Khamis, 25 Disember 2014

MATI SYAHID.

Orang yang mati syahid atau syuhada' ialah mereka yang ikhlas berperang dengan orang-orang kafir untuk membela agama Islam, lalu dia terbunuh dalam peperangan itu. Demikian juga orang yang terluka dalam peperangan tersebut lalu dia mati (di luar peperangan) hasil akibat luka tersebut, juga dianggap syahid sebagaimana orang yang terbunuh dalam peperangan.
Golongan inilah yang dimaksudkan di dalam Firman Allah dan Hadis Nabi sallallahu `alaihi wa sallam yang dinyatakan di bawah :
Dari al-Miqdam Ibn Ma’di Karib, Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Orang yang mati syahid di jalan Allah diberi 7 keistimewaan: 1. diampuni dosanya ketika permulaan darahnya memancar keluar. 2. dapat melihat tempat duduknya di Syurga, 3. dihiasi dengan perhiasan iman, 4. akan ditemani 72 bidadari syurga, 5. diamankan dari azab kubur, 6. diamankan dari goncangan dahsyat hari qiamat, 7. Dipakaikan mahkota kehormatan di atas kepalanya di mana satu permata daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta dapat memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Baihaqi. Shahih al-Jami’: 5182)
Dari Jabir, dia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam mengumpulkan dua orang lelaki di antara orang-orang yang gugur dalam perang Uhud dalam satu kain. Lalu baginda bersabda, ‘Siapakah di antara mereka yang paling banyak menghafal al-Quran?’ Apabila baginda ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, lalu baginda mendahulukannya ke dalam liang lahad. Baginda bersabda, “Aku adalah saksi bagi mereka” dan baginda memerintahkan dikebumian mereka dengan darah mereka. Mereka tidak disolatkan dan tidak dimandikan”.  (HR Bukhari)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda tentang orang-orang yang terbunuh dalam perang Uhud,  “Selimutilah mereka dengan darah mereka dan janganlah kalian memandikan mereka kerana tidak ada seorang pun yang terluka di jalan Allah kecuali dia akan datang padahari kiamat dalam keadaan darahnya mengalir berwarna darah sedangkan baunya adalah bau kasturi”.  (HR. An-Nasa’i)
Dari Anas bin Malik r.a, dari Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam sabdanya: ”Tidak ada seorang pun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia ingin syahid di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid. (HR Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Orang yang mati syahid itu tidak menderita kesakitan ketika terbunuh, melainkan hanya seperti seseorang di antara kamu terkena gigitan semut.” (HR Tirmidzi)
Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa menginginkan mati syahid dengan sebenarnya, nescaya Allah akan menyampaikan hajatnya itu pada kedudukan mati syahid, walaupun dia mati di tempat tidurnya." (HR Muslim)

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin