekongkol dengan musuh musuh Islam seperti DAP untuk menjahanamkan UMNO!

Bukannya mereka mahu nak duduk semeja tegur menegur nasihat menasihati demi kebaikan bersama. Jadi masaalah masaalah begini masih berterusan dan keutuhan ummah semakin hari semakin lemah.

Pihak pihak Kristian dan LGBT tahu akan kelemahan ini dan mereka terus masuk mengambil kesempatan menyebarkan doktrin mereka di kalangan Melayu Muslim yang tengah keliru dan dahagakan kasih sayang.

Sungguh! Orang kita ketandusan perhatian dan kasih sayang dari para ketua dan pemimpin pemimpin negara yang selalunya tak ambil peduli akan keperluan emosi dan rohani ini. Kristian menggunakan kaedah menabur budi bersulamkan kasih sayang begi memikat hati golongan yang memerlukan ini.

Kita sering membaca tentang anak anak muda dan remaja yang menjadi mangsa salah laku seksual kerana cepat percaya dan yakin dengan sesiapa sahaja yang menggunakan laman Facebook dan media sosial lain untuk menjalinkan perhubungan dengan mereka ini yang ketandusan perhatian dari ibubapa serta ahli keluarga mereka.


Maka pemangsa pemangsa ini yang sudah lama menjalankan kegiatan begini mudah mempengaruhi jiwa jiwa lara ini dan mengajak si mangsa keluar. Nak makan minum dan berjalan jalan. Silap haribulan kena ngap dan di kerjakan bergilir gilir. Esok keluar kat surat khabar dan media maya. Ini realiti.

Walau di Negeri Kelantan yang di gelarkan sebagai 'Serambi Mekah' dan sudah di bawah perintah PAS serta Mursyidul Am mereka Nik Aziz, kita selalu dengar akan nasib budak budak perempuan Melayu di sana yang menjadi ratahan musang2 berjanggut! Takkan lupa dengan kes rogol bergilir gilir terkini di sana? Bukan budak Cina! Bukan India! Melayu juga!

Semua ini berpunca dari kesilapan orang orang Melayu terutama pihak pihak berkuasa agama dan kerajaan. Bila pihak berkuasa tak ambil pot tentang keperluan keperluan emosi dan rohani masyarakat umum maka ini lah natijahnya!

Masaalah ini semakin meruncing dengan ada nya ahli politik seperti Nurul Izzah dari PKR tumpang sekaki mengeluarkan pendapat merapu nya :


Nurul Izzah mungkin terbawa bawa dengan semangat mahu sehati sejiwa dengan rakan rakan Pakatan Pembangkang nya sehingga terkeliru akan hakikat bahawa bila seseorang itu sudah mengucap dua kalimah syahadah dan mengaku beriman terhadap Allahu Rabbul Alamin tak adanya ruang untuk ia bertukar akidah pergi menyembah sesuatu selain dari Allah!

Islam bukan lah sesuatu serupa menjadi ahli kelab riadah. Boleh nak tukar tukar keahlian mengikut sesuka hati!

Nurul Izzah perlu mendalami lagi ajaran Islam sebenar terutamanya bab Tauhid! Mari lah kita mendoakan nya agar mendapat Taufik dan Hidayah Allah! Amin Ya Rahman! Amin Ya Rahim!

Realiti nya sudah ada beberapa kes dimana anak anak muda Melayu yang lemah iman sudah murtad dari Ad Deenul Islam! 

Di bawah ini saya paparkan satu 'screenshot' perbincangan di Facebook di antara seorang ibu yang merayu anak nya untuk kembali ke pangkal jalan tetapi anak nya degil tetap mahu tinggalkan Islam!


Saya dapat imej ini dari carian Google. Nurul Izzah patut muhasabah diri nya melihat kes ini. Apakah ini yang ia mahu?

Umat Islam Malaysia harus juga sedar akan bahaya kefahaman pluralisma yang di bawa oleh anasir anasir luar seperti pelakon Hindi ini:


Kesan dari pemujaan terhadap para selebriti seperti aktor Bollywood Shahrukh Khan yang syirik terhadap Allah secara terang terangan harus di cantas segera dengan menyebarluaskan pendedahan ini! Saksikan video berikut:


Seorang lagi pelakon Bollywood Salman Khan telah di rakam turut ikut serta didalam pemujaan dewa tokong Hindu dan telah di fatwakan sebagai murtad oleh pihak berkuasa Agama Islam di India:


Kita harus mengimbas kembali akan realiti yang sedang kita hadapi sekarang.

Pihak pihak yang menunggu untuk mengambil kesempatan ke atas umat Islam ini tak akan membuang masa! Setiap ketamadunan yang terbilang di zaman dahulu tumbang kerana perhubungan di antara pihak kerajaan dan rakyat jelata semakin renggang.

Pihak yang konon nya mewakili hal ehwal Islam di dalam negara kita ternyata sudah jauh dari masyarakat umum Muslim Malaysia. Keangkuhan sesetengah dari kalangan bijak pandai ulamak Islam didalam negara kita membawa kepada penjauhan umat Islam dari panduan dan bimbingan mereka.

Bagaikan bebiri yang terpisah dari kumpulan nya, mudah menjadi mangsa serigala serigala di luar sana yang hanya menunggu untuk membaham mangsa nya!

Siapa nak tolong?

Pihak berkuasa Agama Islam Malaysia elok lah sedar diri dan lakukan sesuatu bagi menyekat kerapuhan akidah yang sedang berlaku sekarang dan jangan berterusan dengan budaya kerja sambil lewa seperti biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin