1. Makan makanan yg seimbang
-
kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan
kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.
2. jaga tingkah laku,jaga amalan
-
pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan
sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan
hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah. Mengucapkan kata-kata yang baik selalu. Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.
3. Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam
-
Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia
berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran
dan pengaruh dia bila dia besar nanti. Setiap
pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata
yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada
bayi itu. Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.
4. Jaga pantang larang
- Berpantang makan yang berbisa dan tajam. Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan. Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing. Pernah
dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga
tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita
buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan
memberi kesan pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel,
kaki anak kita jugak jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat
dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan. Jangan aniaya binatang.
5. Elakkan tekanan
-
Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan
dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak
dengan tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja
kena masak lagi untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah,
hulurkan tangan ringankan beban. Sama-sama soleh dan solehah. Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan