Ali bin Abi Talib
r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat
Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang
Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang
tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. "
Lalu Rasullullah saw
bersabda, 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami
tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
"Sabda Rasullullah
saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala
sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah
saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib
itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang
bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu
pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu
ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah
sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di
antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi
mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata,
'Memang benar apa yang
kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan
didapati oleh orang yang sembahyang. '
Rasullullah saw
bersabda,
'Jagalah waktu-waktu
sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat
itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang
pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari
Kiamat.'
Sabda
Rasullullah saw lagi,
'Manakala sembahyang
Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang
mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi
yang baru lahir.'
Selepas itu
Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud,
'Jagalah waktu-waktu
sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu
adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas
mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka
Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah
saw,
'Sembahyang Isyak
(atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari
Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi
menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada
terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi
Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw
seterusnya,
'Sembahyang Subuh pula,
seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara
berjamaah, diberikan
kepadanya oleh Allah SWT
dua kebebasan iaitu:
a) Dibebaskan daripada
api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq.
"
Setelah orang Yahudi
mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang
kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua,
kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasullullah
saw,
'Ketika Nabi Adam memakan
buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi
Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam
a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah
sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi
lagi,
'Wahai Muhammad, memang
benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada
kami mengenai ganjaran pahala
yang diperolehi daripada
berpuasa itu.'
Sabda Rasullullah
saw,
'Seorang hamba yang
berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan
diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
a) Akan dicairkan daging
haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang
haram).
b) Rahmat Allah sentiasa
dekat dengannya.
c) Diberi oleh Allah
sebaik-baik amal.
d) Dijauhkan daripada merasa
lapar dan dahaga.
e) Diringankan baginya
siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
f) Diberikan cahaya oleh
Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
g) Allah SWT akan
memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi, 'Benar
apa yang kamu katakan itu
Muhammad.
Katakan kepada kami
kelebihanmu di antara semua para
nabi.
'Sabda Rasullullah saw,
'Seorang nabi menggunakan doa
mustajabnya untuk
membinasakan umatnya, tetapi saya
tetap menyimpankan doa
saya (untuk saya gunakan
memberi syafaat kepada
umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang
kamu katakan itu Muhammad.
Kini kami mengakui dengan
ucapan Asyhadu Alla illaha
illallah, wa annaka
Rasulullah (kami percaya bahawa
tiada Tuhan melainkan
Allah dan engkau utusan Allah).'
Peringatan !!!
"Dan sesungguhnya
akan Kami berikan cubaan kepadamu,
dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta,
jiwa dan buah-buahan. Dan
berilah berita gembira
kepada orang-orang yang
sabar."
(Surah Al-Baqarah:
ayat 155)
"Allah tidak
membebani seseorang melainkan
sesuai dengan
kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari
kebajikan) yang
diusahakannya dan ia mendapat siksa
(dari kejahatan) yang
dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah:
ayat 286)
Kelebihan TV Satelite
Tanpa Bayaran Bulanan Tanpa Wayar Cable Tanpa Antena Tanpa TV Kad
Saluran Tanpa Sekatan Saluran Tiada Halangan Boleh Di Tonton Dimana
Sahaja Berada Download Lagu, Movie Dan Sebagainya Percuma Membantu
Menambah Pendapatan Pemasangan Mudah Dan Pantas Bayaran Hanya Sekali
Seumur Hidup Syarat Untuk Memiliki TV Satelite 1) Ada Laptop Atau PC,
LCD, LED, Smart TV 2) Sambungan Internet mana-mana rangkaian 3) Ada
RM200 Hanya Sekali Seumur Hidup Dengan Memiliki TV Satellite, Tuan/Puan
Juga Boleh Menjana Pendapatan, Lihat Bagaimana Anda Dapat Menjalankan
Bizness Sambil Menonton Sambil Buat Duit. Tambah Pendapatan Melalui TV
Satellite Jika kita mahu pendapatan berterusan, kita perlu ada sesuatu
produk yang bersifat "Auto Update" "Auto Download" tanpa sebarang tarikh
luput. Bukan pelaburan cepat kaya, bukan mlm, bukan jualan langsung,
bukan pelaburan. Dengan bahasa "pendek cerita", Jom kita memperkenalkan
bizness paling unggul, mampu merealisasikan impian kita semua, modal
rendah, potensi pendapatan satu dunia, pendapatan sentiasa berterusan,
untung berkali-kali tanpa sebarang had dan tempoh, tidak perlu sebarang
sistem, mudah diurus dan pantas dapat income. Kita hanya perlu ada
Alamat Email, ada Modal sebanyak RM200.00 dan paling penting ada Akaun
Bank. Persoalanya, bagaimanakah kita memulakan perniagaan ini...? Ikuti
beberapa Langkah yang harus anda buat: Langkah 1 Buat pendaftaran secara
Online, klik Icon di bawah, lengkapkan borang sedia ada dan tunggu
pengesahan email dari kami sebagai admin/pengurus jualan anda.
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Tiada ulasan:
Catat Ulasan