Insan
seperti Perdana Menteri, jurutera, doktor atau peguam mencapai kejayaan dalam
hidupnya kerana diajar dan dididik oleh guru. Kejayaan mereka ini menunjukkan
bahawa guru banyak berjasa kepada banyak orang. Insan yang bergelar cikgu ini
ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita.
Oleh itu, kita mestilah membalas jasa mereka supaya kita tidak dianggap sebagai
kacang melupakan kulit. Kata Saidina Ali, “Siapa mengajar aku satu huruf jadilah
aku hamba kepadanya”. Begitulah mulianya kedudukan seorang guru.
Kesimpulannya, guru merupakan insan
yang banyak berjasa dan bermakna dalam kehidupan kita. Guru ibarat pelita yang
menjadi penyuluh kepada kita pada malam yang gelap gelita. Tanpa guru, kita
akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Guru juga umpama tongkat kepada orang
buta. Oleh itu, kita wajar membalas jasa guru dan mengingati segala
pengorbanannya pada setiap masa.
Satu daripada cara untuk kita
membalas jasa guru ialah kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh
ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang. Sebagai guru, mereka ingin
melihat kita berjaya pada masa depan. Oleh itu, apabila guru mengajar, kita
perlu memberi perhatian sepenuhnya dan janganlah menimbulkan masalah disiplin
yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya,
guru ingin melihat kita berjaya dalam setiap peperiksaan yang kita duduki
dengan cemerlang. Guru sudah pasti berbangga jika kita mencapai kejayaan.
Selain itu, kita mestilah
menghormati guru pada setiap masa. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi kita.
Sebagai contohnya, kita mestilah mendengar nasihat atau tunjuk ajar mereka.
Jika kita melawan atau ingkar arahan guru, ilmu atau pengajaran yang kita
terima daripada guru tidak berkat. Apabila kita sudah dewasa, dan mungkin
memegang jawatan yang tinggi sekalipun hendaklah sentiasa menghormati guru.
Sabda Nabi Muhammad, “Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajari juga dengan
ilmu tersebut ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah diri kamu
kepada orang yang mengajar kamu”. (Riwayat Abu Hurairah)
Seterusnya, kita perlu membalas jasa
guru dengan sentiasa menolong atau membantu guru. Dalam hal ini, kita mestilah
bersedia pada bila-bila masa untuk membantu mereka. Sebagai contohnya, kita
hendaklah ringan tulang untuk membantu guru jika guru meminta bantuan daripada
kita untuk menghantar buku latihan dari kelas ke bilik guru dan sebaliknya.
Melalui cara ini, kita dapat membalas jasa guru yang mendidik dan mengajar
kita.
Bukan itu sahaja. Kita juga perlulah
membalas jasa guru dengan cara mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik
untuk mereka. Hal ini dapat kita lakukan apabila kita mengingati guru kita
bila-bila masa. Sebagai contohnya, semasa sambutan Hari Guru, selain menghantar
ucapan “Selamat Hari Guru”, kita hendaklah berdoa kepada Tuhan agar guru yang
telah berjasa kepada kita sentiasa dirahmati oleh Tuhan. Melalui cara ini, kita
akan dianggap sebagai murid yang baik dan sentiasa menghargai jasa guru yang
telah menyemarakkan evolusi mental yang berterusan sehingga kita menjadi insan
yang berguna pada hari ini dan seterusnya.
Satu lagi cara untuk menghargai jasa
guru ialah sentiasa mengunjungi guru di sekolah atau di rumah walaupun kita
telah meninggalkan bangku sekolah. Jauh lebih baik apabila kita mengunjungi
guru semasa guru kita sakit atau semasa mengalami sesuatu musibah. Pada ketika
itu, guru akan rasa diri mereka dihargai. Juga lebih elok kita kunjungi rumah
guru sesudah mereka bersara kerana guru yang membakar diri menerangi kehidupan
kita umpama lilin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan