Bagi sesiapa yang berminat untuk
membimbing muallaf maka perlu memahami muallaf. pendekatan yang salah
akan menyebabkan muallaf tertekan dan tidak bersemangat untuk terus
belajar dan amalkan Islam. Ini yang banyak berlaku bahkan sampai yang
akhirnya keluar daripada Islam. Adapun perkara yang perlu diingat dalam
membimbing muallaf adalah:
1. Ingatlah muallaf umpama bayi baru dilahirkan
Umpamakan muallaf seperti bayi yang baru dilahirkan. Muallaf adalah belajar bermula daripada kosong jadi tidak boleh kita mengajar mereka perkara yang berat-berat, kita harus bermula daripada asas. Bayangkan bagaimana seorang ibu menjaga bayi yang baru dilahirkan? Mula-mula diberikan susu ibu, selepas beberapa bulan mula diberikan bubur nasi dan seterusnya. Begitu juga muallaf kita harus betul-betul mengajar daripada perkara asas tanpa paksaan. Sungguhpun perkara tersebut hanya kecil bagi muslim yang dilahirkan dalam keluarga muslim tetapi sesuatu yang besar bagi muallaf. Janganlah paksa muallaf untuk mengamalkan Islam serta merta, ajarkan yang mudah dan ambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri.
2. Mereka seperti Tarzan diberikan peperiksaan SPM?
Bayangkan Tarzan keluar daripada hutan, apakah tahap pendidikan yang sesuai kita berikan? Adakah terus masuk SPM atau Tadika? Dari segi umur tarzan layak untuk mengambil SPM tetapi segi pengetahuannya layak di tadika terlebih dahulu. Maka begitu jadikan juga muallaf lebih sesuai untuknua sungguhpun sudah dewasa tetapi harus ingat mereka baru mengenal Islam jadi mulakan daripada perkara asas dan beri penghargaan kepadanya supaya memberi semangat untuk terus belajar islam dan mengamalkannya.
3. Umpamakan Muhajirin dengan Anshar
Umpamakan muallaf sebagai Muhajirin dan muslim sejak lahir sebagai Anshar. Bagaimana Rasulullah menyatukan Muhajirin dan Anshar di Madinah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan antara mereka sehingga Anshar sanggup memberikan apa sahaja kepada Muhajirin yang memerlukannya termasuk mempelawa Muhajirin untuk mengambil isterinya sekiranya berminat. Jadi kita satukan muallaf dengan muslim sejak lahir sehingga muallaf merasa bahawa muslim lain adalah saudaranya dan tempatnya berkongsi masalah. Ciptakan hubungan harmoni diantara mereka sehingga tidak ada jurang dan sempadan di antara mereka.
4. Fokuskan kepada Tauhid atau Akidah
Rasulullah menyampaikan dakwah selama 23 tahun, Rasulullah menyampaikan dakwah di Mekah selama 13 tahun berkaitan tauhid semata-mata. Selama 13 tahun tersebut ayat-ayat yang turun hanya berkaitan akidah dan Tauhid semata-mata kemudian baru turunnya ayat berkenaan fikah.
Sampaikan Aisyah pernah berkata: Sekiranya awal-awal ayat yang diturunkan berkanaan hukum hakam maka tidak ada orang yang berminat kepada Islam.
5. Ajarkan secara perlahan-lahan
Al-Qur'an diturunkan secara berangsur-angsur, Ini menunjukkan dalam membimbing muallafpun kita harus mencontohi pendekatan Al-Qur'an diturunkan iaitu perlahan-lahan. Jangan terlampau semangat dan berharap lebih sehingga akan memaksa muallaf mengamalkan terlampau ke hadapan sehingga akan membuat mereka tertekan dan tidak bersemangat untuk belajar Islam. Harapan yang terlampau akan membuat pengajar lupa bahawa muallaf baru mengenal Islam, ini akan menyebabkan muallaf hilang kepercayaan kepada pengajar.
6. Utamakan perkara wajib berbanding sunat
Materi yang diajarkan pula harus difokuskan kepada perkara-perkara waijib terlebih dahulu jangan tekankan kepada perkara sunat pada peringkat awal sehingga akidah dan tauhid sudah mantap. Perkara sunat akan memberatkan muallaf, ada kes yang mengajar muallaf supaya shalat tahajud (shalat malam) dan puasa sunat, sedangkan perkara wajib belum diamalkan secara penuh takkan mahu tekankan amalan sunat.
7. Permudahkan
Dalam mengajar muallaf maka permudahkan dalam semua perkara jangan susahkan mereka sehingga mereka merasa begitu susah untuk mengamalkannya. Ini sesuai dengan Hadith Nabi:
Mudah-mudahkan jangan susahkan, beri berita gembira jangan takut-takutkan (Sahih Bukhari)
Daripada hadith di atas
menunjukkan bahawa Rasulullah menggalakkan kita untuk memudahkannya
dalam amalan Islam jangan susahkan, sedangkan islam itu sendiri adalah
agama yang mudah.
8. Jadikan sebagai adik angkat.
Jadikan muallaf sebagai keluarga angkat sehingga mereka selesa bersama pengajar. Ini akan membina kepercayaan muallaf kepada pengajar sehingga muallaf merasa ada tempat untuk berlindung dan berkongsi masalah. Ingat jangan sekali pun membuat perkara yang dapat menghilangkan kepercayaan muallaf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan