TAOTAUAJER - Tahukah korang
dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana
kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak
rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Kewujudan Yakjuj dan Ma'juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA penemuan tersebut mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif hidup 20 batu di bawah tanah.
Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama
seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj
& Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin
Allah) telah runtuh di Georgia.
Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews &
Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal
dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih
tinggal. Allahu A’lam.
1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya
menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan
salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.
2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.
Kalau korang tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media
yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca
artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini..
Subhanallah!
3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal
ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian
(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
Ini memang tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer
bermaharaja lela korang tengok la media sekarang, bersepah
rancangan-rancangan musik dan program-program yang melalaikan.
4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
Korang lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang
berhiasa tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah
seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.
Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:
“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian,
miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan
bangunan.” SubhanAllah!
Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer
iaitu Menara Jam Di Raja Mekah. Dimana tao juga pernah mengeluarkan
artikel tentang Menara jam Mekah pelengkap tanda Kiamat.
5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” –
Riwayat Ahmad dan Hakim.
6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang
baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani.
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.
9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari
kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang”.
Ini pon sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.
10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.
11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum
pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah
dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” –
Sahih Muslim.
Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.
12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu
dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.
13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.
Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?
TERKINI Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia (9 GAMBAR)
TERKINI Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia (9 GAMBAR)
14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka
dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan
mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.
Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin
terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti
ini.
15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah
putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling
buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” –
Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami
Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu
beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami
sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak
akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam
tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal,
binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin
Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di
timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir
sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau
manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslim).
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis
ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat
hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang
seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan
semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan
bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu
Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima
taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan
mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan
beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang
Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding
yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul
Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari
beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih)
dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah
yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan
perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan
disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun
dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya
adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang
besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian
ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu.
Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari
yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
TAOTAUAJER : Lihatlah betapa hampirnya kita.. dan apa yang tersenarai di atas telah banyak yang berlaku di dunia ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi keinsafan. Salah dan silap harap di maaf sesunggunhya tao juga tidak terlepas dari membuat kesilapan dan kemungkaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan