Pertama:
Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana
ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha
illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)
Ke-2: Kematian
yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh
berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib RA
bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya
yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya
berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat
di keningnya.” (Hadis Sahih)
Ke-3: Mereka yang (baik-baik dan
soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda
Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari
Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa
kubur.”
Ke-4: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang
sebagaimana artinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa
orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup
diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang
diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang
yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan
sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan
kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang
beriman.” (QS Ali Imran:169-171)
Rasulullah SAW juga pernah
bersabda: “Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya
sejak titisan darahnya yang pertama; diperlihatkan tempatnya dalam
syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi keamanan dari goncangan yang
dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota keimanan; dinikahkan dengan
bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota
keluarganya.”
Ke-5: Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang
di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa
yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya
Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau
berkata: Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata:
“Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang
terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah
syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa
yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid.”
Ke-6: Mati kerana satu wabah penyakit tahun berdasarkan beberapa hadis
antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Wabah tahun adalah kesyahidan bagi
setiap Muslim.”
Daripada Aisyah RA, ia bertanya kepada
Rasulullah mengenai wabak taun. Rasulullah SAW menerangkan bahawa wabak
taun itu adalah satu azab (bala) daripada Allah yang diantar kepada
siapa yang dikehendakinya, dan Allah menjadikannya sebagai rahmat bagi
hambanya yang beriman. Maka seseorang (Mukmin) yang berada di daerah
yang ditimpa wabak taun, dan terus tinggal di situ dan bersabar
menghadapi bala itu serta mengetahui yang dia tidak akan terkena kecuali
menurut apa yang telah ditentukan Allah. Baginya pahala seperti pahala
orang yang mati syahid.
Ke-7: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
Ke-8 dan ke-9: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan
berdasarkan sabda Nabi SAW: “Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak
taun, karena penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan
yang syahid di jalan Allah.”
Ke-10: Matinya seorang wanita
dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit RA
bahawa Rasulullah SAW menjenguk Abdullah bin Rawahah RA dan berkata:
Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu
siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim
adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’
umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun
syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya
dengan tali arinya ke syurga).”
Ke-11 dan ke-12: Mereka yang
mati karena terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada
di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur:
Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain
terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid; yang
tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput
dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar syahid; yang
mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah melahirkan
syahid.”
Ke-13: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan
hadis: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah
syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar
syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB
syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)
Ke-14: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak
dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah SAW
bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat:
barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu
dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”
Ke-15
dan ke-16: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya:
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya
syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang
siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh
kerana darahnya syahid.”
Ke-17: Mereka yang mati dalam keadaan
ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam
hal itu salah satunya: Rasulullah SAW bersabda: “Ribath sehari semalam
lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan jika mati
maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan
dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”
Ke-18: Mati
ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’
mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia
masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah
lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa
yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat
ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.”
Ke-19: Mereka
yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya:
Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul
Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia
memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia
dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al
Khatib.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang
telah lama terkunci dan semoga yang Like & Bagikan meninggal dalam
keadaan khusnul khotimah ♥
Aamiiiin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan