Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand bersepakat akan
berusaha mewujudkan keamanan di Patani Darussalam tanpa mempedulikan
kehendak tuan rumah. Bahkan mengikut pengakuan PM Thailand hanya
Malaysia boleh menyelesaikan masaalah.
Mengambil kata-kata Perdana Menteri
Malaysia beliau menyatakan bahawa mereka akan berusaha menggariskan tiga
fasa dalam proses penyelesaian Masaalah Patani.
1.Rundingan damai dengan melibatkan semua golongan.
2.Gencatan Senjata dengan masing-masing menghentikan operasi ketenteraan.
3.Kedamaian-kembali seperti sebelum ini iaitu Melayu(Islam) dan Siam(Budha) bersaudara kembali.
Tanpa syak wasangka kita yakin pandangan PM Malaysia itu adalah bukan suatu perkara yang baharu.Begitu juga pandangan Thailand. Ini adalah pandangan yang mengambil kira hasil Faraid dibumi Patani diantara mereka.Mengikut lapuran data kepada Parlimen Malaysia 5 tahun yang lalu, Malaysia dan Thailand sama-sama mendapat Royalty gas dari bumi Patani tidak kurang dari satu billion dollar setahun.
Perjumpaan terbaharu ini kerana kerajaan haram Thailand( yang hanya mewakili Raja Thai) ingin membaharui usaha damai yang telah terputus oleh kerajaan sebelum nya. Sebenarnya ini satu lagi lakunan baharu dengan skrip lama. Iaitu perundingan tanpa syarat; mesti dalam ruang lingkup perlembagaan Thailand. Kerajaan dulu sebenarnya telah memulakan langkah positif iaitu dengan mengakui bahawa pejuang-pejuang Patani berhak untuk di beri peluang menyuarakan pandangan mereka.Sekurang-kurang mereka mula memanggil kita sebagai pejuang.Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Patani selama lebih 200 tahun.
Dua bulan yang lalu satu perjumpaan diadakan diantara delegasi Ireland dan pejuang-pejuang Patani yang berada di Malaysia. Perjumpaan ini diatur oleh satu NGO Finland bernama PAKTA. NGO inilah yang mengatur perundingan antara Kerajaan Indonesia dan pejuang Gerakan Aceh Merdeka(GAM) sehingga membawa kepada perdamaian.Dalam perjumpaan tersebut salah seorang wakil Patani dalam ucapan balas kepada wakil Ireland telah memberi satu gambaran kepada wakil-wakil tersebut.Selain membangkit kembali sejarah kezaliman dan penindasan Siam terhadap bangsa Patani beliau menafikan sama sekali bahawa Pejuang Patani sebagai Teroris(pengganas).Kerana teroris adalah mereka yang mengganggu kampung halaman orang lain seperti penjajah Thai.Bagi pejuang Patani hanya mempertahankan diri dari di serang. Hanya itu lah pilihan yang ada.
Kerana penjajah Thai tak pernah mahu berbincang dengan penduduk Patani sebagai manusia.Melainkan sampai sekarang mereka masih mengganggap orang Patani sebagai binatang mainan mereka. Wakil kita menjelaskan,bahawa kita tidak menolak jika penjajah sudah sedar dan mahu berdamai kita bersedia berbincang di Meja bundar TANPA SYARAT.
Jika mereka mahu perdamaian kita sepuluh kali lebih mahu perdamaian.Jika mereka masih mahu berperang kita bersedia meneruskan perjuangan 200 tahun lagi.
Pada mulanya pihak Ireland berharap kita mengubah strateji dari mengangkat senjata kepada meja perundingan.Tetapi selepas mereka mendengar taklimat dari kita; bekas Menteri Luar Ireland menyatakan mereka menarik balik gesaan kepada kita supaya menukar strateji.Bahkan mereka akan menyokong segala keputusan yang akan kita buat hatta untuk meneruskan perjuangan bersenjata sekalipun.
Sebulan selepas itu sekali lagi di atur perjumpaan dengan beberapa Pemimpin GAM termasuk pemimpin nombor satunya,Teuku Malik Mahmood.Beliau menyatakan hairan bagaimana setengah –setengah pemimpin Patani( beliau pohon maaf kalau tersilap) begitu ghairah mencari perdamaian tanpa persediaan dan asas-asas yang perlu.Beliau begitu terperanjat apabila di beritahu tentang kedudukan dan sejarah kezaliman di bumi Patani.Beliau menyatakan bahawa dunia secara rasminya tidak mengetahui tahap penindasan oleh penjajah terhadap rakyat Patani.Termasuk OIC dan Malaysia. Beliau sependapat dengan kita bahawa dunia harus mengiktiraf, bahawa penindasan yang tidak ada pembelaan sedang berlaku di bumi Patani setiap hari. Dan ini kita harus mengatur strateji yang kemas dan foolproof(Tidak mampu di pertikaikan),sebelum kemeja perundingan.
Bagi kita pendirian sangat jelas.Perjuangan bersenjata tidak akan berhenti selagi Penjajah Thai masih berkuasa di bumi Patani.Tapi kita tidak menolak jika diajak kemeja perundingan tanpa mengubah kedudukan Militer kita.Pihak Malaysia dengan kerja sama kerajaan Thailand sekali lagi akan memaksa kita kemeja perundingan.Kali ini mereka akan memaksa semua pertubuhan ikut serta.Munkin ada yang ghairah kerana perundingan tahun lalu tidak di undang.
Walau bagaimana pun sudah sampai masanya semua yang terlibat secara langsung dalam penentangan terhadap penjajah duduk berbincang langkah-langkah yang seterus.Ini tidak termasuk mereka yang menjalankan agenda penjajah dan menyamar sebagai jaguh perjuangan.
Allahumma Solli ala Muhammad wa aali Muhammad.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan