Siapakah “Members of Royal Families” yang mendapat Darjah DKA dari Sultan Perak?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani :
Bersempena
dengan sambutan Jubli Perak ke-25 yang lalu, Sultan Azlan Shah telah
berkenan mengurniakan satu Pingat Darjah Kebesaran DKA (Degree Of
Kinship to the Azlani’s Award).
Siapakah gerangannya orang itu? Mengapakah orang itu tidak hadir? Orang
itu yang berada jauh,dari Kepulauan Cyprus,berdekatan dengan Turki telah
menghantar anaknya sendiri untuk menerima pengiktirafan itu iaitu Encik
Baha’uddin Adil.
Apakah hubungan istimewa antara Sultan Azlan Shah dengan bapa kepada
Encik Baha’uddin Adil iaitu Sheikh Muhammad Nazim Adil Al Qubrusi
Al-Haqqani?
.
Apakah hubungan istimewa dan kerohanian antara Sultan Azlan dan anakanda baginda dengan Sheikh Nazim ini?
.
Apakah hubungan istimewa dan kerohanian antara Sultan Azlan dan anakanda baginda dengan Sheikh Nazim ini?
Siapakah Sheikh Nazim ini dan apa kaitannya dengan Raja Ashman anakanda Sultan azlan dan Sultan Brunai ?
Sila lihat betul betul apa yang dititahkan oleh Raja Muda Perak iaitu Raja Dr Nazrin
Apa Pesanan dan kata Sheikh Nazim tentang Perang dunia ke-3
Apakah hubungan antara Kesultanan Turki dan Kesultanan Melayu?
Apakah hubungan antara Kesultanan Turki dan Kesultanan Melayu?
Apakah hubungan antara kebangkitan akhir zaman,Al-Mahdi dan Bangsa Melayu Nusantara dari Timur ?
Wahai Melayu-islam…bersatulah….lupakanlah segala sengketa…Kita sudah tidak punya banyak masa!
Al Mahdi TIDAK AKAN muncul dari bangsa Pathan/Pashtun seperti yang di war-war kan dalam youtube .
Bangsa manakah yang dikatakan “Great Nation” ? .Pada pendapat saya
mereka bukan bangsa Pashtun/Pathan. Bangsa yang digelar the “Great
Nation” yang akan mengibarkan Bendera Hitam dari Timur itu ialah Bangsa
Melayu-Islam dari Nusantara.!!!
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Artikel dibawah adalah pendapat peribadi tuan punya blog tersebut iaitu
Kumanddie.Pendapat beliau boleh kita baca dan masing-masing boleh
membuat pertimbangan sendiri!
Tulis beliau berikutnya…..
“Sebenarnya sebelum perlantikan Imam Mahdi, pada tanggal 10 Ramadan,
terdapat 2 gerhana , iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan berlaku
serentak. Kejadian tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak
akan berlaku lagi selepas itu. Jadi saudara-saudari boleh tunggu satu
meteor besar (atau planet) yang akan menutupi bumi dan bulan nanti.
Selepas itu baru ada satu suara di Masjid Nabawi yang akan melantik Imam
Mahdi.
Mungkin masanya sudah dekat. Yang penting semua jemaah Islamiah dan umat
Islam boleh bersatu ketika perlantikan tersebut. Nabi Muhammad saw kata
Imam Mahdi berpakaian seperti Bani Israel (yakni sama dengan pakaian
Nabi Isa as). Apa yang saya maksudkan dengan pakaian Bani Israel ialah
pakaian orang Patan dan Pashtun. Orang kita cakap “kurta”.
Orang Patan dan Pashtun adalah dari keturunan Bani Israel (dari puak
Nabi Yusuf a.s.). Selain kurta, Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah
bersabda bahawa Nabi Isa a.s. pakai serban yg mempunyai 2 ekor (mafhum).
Jadi 2 ekor di belakang serban adalah pakaian rasmi bagi Bani
Israel.Mengikut kitab Yahudi tua (Book of Mormon), sebahagian daripada
Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan
Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh ,
iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja,
iaitu Manasseh dan Ephraim).
Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang
Professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant
Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA
Mediterranean adalah dari bangsa Bani Israel.
Nak periksa betul atau tidak benda nie. Kita kena periksa persamaan antara budaya Melayu dengan budaya Bani Israel:
Pertama adalah gendang. Dalam hadis sahih, ketika Nabi s.a.w.
bermesyuarat bagaimana hendak panggil orang sembahyang ketika masuk
waktu, salah satu cadangan daripada sahabat r.a. adalah dengan
menggunakan gendang. Nabi s.a.w. sabda gendang adalah budaya Bani
Israel. Di dalam dunia ini, gendang hanya digunakan di masjid-masjid di
Afghanistan, Pakistan dan Malaysia. Tempat lain tidak ada. Jadi ini
semua adalah tempat Bani Israel. Di Eropah pun, synagogue Yahudi tidak
pakai gendang. Jadi yang benar-benar amal budaya Bani Israel adalah
Afghanistan, Pakistan dan Malaysia.
Kedua adalah songkok. Songkok digunakan oleh Yahudi secara meluas di
Eropah. Begitu juga di Russia, Azerbaijan dan Armenia. Ini semua adalah
tempat Yahudi. Di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia, umat Islam memakai
songkok. Sebenarnya, songkok hanya dipakai oleh kumpulan Bani Israel
sahaja.
Ketiga adalah serban 2 ekor. Cuba kita lihat tengkolok dan dasta.
Tengkolok adalah ringkasan daripada serban Bani Israel yang mempunyai 2
ekor. Ini berdasarkan kpd serban Nabi Isa a.s. [ lihat semutar orang
melayu kelantan ]
Keempat adalah nama tempat. Di NS terdapat satu kawasan bernama Juasseh.
Yahudi memanggil Nabi Yusuf a.s. sebagai Jusuf , manakala anaknya
bernama Manasseh, yang diringkaskan sebagai Asseh. Jadilah Juasseh. Jadi
mungkin ini adalah keturunan sebahagian Melayu Semenanjung. Selain dari
itu, dalam kitab Yahudi tua, terdapat perkataan Moron (Maran) dan
lain-lain bandar yg hampir serupa bunyinya.
Kelima adalah nama surau. Terdapat di setengah tempat, surau 2 tingkat
yg mempunyai madrasah di bawah, dipanggil sebagai Menesah. Jadi Menesah
diambil daripada keturunan sebahagian Melayu iaitu Manasseh (anak Nabi
Yusuf a.s.).
Keenam. Sekiranya sebahagian Melayu adalah dari keturunan Nabi Yusuf
a.s., jadi mesti ada Melayu yang cantik dan tampan. Saya pernah pergi
UK. Orang sana cakap Melayu adalah manusia yg paling cantik di dunia.
Begitu juga di Australia, 10 tahun dahulu expat Australia cakap Melayu
adalah wanita yg paling cantik di dunia. Saya sendiri sudah buat
perbandingan, secara peribadi wanita tercantik adalah dari negara
Venezuela, Italy , Palestin dan Jordan. Namun setelah saya buat
perbandingan, sesetengah wanita Melayu jauh lebih cantik dpd mereka
semua. Jadi mungkin terdapat gene Nabi Yusuf a.s. dalam darah sesetengah
Melayu. Kerana Nabi Yusuf a.s. adalah manusia yg paling tampan dalam
sejarah manusia. Kita boleh lihat ramai wanita cantik di Pasir Mas,
Taiping, Seremban dan Kuantan.
Ketujuh adalah baju Melayu. Sekali tengok baju Melayu adalah seakan-akan
kurta yg telah dipendekkan. Namun begitu, tujuan saya tulis ini adalah
untuk menunjukkan bahawa yg dikatakan sebagai tentera Imam Mahdi adalah
dari kalangan Bani Israel, iaitu seramai 70,000 orang. Mungkin terdapat
sedikit Melayu dalam barisan tersebut. Sementara dalam kitab Yahudi tua
pula, golongan Manasseh bakal sembelih Yahudi jahat di Palestin
kelak.Wallahu’alam….
Sekarang saya ingin menghuraikan tentang cerita api masyriq ketika
munculnya Imam Mahdi.Kalau Isyraq bermaksud, kedudukan matahari di atas
bumi setinggi 2 galah. Maka api masyriq mungkin bermaksud BOM NUKLEAR.
Jadi kalau berpandu kepada hadis, maka Iran dan Iraq bakal di bom
nuklear selama 3 hari. Ini menyebabkan angin radio aktif berwarna hitam
akan bertiup dan bakal membunuh ramai umat manusia. Sungai Furat di Iraq
akan naik mungkin disebabkan empangan hidroelektrik pecah ketika
berlaku peperangan.Tentera Amerika mungkin menggunakan Turki sebagai
base. Setelah mereka mengebom Iraq dan Iran, maka tentera Amerika terus
mara dan menakluki Arab Saudi pula. Ketika itu, Arab Saudi sedang
mengalami masalah dalaman , iaitu putera-putera Raja sedang berebut
harta.
Setelah Iran dan Iraq dibom nuklear. Amerika mengawal 2 negara , iaitu
Turki dan Arab Saudi. Ketika ini barulah Imam Mahdi muncul. Tentera Imam
Mahdi tidak bersenjata. Tetapi sejumlah 3,000 atau 6,000 malaikat
(kalau tak silap) akan membantu tentera tersebut. Tentera Amerika akan
tewas di Arab Saudi dan Turki. Israel juga akan lenyap.
Jumlah tentera Imam Mahdi adalah seramai 70,000 orang. Kebanyakannya
adalah dari Pakistan dan Malaysia. Kenapa saya kata 2 negara tersebut.
Ini berpandu kepada hadis bahawa ramai di kalangan tentera Imam Mahdi
adalah dari keturunan Bani Ishaq. Kalau dilihat kepada salasilah
keturununan, maka Patan/Pashtun adalah dari keturunan Nabi Yusuf a.s.
Sebab itulah Russia dan Amerika menyerang Afghanistan. Mengikut kitab
Yahudi, satu lost tribe Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu
beragama Islam) akan membunuh Yahudi jahat di Palestin.
Daripada 12 puak Bani Israel, keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang
hilang daripada rekod Yahudi. Di dalam kitab Yahudi tua pula, golongan
Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal sembelih Yahudi jahat di
Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak
golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan
Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China,
sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga,
sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii. Namun begitu
kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan
prinsip lost tribe). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga
(namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara –
sebab itu mereka diserang oleh pemimipin Yahudi Amerika dan Russia). 4
tahun lalu (kalau tak silap), seorang Professor di USA bernama Ralph
Olssen telah membuat hypothesis baru. Pada mulanya Yahudi sangka, Red
Indian Amerika adalah ibu bagi segala Manasseh. Tetapi kesemua keputusan
DNA adalah negatif.
Kemudian Prof Ralph Olssen kaji secara mendalam tentang Book of Mormon
dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala
keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu.
Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu
mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. Jadi kalau berpandu
kepada kitab Yahudi tua bahwa lost tribe dari kalangan Manasseh (anak
Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi
dan bakal sembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga
memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada
orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis
mengenai Imam Mahdi.
Jadi, bagi pendapat saya, 70,000 tentera Imam Mahdi adalah terdiri
daripada orang-orang Pakistan (termasuk Afghanistan) dan Malaysia
(termasuk Selatan Thai). Namun yang berada di barisan hadapan adalah
orang-orang Melayu.
Satu lagi cerita , setelah kewafatan Imam Mahdi, Nabi Isa a.s. bakal
melantik seorang lagi Khalifah Islam. Nama beliau adalah Muqat. Pada
pendapat saya, tidak ada orang Arab yang bernama Muqat. Yang paling
hampir adalah Megat. Jadi kalau Imam Mahdi bakal memerintah dunia Islam
selama 19 tahun, jadi Megat pula bakal memerintah dunia Islam selama 70
tahun selepas itu.
Saya nak tambah sikit. Di alam Melayu ini, bukan puak Nabi Yusof a.s.
(Ganu kite cakap Jusoh , mungkin pakai loghat Bani Israel) saje yang ada
di sini. Bahkan ada satu lagi puak Bani Israel yang wujud, iaitu Jawi.
Mengikut cakap orang tua-tua, semasa kerajaan Champa, telah wujud satu
lagi puak Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Jawi (Levi). Ketika itu
mana-mana orang Melayu yang menganut agama Nabi Ibrahim a.s. digelar
sebagai “masuk Jawi”. Jadi mereka ini dikenakan berkhatan sebagai tanda
kemasukan ke agama Nabi Ibrahim a.s. . Levi adalah salah seorang anak
kepada Nabi Yaakob a.s., sama macam Nabi Yusof a.s. . Levi merupakan
ketua kepada seluruh Ulama’ agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani
Israel ketika itu.
Perlu diingat , puak Manasseh yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu
pada 600 BC bukannya beragama Nabi Musa a.s. . Bahkan mereka adalah
beragama Nabi Ibrahim a.s. juga, sama macam keturunan Jawi (Levi) yang
berada di Champa sebelum itu. Ini kerana Book of Mormon adalah kitab
tentang agama Nabi Ibrahim a.s. dan bukannya agama Nabi Musa a.s. .
Sesetengah orang-orang tua mengatakan bahawa kaum Jawi adalah bangsa
Jawa sekarang. Kalau dilihat dari segi air muka, mungkin ada
kebenarannya. Namun begitu tiada ujian DNA pernah dilakukan bagi tujuan
pengesahan. Namun, sekiranya dakwaan ini benar, maka Jawa akan berada di
barisan tengah di dalam pasukan tentera Imam Mahdi. Jadi ini tidak
bersalahan dengan hadis Nabi s.a.w. bahawa , tentera Imam Mahdi adalah
di kalangan Bani Ishak.
Satu lagi, mengikut saintis, satu planet bernama Nibiru, akan muncul
pada tahun 2012. Mungkin planet ini yang menyebabkan terjadi 2 gerhana
serentak pada awal Ramadan .
Sebenarnya , saya hendak tambah sedikit cerita tentang Jawi. Pemahaman
Arab tentang Bani Jawi yang merujuk kepada Melayu adalah sedikit
tersasar. Di alam Melayu , Jawi merujuk kepada agama Nabi Ibrahim a.s..
Bani Jawi yang menjadi rujukan Arab sebenarnya bermaksud keturunan
Keturah.
Siapakah Keturah???
Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. . Setelah kewafatan
Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin
dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa. Akhirnya Nabi Ibrahim
a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6
orang anak.
Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah
Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu
diambil dari perkataan Mala (nama bangsa asas Keturah iaitu Mala/Mon) ,
dan sementara Yur pula diambil dari nama tempat asal-usul Nabi Ibrahim
a.s. , iaitu berhampiran dengan kota Babylon.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah
Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat
ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari
tulisan Yahudi tua. Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa
dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa.
Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi
Ibrahim a.s.. Jawi sebenarnya adalah Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob
a.s. . Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi
Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu,
Keturah adalah daripada bangsa Mala/Mon . Sekiranya kita lihat
orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil
dari bahasa Mala/Mon. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban,
Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal
Mala/Mon. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a .Jika kita lihat DNA Melayu
Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa
Melayu Kedah lebih bijak dan segak, ini adalah kerana mereka daripada
keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor dan
Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu
Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan
adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. .Namun Mala/Mon bukanlah
bangsa asal. Mala/Mon adalah daripada bangsa Scythia. Scythia merupakan
bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan,
Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi ,
Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.Scythia merupakan
sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah
berhampiran dengan Laut Hitam.
Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang
Arkeologist Eropah di sekitar tahun 1830an lagi (lama tu). Maka , ada
kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini
kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak , atau bermaksud 22
bangsa asas (kalau tak silap saya). Jadi Nabi Adam a.s. telah ajarkan 22
jenis bahasa kepada kesemua 44 orang anak beliau, berdasarkan kepada
jenis bangsa tersebut.Jadi , apa yang saya hendak tegaskan disini ialah
yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan Bani Ishak yang
menjadi tentera Imam Mahdi adalah merupakan anak-anak Keturah (orang
Islam Asia Tenggara), dan juga Bani Israel yang beragama Islam (mungkin
keturunan Nabi Yusuf a.s. iaitu dari Afghanistan, Pakistan dan Tanah
Melayu).
Jika kita lihat hadis Nabi s.a.w., maka kita akan dapati cerita akhir
zaman hanya berkisar di kalangan keturunan Nabi Ibrahim a.s. . Persoalan
sekarang adalah kenapa ALLAH melantik tentera Imam Mahdi di kalangan
Bani Ishak???Ini adalah kerana sewaktu dunia akhir zaman, keturunan Nabi
Ibrahim a.s. di pandang hina malah disamakan dengan Iblis laknatullah
alaihi , terutama sekali di sebelah Bani Israel. Contohnya adalah Dajjal
laknatullah alaihi, Yahudi jahat, Freemason, Illuminati, dan
sebagainya. Ini semua telah memburukkan nama baik Nabi Ibrahim a.s. .
Namun begitu di dalam al-Quran , ada terpampang tentang doa khusus Nabi
Ibrahim a.s. untuk keturunannya , iaitu beliau meminta ALLAH menjadikan
keturunan Nabi Ibrahim a.s. sebagai golongan yang mendirikan sembahyang ,
terus-menerus sehingga Hari Kiamat. Jadi kemunculan tentera Imam Mahdi
adalah untuk memadamkan salah faham tentang keturunan Nabi Ibrahim a.s.,
yakni di kalangan Bani Israel. Mungkin ALLAH ingin menunjukkan kepada
hambaNYA bahawa ada keturunan Bani Ishak (termasuk Bani Israel) yang
terus-menerus mendapat hidayat daripada ALLAH SWT.
Ada sesetengah ulama ada mengatakan terdapat lebih 60 buah kubur Sahabat
Nabi s.a.w. yang tertanam di kawasan Malaysia-Indonesia. Maksudnya kita
masih belum putus daripada hidayat ALLAH sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.
lagi. Begitu juga Pakistan dan Afghanistan masih belum putus daripada
hidayat ALLAH sejak zaman Bani Israel lagi. Mereka juga menganut agama
Islam sejak zaman awal Islam lagi.
Untuk menguatkan lagi hubungan antara Bani Ishak dengan anak-anak Keturah , cuba baca kitab Yahudi tua ini :
Genesis 25:1-9
“Then again Abraham took a wife, and her name was Keturah. And she bare
him Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah.
And Jokshan begat Sheba, and Dedan. And the sons of Dedan were Asshurim,
and Letushim, and Leummim. And the sons of Midian; Ephah, and Epher,
and Hanoch, and Abidah, and Eldaah. All these were the children of
Keturah. And Abraham gave all that he had unto Isaac. But unto the sons
of the concubines, which Abraham had, Abraham gave gifts, and sent them
away from Isaac his son, while he yet lived, eastward, unto the east
country. And these are the days of the years of Abraham’s life which he
lived, an hundred threescore and fifteen years. Then Abraham gave up the
ghost, and died in a good old age, an old man, and full of years; and
was gathered to his people. And his sons Isaac and Ishmael buried him in
the cave of Machpelah”
Sebelum wafat, Nabi Ibrahim a.s. telah memberi semua anak-anak beliau
melalui perkongsian hidup bersama Keturah kepada Nabi Ishak a.s. . Ini
membuktikan bahawa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa
tentera Imam Mahdi adalah dikalangan Bani Ishak adalah umat Islam di
kalangan Bani Israel dan anak-anak Keturah Yakni Afghanistan, Pakistan,
Melayu dan Nusantara.
Pasal nasab Rasulullah s.a.w., kebanyakan nasab keturunan Nabi Muhamad
s.a.w. adalah daripada Ali Zainal Abidin , iaitu anak kepada Saidina
Hussein r.a. . Keturunan Ali Zainal Abidin merupakan yang ramai sekali
di nusantara. Ini termasuk Raja Aceh, Sultan Pahang, Raja Lama
Terengganu, Raja Lama Johor, Wali Songo, Sultan Banten, Sultan Cirebon,
Sayyid dari Hadramaut, Sharif dari Hadramaut, Sheikh, Syed, Raden,
Habib, Wan (Pahang), Wan (Terengganu), Megat, Meor, Tengku (Johor),
Tengku (Pahang), Tengku (Terengganu), dan seumpamanya. Walaupun mereka
juga keturunan pendakwah., namun ini semua bukan keturunan yang
dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bakal menjadi Imam Mahdi.
Yang bakal menjadi Imam Mahdi mestilah daripada keturunan Saidina Hasan
r.a. . Setelah saya meneliti, maka keturunan Saidina Hasan r.a. adalah
daripada Ali Nurul Alam, iaitu bangsawan Majapahit yang mentadbir
Kelantan Lama. Keturunan tersebut adalah terdiri daripada Wan (kedua-dua
Wan di Kelantan dan Wan di Acheh), Nik, Long dan Pangeran (Brunei).
Inilah keturunan pendakwah yang ada kemungkinan merupakan gene yang
dipunyai oleh Imam Mahdi.
Satu perkara yang perlu diingat, Imam Mahdi tidak pernah mengaku bahawa
beliau adalah bakal Imam Mahdi. Hanya Umat Islam yang akan mencari
beliau. Mengenai Pemuda Bani Tamim pula, mana-mana Jemaah Islam yang
berkiblatkan kepada keluarga Saidina Abu Bakar r.a. ketika waktu ini,
pemimpin mereka sebenarnya adalah Pemuda Bani Tamim yang dimaksudkan
oleh Nabi s.a.w.. Tanda-tanda Pemuda ini ialah, sekiranya beliau hendak
buat satu perhimpunan, maka jumlah Umat Islam yang hadir akan mencecah
jutaan orang dari seluruh pelusuk dunia. Ini termasuk dari negara-negara
yang tidak popular seperti Nicaragua, Botswana, dan seumpamanya. Saya
kira , saya tidak perlu hurai secara detail tentang perkara ini. Anda
semua boleh periksa di masjid masing-masing.
Saya ingin huraikan sedikit kenapa saya kata Imam Mahdi mungkin orang di sebelah sini.
Pertamanya , mengikut tertib ALLAH, sekiranya orang yang mulia hendak
dibangkitkan, maka keturunannya mestilah di kalangan pendakwah.
Sekiranya kita lihat sekarang, keturunan Nabi s.a.w. yang ada di Tanah
Arab bukanlah terdiri daripada keturunan pendakwah. Jadi kalau ALLAH
hendak membangkitkan manusia mulia, ianya mestilah seorang daripada
darah pendakwah. Jadi ahlul bait yang berada di luar Tanah Arab yang
sepatutnya menjadi keutamaan di sisi ALLAH. (Namun ini hanyalah
pandangan saya yg hina sahaja).
Kedua , mengikut hadis, pengikut Imam Mahdi adalah di kalangan Bani
Ishak. Jadi terdapat dua golongan sahaja dalam kategori ini. Iaitu Bani
Israel Muslim dan anak-anak Keturah. Setelah disiasat, hanya puak Nabi
Yusuf a.s. sahaja yang dikatakan Bani Israel yang mendapat hidayat untuk
menjadi Umat Islam. Mereka adalah Afghanistan, Pakistan dan Tanah
Melayu.
Ketiga, yang dikatakan sebagai anak-anak Keturah adalah orang-orang
Nusantara iaitu, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand,
Brunei dan seumpamanya. Jadi maksudnya , Imam Mahdi mestilah menguasai
bahasa Melayu, bahasa Urdu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Saya kata
bahasa Inggeris sebab ada dalam hadis mengatakan bahawa Imam Mahdi akan
bersemuka dengan tentera Gentile (Romawi) sebelum Tentera Islam dan
Tentera Nasrani berperang. Jadi Imam Mahdi mungkin fasih dalam 4 bahasa.
Saya hendak tambah sedikit, Imam Mahdi mungkin akan menjadi Khalifah
Islam selama 19 tahun (ada satu lagi riwayat mengatakan hanya 7 tahun).
Namun selepas pemergian beliau, maka Khalifah Islam yang seterusnya
bernama MEGAT. Di sini perlu kita ingat. Terdapat 2 jenis Megat dalam
negara ini. Satu Megat daripada Tengku. Ini adalah keturunan Syed Zainal
Abididn Tun Dagang, iaitu keturunan Nabi s.a.w. , iaitu daripada
Saidina Hussein r.a. . Yang satu lagi Megat adalah daripada Bugis
Makasar, iaitu keturunan daripada Yemen.
Jadi Khalifah Islam yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah Megat
daripada Bugis Makasar, iaitu keturunan daripada pendakwah Yemen. Megat
akan menggantikan Imam Mahdi sebagai Khalifah Islam (selepas kewafatan
Imam Mahdi) dan akan memerintah selama 70 tahun. Kemudian , 30 tahun
selepas kewafatan Megat, maka terdapat seorang lelaki perkasa yang
berkulit hitam keturunan Afrika akan menghancurkan seluruh Kaabah.
Ketika itu akan muncul binatang yang bernama Dabbatul-Ardh yang boleh
berkata-kata seperti manusia, dan akan keluar daripada perut bumi.
Ketika itu juga, ALLAH akan matikan ramai orang yang berilmu dan orang
beriman. Quran juga akan hilang daripada suhufnya. Waktu itu, mereka
yang ada kalimah Tauhid LAILAHAILLALLAH sahaja yang akan mendapat
keampunan dan kasih ALLAH.
Kalau mengikut semua kitab-kitab agama (baik Islam mahu pun Yahudi) ,
Imam Mahdi sudah pun lahir. Beliau hanya menunggu masa sahaja
perlantikan daripada ALLAH SWT . Kalau mengikut kitab Yahudi lama, Imam
Mahdi mestilah muncul di sekitar 2009 sehingga 2012. Ini kerana negara
Israel hanya dibenarkan oleh ALLAH SWT dalam lingkungan 40 tahun sahaja.
Tahun 2008 adalah tahun yang ke 40 bagi negara Israel. Kalau mengikut
kitab Islam pula, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda , mafhum – akan terjadi 2
gerhana serentak pada 10 Ramadan (iaitu sebuah planet besar akan
menutupi ruang antara bumi dengan matahari sehingga mengakibatkan
kedua-dua bumi dan bulan tertutup daripada pancaran matahari) yang mana
ianya tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak akan berlaku lagi
selepas ini.
Ketika itu di Masjid Nabawi di Madinah, akan muncul satu suara yang akan
melantik Imam Mahdi sebagai Khalifah Islam. Kalau mengikut ahli kaji
bintang, sebuah planet yang bernama Nibiru akan muncul pada tahun 2012,
dan akan berada pada kedudukan sangat hampir dengan bumi sehingga ahli
kaji bintang menganggap ianya mungkin akan berlanggar dengan bumi.
Jawapan bagi “Siapa gerangan yang akan menjadi Imam Mahdi”, sukar hendak
saya jawab secara spesifik. Ini kerana saya belum berjumpa dengan
individu tersebut.Namun secara amnya, namanya ialah sama ada Wan
Muhammad bin Wan Abdullah atau Nik Muhammad bin Nik Abdullah atau Long
Muhammad bin Long Abdullah atau pun Pangeran Muhammad bin Pangeran
Abdullah. Beliau mestilah mempunyai pertalian dengan negeri Kelantan
(namun tidak semestinya menetap di negeri Kelantan).
Beliau mestilah fasih dalam 4 bahasa , iaitu Arab, Melayu, Inggeris dan
Urdu . Ini berpandu kepada hadis mengenai Bani Ishak yang disabdakan
oleh Nabi s.a.w. sebagai tentera Imam Mahdi. Jadi ada kemungkinan beliau
belajar Tahfiz dan Alim di Pakistan dan beliau merupakan orang Melayu.
Tentang bahasa Inggeris pula, saya ambil dari cerita tentang peperangan
antara tentera Imam Mahdi dengan orang puteh, yang mana Imam Mahdi akan
berdialog dengan tentera orang puteh. Jadi mungkin beliau pernah berada
di luar negara seketika iaitu tempat di mana pertututurannya adalah
bahasa Inggeris. . Beliau juga mestilah berpakaian seperti orang-orang
Pakistan utara, iaitu menyerupai pakaian Patan/Pashtun. Kegemaran beliau
mestilah sama dengan puak Patan/Pashtun iaitu meminum teh pekat panas.
Sifat beliau mestilah sama dengan sifat Saidina Ali r.a. . Iaitu pertama
pantang melihat Agama Islam dihina, kedua suka berperang , ketiga
pendiam (atau tidak fasih bertutur) dan keempat suka melayan tetamu.
(Pandangan saya sahaja).Kalau ramai orang-orang saleh pernah bermimpi
Nabi s.a.w. , begitu juga dengan Imam Mahdi. Malah beliau lebih kerap
bermimpi Nabi s.a.w. lebih daripada orang-orang saleh yang lain. Bukan
itu sahaja, beliau juga mestilah pernah bermimpi Saidina Ali r.a. dan
juga Fatimah r.a. . Fatimah r.a. seharusnya memanggilnya sebagai anak
atau cucu. Manakala Saidina Ali r.a. pula harus mengajarkannya satu
amalan khusus yang pernah Nabi s.a.w. ajarkan kepada Saidina Ali r.a. .
Iaitu amalan yang menyebabkan Saidina Ali r.a. boleh mendengar bumi
bercakap. Jadi Imam Mahdi mestilah seorang yang mampu mendengar
percakapan bumi. Contohnya , sekiranya akan berlaku kejadian tsunami,
Imam Mahdi sudah tentu dapat mengesannya terlebih dahulu sama seperti
hidupan-hidupan di laut. Namun ALLAH sahaja Yang Lebih Mengetahui
tentang siapa sebenarnya Imam Mahdi.
Saya hendak komen sedikit tentang salah faham Umat Islam mengenai
asal-usul Imam Mahdi. Terdapat kecenderungan Umat Islam untuk mengaitkan
Imam Mahdi dengan bangsa Arab. Walaupun Imam Mahdi berketurunan Nabi
Muhammad s.a.w. , namun pada pendapat saya beliau bukannya berbangsa
Arab. Sesetengah Ulama cepat untuk membuat conclusion mengenai bangsa
Imam Mahdi. Ini kerana ramai Ulama terkeliru tentang tempat kelahiran
Imam Mahdi di Madinah sebagai bangsa Arab. Walaupun Imam Mahdi lahir di
Madinah , bukan bermakna beliau juga merupakan seorang berbangsa Arab.
Paling hampir, hadis mensabdakan bahawa (mafhum) wajah Imam Mahdi
seakan-akan wajah Arab dan badan Imam Mahdi seakan-akan badan Bani
Israel. Imam Mahdi sepatutnya merupakan pengikut kepada keluarga Bani
Tamim.
Siapa Bani Tamim???
Bani Tamim merupakan keluarga yang terdiri daripada para wali dan Ulama
tersohor di seluruh dunia, dan mempunyai salasilah daripada keturunan
Saidina Abu Bakar r.a. . Mereka berpusat di sebelah Timur. Pengikut Bani
Tamim terdiri daripada ramai Umat Islam dari serata dunia. Sekiranya
mereka ingin membuat satu-satu perhimpunan, maka ramai Umat Islam dari
serata dunia yang akan hadir, yang mana jumlahnya boleh mencecah jutaan
orang. Bukan itu sahaja, Umat Islam dari negara-negara yang tidak
popular seperti Guatemala dan Gabon juga akan hadir. Seperkara lagi,
kalau berpandukan kepada cara penyampaian hadis, Bani Tamim mungkin
mempunyai Khalifah yang telah meninggal dunia sebelum itu. Sebab itulah
perlantikan Imam Mahdi oleh Bani Tamim di Mekah/Madinah disambut oleh
ramai Umat Islam di serata dunia. Mustahil perlantikan Imam Mahdi
disebarkan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang ada sekarang. Kerana
kerajaan Umat Islam sekarang berada dalam keadaan sangat lemah dan
mempunyai pemimpin-pemimpin yang pelbagai. Jadi pada hemat saya, Bani
Tamim mempunyai Khalifah Islam yang telah meninggal dunia sebelum
kemunculan Imam Mahdi. Jadi persoalan sekarang, kenapa kumanddie
mengandaikan bahawa Imam Mahdi merupakan orang Melayu???Ketika
perlantikan Imam Mahdi oleh seorang Pemuda Bani Tamim di hadapan Kaabah,
kemudian melalui satu suara dalam Masjid Nabawi ; dalam waktu yang
singkat sahaja pengikut-pengikut Pemuda Bani Tamim dari kalangan Bani
Ishak (iaitu Bani Israel Islam dan anak-anak Keturah) terus menawarkan
diri untuk bersama-sama Imam Mahdi untuk berperang Sabil. Sedangkan
pengikut Pemuda Bani Tamim ini terdiri daripada seluruh Umat Islam di
serata dunia. Jadi maksudnya, Imam Mahdi rapat dengan beberapa negara
sahaja, seperti Pakistan, Afghanistan, Malaysia, Thailand, Singapura,
Brunei dan Indonesia. Sebab itulah , kumanddie berani membuat hipotesis
bahawa Imam Mahdi boleh bertutur dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Urdu
dengan fasih (selain bahasa Arab).
Selain daripada itu, kalau berpandukan kepada hadis mengenai peperangan
antara Umat Islam dengan Romawi, terdapat dialog antara Imam Mahdi
dengan Jeneral Romawi. Maksudnya Imam Mahdi juga fasih berbahasa
Inggeris. Seperkara lagi, saya ingin menegaskan, tentera Imam Mahdi
bukan di kalangan orang-orang Arab. Sekiranya Imam Mahdi adalah orang
Arab, maka ramai daripada Umat Islam dari Tanah Arab akan bertempur di
Palestin bersama Imam Mahdi. Jadi kalau melihat kepada senario semasa,
jarang orang-orang Urdu datang ke Alam Melayu untuk belajar Agama Islam.
Sedangkan ramai orang-orang Melayu yang pergi menuntut di Alam Urdu
untuk mempelajari Agama Islam. Jadi maksdunya, Imam Mahdi mungkin
merupakan orang Melayu yang pernah menuntut Tahfiz dan Alim di Pakistan.
Beliau juga merupakan pengikut Bani Tamim. Dan Bani Tamim mestilah
berpusat di sebelah Timur.Jadi kalau berpandukan kepada hadis bahawa,
Pemuda Bani Tamim meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Kemudian
mereka berusaha dan berjaya.
Kumanddie mengandaikan bahawa ini merupakan percubaan Pemuda Bani Tamim
untuk memindahkan pusat Bani Tamim dari sebelah Timur ke Mekah atau
Madinah. Bendera hitam yang diberikan oleh Pemuda Bani Tamim kepada Imam
Mahdi merupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. . Jadi ada kemungkinan ,
Pemuda Bani Tamim pernah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w. dan Saidina
Abu Bakar r.a. . Dan Pemuda Bani Tamim mungkin ada diberi penerangan
tentang lokasi bendera hitam tersebut oleh Rasulullah s.a.w. .
Conclusion :Imam Mahdi merupakan orang Melayu. Namun Pemuda Bani Tamim
bukan orang Melayu. Ini kerana tidak ada jumlah Umat Islam yang sangat
ramai dari serata dunia yang datang ke Alam Melayu.
Dalil mengatakan bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan dari Saidina Hassan r.a.
adalah dari kata-kata Saidina Ali r.a. . Sedangkan Saidina Ali r.a. adalah Sahabat yang sangat rapat dengan Nabi s.a.w. , dan sudah semestinya dalil ini adalah sah dan diambil daripada Nabi s.a.w. . Ini mengesahkan bahawa Imam Mahdi adalah daripada salasilah Saidina Hasan r.a. . Manakala pendapat daripada Syiah pula mengatakan Imam Mahdi merupakan keturunan dari Saidina Hussein r.a. adalah silap. Yang menghairankan pula ialah kebanyakan ustaz-ustaz mutaakhir lebih suka mempercayai dalil daripada syiah yang menyeleweng ini.
adalah dari kata-kata Saidina Ali r.a. . Sedangkan Saidina Ali r.a. adalah Sahabat yang sangat rapat dengan Nabi s.a.w. , dan sudah semestinya dalil ini adalah sah dan diambil daripada Nabi s.a.w. . Ini mengesahkan bahawa Imam Mahdi adalah daripada salasilah Saidina Hasan r.a. . Manakala pendapat daripada Syiah pula mengatakan Imam Mahdi merupakan keturunan dari Saidina Hussein r.a. adalah silap. Yang menghairankan pula ialah kebanyakan ustaz-ustaz mutaakhir lebih suka mempercayai dalil daripada syiah yang menyeleweng ini.
Saya dapati ramai pengkaji sejarah Melayu meragui tentang agama yang
dianuti oleh Melayu sebelum Islam adalah agama Nabi Ibrahim a.s. atau
Agama Jawi. Sedangkan pengkaji sejarah kita hanya membuka buku-buku
Inggeris yang menyeleweng dan buku-buku Cina yang tidak banyak faktanya.
Pengkaji sejarah tidak pernah lihat fakta sejarah Melayu dari simpanan
Arab, Parsi, Yahudi, Amerika Latin dan lain-lain.
Sebelum kewafatan Baginda Nabi s.a.w. , beliau pernah mengarahkan para
Sahabat r.huma untuk menghantar Jemaah Dakwah ke Samudera kerana di situ
ada kawan-kawan Nabi s.a.w. Cuba fikir betul-betul (kalau pengkaji
sejarah ada akal), di mana di dalam dunia ini yang ada perkataan
Samudera selain yang digunapakai oleh orang-orang Melayu. Tentulah
secara rasionalnya kita akan cakap Hadis ini merujuk kepada Jemaah
Dakwah para Sahabat yang dihantar ke Alam Melayu. Kemudian saya nak
tanya kepada pembaca budiman, apa yang dimaksudkan dengan Kawan-Kawan Ku
yang dinyatakan dalam Hadis. Sekiranya orang Melayu menganut agama
sesat, maka perkataan Kawan-Kawan Ku tidak akan disebut oleh seorang
Kekasih ALLAH. Di dalam Al-Quran ada menegaskan bahawa, Nabi Muhammad
s.a.w. adalah sebaik-baik Umat Nabi Ibrahim a.s. (yakni sebelum diutus
menjadi Rasul). Jadi maksudnya, orang melayu menganut agama Nabi Ibrahim
a.s. . Ini dibuktikan dengan perkataan Masuk Jawi dalam kamus
orang-orang Melayu . Perkataan Masuk Jawi dan Tulisan Jawi (bukan
tulisan Arab) telah digunapakai oleh Orang-orang Melayu sejak sebelum
kedatangan Islam lagi.
Sekiranya Sahabat r.huma pernah sampai ke sini , jadi mesti ada buktinya. Apa buktinya ???Ya !!! Memang ada bukti.
Bukti 1 – Ada Ulama mengatakan terdapat 60 lebih kubur Sahabat di kawasn Malaysia-Indonesia.
Bukti 2 – Kitab agama Islam di India menulis bahawa Malaysia telah di
Islam kan oleh Sahabat r.a. , manakala Indonesia telah diIslamkan oleh
Tabiin.
Bukti 3 – Kitab Kedah Tua mengatakan pada tahun 920 Masihi, terdapat jumlah Umat Islam yang sangat ramai di Kedah.
Bukti 4 – Arkaelogist Malaysia pernah terjumpa wang Zaman Rasulullah s.a.w. di Kuala Berang , Terengganu.
Bukti 5 – Kitab-kitab Kuning Lama orang-orang Melayu di tulis dalam
bahasa purba. Sekiranya Islam tiba pada zaman Hang Tuah, maka bahasanya
lebih moden lagi.
Mengikut ahli Sejarah, orang-orang Gujerat mengIslamkan Melayu. Jadi
sepatutnya orang-orang Melayu mestilah fasih berbahasa Gujerat sebab
yang Islam kan Orang-orang Melayu adalah pendakwah dari Gujerat India.
Maka buku agama dalam Bahasa Gujerat mestilah berleluasa di Alam Melayu.
Dan Mazhab orang Melayu mestilah Mazhab Hanafi dan bukan Syafie. Saya
nak tanya Ahli Sejarah Melayu – Kenapa Orang Melayu tidak boleh bertutur
dalam Bahasa Gujerat. Mana kitab-kitab Islam dari Gujerat. Kenapa
Melayu begitu asing dengan Mazhab Hanafi. Ahli-ahli Kaji Sejarah Melayu
begitu mudah diselewengkan dan diperbodoh-bodohkan oleh orang-orang
Inggeris. Ahli Kaji Sejarah Melayu tidak jauh bezanya dengan
Jabatan-Jabatan Agama kita yang ditipu oleh Wahabi sesat. Begitu juga
sesetengah Umat Islam begitu mudah ditipu oleh ajaran Syiah yang sesat
dan menyeleweng. Kerajaan Iran bukanlah kerajaan Islam. Tetapi kerajaan
Freemason. Ayatollah Ruhollah Khomeni adalah ahli neraka. Ini
disepekatkan oleh semua Ulama muktabar masa kini dan Wali yang
diiktiraf. Saya hairan bagaimana PAS begitu menyanjung tinggi Iran dan
Ayatollah Khomeni. Bertaubatlah wahai Ustaz-ustaz PAS sekalian. Anda
semua tertipu oleh Yahudi Illuminati dan Freemason.
Saya yakin pada waktu ini Umat Islam yang mempercayai tentang kisah Imam Mahdi sekarang terbahagi kepada 2 golongan.
Pertama yang mengatakan beliau adalah bangsa Arab Quraish.
Kedua yang mengatakan beliau adalah ahlul bayt dari Timur. Bagi saya kedua-duanya betul.
Begitu juga mengenai 2 gerhana pada bulan Ramadan. Ramai Umat Islam
sudah mula mengkritik kesahihan Hadis ini. Sebab sudah terjadi beberapa
kali, tetapi tidak muncul jugak Imam Mahdi. Bagi pendapat saya , yang
dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. ialah warna merah yang terpancar ke arah
bumi (bukan gelap gulita seperti gerhana biasa).
Begitu juga, teori saya mengenai Imam Mahdi dan askarnya mungkin salah.
Namun mesej yang ingin saya sampaikan ialah bila ada tentera Islam yang
berjaya membantai seluruh Israel, maka ikutilah mereka. Yang penting
bagi kita Umat Islam, bukan kita nak tahu sama ada Sahih atau Daif
tentang Hadis-Hadis. Siapa kita untuk menjadi Hakim kepada Hadis-Hadis.
Yang penting bagi kita ialah kita ikuti Jemaah Islam yang ada satu amir.
Kalau tidak ada , maka duduklah kita dalam hutan sampai kita mati.
Janganlah kita bersama-sama dalam dua kumpulan yang bertelagah. Tidak
kira yang bertelagah itu adalah pasukan politik atau sukan atau negara
atau syarikat atau seumpamanya. Itu semua benda yang membawa kepada
Kemurkaan ALLAH S.W.T. .
Dalil-dalil Hadis/Quran yang saya berikan sebelum ini, saya tidak
bertanggungjawab di atas kesahihan dan tafsir nya. Itu semua adalah
andaian dan pendapat peribadi saya sahaja.
Percaya kepada Hari Akhirat tu adalah satu daripada Rukun Iman yang 6 .
Dalam Hari Akhirat , terbahagi kepada Padang Mahsyar, Mizan, Titian
Sirat dan sebagainya. Sebelum Hari Akhirat ada Hari Kiamat. Dalam Quran
telah menerangkan secara berjela-jela tentang kedahsyatan Hari Kiamat.
Jadi Hari Kiamat ada tanda-tanda besar dan ada tanda-tanda kecil. Jadi
tanda besar adalah Imam Mahdi. Hadis mengenai Imam Mahdi adalah hadis
sahih. Nabi s.a.w. tidak begitu memuliakan begitu tinggi seseorang
individu selepas Sahabat-sahabat r.a.huma lebih daripada individu yang
bernama Imam Mahdi. Bahkan Nabi s.a.w. telah mewajibkan semua umat Islam
untuk ikut Imam Mahdi dan kumpulannya walaupun terpaksa merangkak di
atas ais yang sejuk. Ini menunjukkan bahawa kesama tarafan pangkat yang
diberikan oleh Nabi s.a.w. kepada Imam Mahdi menyamai dengan Khulafa’
Arrasyidin.
“Tidak akan berlaku hari Kiamat sehingga kaum Rum sampai di A’maq atau
di Dabiq untuk menyerang kamu, maka datanglah suatu pasukan yang akan
menghadapi mereka dari Kota Madinah yang mana mereka pada waktu itu
adalah manusia-manusia yang terbaik di muka bumi ini. Apabila mereka
semua telah berbaris-baris ( siap untuk berperang ) berkatalah
orang-orang Rum: ‘Biarkan kami membuat perhitungan dengan
saudara-saudara kami yang tertawan ( kaum Rum yang telah masuk Islam )’.
Kemudian kaum Muslimin berkata: ‘Kami tidak akan membiarkan kamu
mengusik ( menyakiti ) saudara-saudara kami’. lalu mereka ( kaum
Muslimin ) memerangi mereka. Dalam pertempuran itu, 1/3 dari tentera
Islam melarikan diri dari pertempuran yang mana mereka tidak akan
diampuni dosanya oleh Allah swt selam-lamanya dan 1/3 lagi dari tentera
Islam tersebut tewas sebagai para syahid yang paling baik di sisi Allah
swt. Sedangkan 1/3 lagi dari baki tentera tersebut mendapatkan
kemenangan yang mana mereka tidak akan tersesat selama-lamanya, kemudian
mereka menakluki kota Kontantin dan ketika mereka sedang
membahagi-bahagikan harta rampasan perang, mereka telah menggantungkan
pedang mereka di pohon zaitun. Ketika itu, syaitan berteriak;
‘Sesungguhnya al-Masih ad-Dajjal telah menguasai keluarga-keluarga
kamu’. Kemudian mereka ( tentera Islam bersama Imam al-Mahdi ) bergerak
pulang. Ketika mereka sampai di Syam, keluarlah ia ( Dajjal ) dan ketika
kaum Muslimin telah bersiap-sedia untuk berperang, tiba-tiba masuklah
waktu solat, maka turunlah Isa Ibnu Maryam as., kemudian baginda ( Isa )
pergi menuju dan menghadap kepada mereka dan apabila baginda ( Isa )
dilihat oleh musuh Allah swt maka ia ( Dajjal ) akan meleleh ( hancur )
seperti garam yang mencair dan sekiranya ia membiarkan hal tersebut
sesungguhnya ia ( musuh Allah ) akan hancur ( meleleh ) sehingga binasa.
Akan tetapi Allah swt berkehendakkan untuk membunuhnya di tangan Isa
Ibnu Maryam, maka Isa Ibnu Maryam memperlihatkan darah Dajjal di
tombaknya”.
-Diriwayatkan oleh Muslim
“Akan terjadi suatu perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah,
maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah, dan beliau lari ke
Makkah, maka datanglah kepadanya orang-orang yang berasal dari penduduk
Makkah, lalu mereka membawa lelaki tersebut secara paksa, kemudian
mereka membai’ahnya antara Hajarul- Aswad dengan Maqam Ibrahim.
- Riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ummu Salamah
‘Aisyah Ummul-Mukminin ra. telah berkata:”Ketika tidur, tubuh Rasulullah
SAW bergetar, lalu kami bertanya: ‘Mengapa engkau melakukan sesuatu
yang belum pernah engkau lakukan, wahai Rasulullah?’, Rasulullah SAW
menjawab: ‘Akan terjadi suatu kehancuran, iaitu bahawa sekelompok orang
dari matku akan berangkat menuju ke Baitullah untuk memburu seorang
‘lelaki’ Quraisy yang pergi bersembunyi di Kaabah sehingga apabila
orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir ( al-Baida’ ),
maka mereka ditelan bumi’. Kemudian kami bertanya: ‘Bukankah di jalan
padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?’. Baginda menjawab:
‘Betul, di antara mereka yang ditelan bumi itu adalah mereka yang
sengaja pergi untuk berperang dan ada pula yang dipaksa untuk berperang
serta ada pula orang yang sedang musafir, akan tetapi mereka binasa
dalam satu waktu dan tempat, sedangkan mereka berasal dari arah (
niatnya ) yang berbeza-beza, kemudian Allah swt akan membangkitkan
mereka pada hari kebangkitan menurut niat mereka masing-masing”.
- Diriwayatkan oleh Bukhari
“Seorang lelaki akan berlindung di baitullah ( Kaabah ), maka diutuslah
suatu utusan ( oleh penguasa ) untuk mengejarnya, dan ketika mereka
telah sampai di suatu padang pasir maka mereka terbenam ditelan bumi”.-
Diriwayatkan oleh Muslim dari Ummu Salamah”Suatu kaum yang mempunyai
jumlah dan kekuatan yang tidak bererti akan kembali ke Baitullah, maka
diutuslah ( oleh penguasa ) sekelompok tentera untuk mengejar mereka,
sehingga apabila mereka telah sampai di suatu padang pasir, maka mereka
ditelan bumi”.
- Diriwayatkan oleh Muslim dari Hafsah Ummul-Mukminin ra.
“Sesungguhnya Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan sehingga
pasukan tersebut telah sampai di sebuah padang pasir, maka bahagian
tengah pasukan itu ditelan bumi, maka berteriaklah pasukan bahagian
hadapan kepada pasukan bahagian belakang, kemudian semua mereka
ditenggelamkan oleh bumi dan tidak ada yang tertinggal kecuali seorang
yang selamat yang akan mengkhabarkan tentang kejadian yang menimpa
mereka”.
- Diriwayatkan oleh Muslim dari Hafsah Ummul-Mukminin ra.
“Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam, menuju ke
Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang lelaki yang akan dijaga oleh
Allah daripada mereka”.
- Diriwayatkan oleh Ahmad dari Ummu Salamah ra
Cuba saudara saudari bayangkan. Ketika peristiwa bangunan runtuh di New
York. Kejadian tersebut telah dirancang dengan lebih awal dan diberi
nama 911 . Cuba saudara-saudari tulis di kertas dengan huruf “911″ .
Kemudian sila gariskan satu garisan di bawah huruf 911 (secara
bersambung dengan huruf). Kemudian tambah satu huruf “1″ di belakang
huruf “911″ (9111). Ianya menjadi huruf ALLAH . Ini menunjukkan walaupun
sang musuh-musuh ALLAH mengaturkan rancangan demi rancangan. ALLAH juga
mengatur rancangan. Dan ALLAH jualah Sebaik-baik Perancang. Cuba anda
semua fikirkan selepas kejadian 911. Terdapat 1.5 juta warga USA yang
memeluk Agama Islam secara besar-besaran. Sekarang terdapat 5 juta Islam
Muallaf di USA. Ini termasuk Orang Puteh (Gentile), Yahudi, Latino dan
Kulit Hitam. Walaupun musuh-musuh ALLAH cuba memadamkan Cahaya ALLAH.
Tetapi ALLAH adalah Sebaik-baik Perencana. Kemasukan beramai-ramai ke
Agama Islam di Barat adalah garisan di sebelah bawah huruf 911. Dan
akhir sekali ALLAH akan tambahkan satu huruf Alif dibelakang huruf 911
untuk melengkapkan rancangan ALLAH dengan mengishtiharkan Imam Mahdi.
Jadi lengkaplah rancangan ALLAH dengan terlengkapnya huruf ALLAH hasil
dari terjadinya huruf 911 melalui rancangan jahat si Yahudi keparat.
Imam Mahdi bukanlah Ulama’ yang tersohor sebelum beliau dillantik
menjadi Khalifah. Ulama’ tersohor adalah Pemuda Bani Tamim. Imam Mahdi
sendiri adalah pengikut kepada Pemuda Bani Tamim, yakni sebelum beliau
dilantik menjadi Khalifah.Ketika peperangan dunia ketiga meletus nanti,
beberapa kerat Umat Islam yang sudah mengenali Imam Mahdi akan
mengelilingi rumah Imam Mahdi dan memaksa Imam Mahdi pergi ke Mekah.
Wallahu alam bissawab……..
Bagi pendapat saya, tentera Amerika akan menakluki Turki. Di sisi Nabi
s.a.w. , Rom adalah bangsa Romawi atau Gentile (dalam kitab Yahudi) atau
Orang Puteh (dalam kitab Melayu) atau Mat Salleh (bahasa pasar
Malaysia). Sungai Furat di Turki akan naik kerana empangan hidro di
negara Turki akan dipecahkan oleh tentera Amerika. Kemudian sungai Furat
akan kering dan akan timbul emas-emas berkilau-kilauan. Orang-orang
Turki akan berbunuh-bunuhan untuk merebut emas tersebut. Saya tidak
nampak sebab-sebab untuk tentera Imam Mahdi untuk menakluki Italy dan
Vatican. Yang saya nampak ialah Turki adalah pangkalan istimewa bagi
Amerika untuk menakluki negara-negara Islam yang lain. Sedangkan dalam
surah Yasin, tempat tinggal Habibun Najar adalah di negara Antokia (atau
selatan Turki). Rajanya bernama Raja Antika (atau Antique). Beliau
adalah Raja Rom kerana Antokia adalah sebahagian daripada kerajaan Rom.
Begitu juga dalam penaklukan Constatinople oleh tentera Islam, Mohammad
Al-Fateh. Nabi s.a.w. menerangkan bahawa Constatinople (di Turki) adalah
jajahan Rom. Begitu juga dalam peperangan kuda kayu raksasa. Troy di
dalam kitab Romawi bermakna orang-orang Turki. Dan mereka inilah
tentera-tentera Rom. Selepas saya mengaitkan semua peristiwa ini, maka
saya mengandaikan bahawa gereja timur Rom yang dimaksudkan oleh Nabi
s.a.w. ialah di timur Turki, yang bersempadanan dengan Armenia. Armenia
bukanlah golongan Romawi. Armenia adalah termasuk dalam golongan Parsi.
Kaum Armenia inilah satu-satunya pengamal kristian yang tidak menjadikan
salib sebagai lambang. Jadi , saya percaya kitab Injil asli dipegang
oleh kaum Armenia. Jadi , sempadan antara Rom dengan Parsi sebenarnya
adalah sempadan antara Turki dengan Armenia.
Walaupun Rom berasal daripada pergunungan Caucasius di Georgia dan
Russia. Namun mereka sudah lama berhijrah ke Eropah barat sejak ribuan
tahun yang lampau. Berbalik kepada peristiwa ketika peperangan Imam
Mahdi. Saya tidak nampak Italy dan Vatican adalah timur Rom . Saya juga
tidak nampak kenapa Imam Mahdi mesti menyerang dan menakluki Italy dan
Vatican. Yang saya nampak ialah Wilayah Balkan; iaitu Bulgaria,
Macedonia, Bosnia dan sebagainya ; adalah tempat istimewa untuk Umat
Islam kerana di sini terdapat ramai orang-orang Romawi yang beragama
Islam. Tentera Imam Mahdi perlu bertapak di Wilayah Balkan bagi
melindungi Umat Islam di Balkan daripada di aniayai oleh puak-puak
Freemason (iaitu Serb).Jadi sepatutnya Injil asli, tongkat Nabi Musa
a.s. dan peralatan Baitul Maqdis sewajarnya berada di timur Turki iaitu
di sempadan antara Turki dengan Armenia (iaitu di sebelah negara Turki).
Info terbaru, sekarang orang Puteh hendak berbaik-baik dengan Umat
Islam. Sebab orang Puteh hendak bersatu dengan Umat Islam untuk lawan
dengan Yahudi keparat
Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: ” Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘Wahai Muslim, wahai Hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi “.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan