(Nabi menyeru supaya
sahabat berihtisab, lalu tanya sahabat, apa itu ihtisab? Jawab Nabi,
melakukan amal denga berniat mendapatkan ganjaran.)
Soalan terpilih di awal syaaban.
Salam encik Hamka, pada malam jummaat lepas, (email ini sudah dua minggu) saya
telah mendengar Radio Ikim.FM pada jam lebih kurang 8 malam dan
terdengar ceramah ugama dari seorang ustaz yang saya terlupa namanya
bercerita tentang pahala yang berbeza dalam islam berdasarkan lokasi
lokasi tertentu..
Kata Ustaz itu, jika solat
di Mekah selama 3 hari, pahalanya sama dengan 900 tahun solat di
Malaysia kerana ganjaran solat di depan kaabah adalah 100 ribu kali
ganda dari bersolat di Malaysia, jika bersolat di Madinah pula pahalanya
10 ribu kali ganda, sedangkan di Malaysia, jika kita berjemaah di
masjid baru mendapat 27 kali ganda, tapi bersolat jemaah di depan kaabah
bersamaan, 27 darab 100 ribu kali ganda, bersamaan 300 tahun solat di
Malaysia untuk sehari di Mekah.
Di hujung
ceramah ustaz itu menggalakkan kita pergi bersolat di Mekah terutama di
bulan puasa kerana pahala akan di darab lagi dengan 70. Bunyinya seperti
menyuruh kita kerja kuat kumpul duit dan ‘melabur’ di Mekah dalam
ibadat:-mungkin saya salah faham sebab dengar ceramah sambil memandu.
Apa
yang menjadi kemushkilan saya, seolah tidak adil dalam ugama islam yang
mana orang arab yang duduk sekitar Mekah dan Madinah sudah pasti akan
mendapat ganjaran pahala yang akan lebih banyak dari mana mana penduduk
lain hanya di sebabkan faktor geografi, dan bagi penduduk Malaysia macam
saya pula, untuk kumpul wang dan tinggal di Mekkah selama beberapa hari
bukanlah satu perkara yang mudah.
Harap encik Hamka dapat menjelaskan kemushkilan saya ini.
Jawapan dari Hamka keretamayat yang bukan Ustaz.
Salam.
Aku rasa mungkin kau salah dengar bab Ustaz tu suruh kita kumpul duit
dan pergi ibadat di Mekah semata mata untuk mendapat ganjaran pahala
yang banyak dan mudah, tapi oleh kerana aku pun tak dengar ceramah itu,
sama samalah kita sangka buruk pada ustaz tu supaya senang aku nak
jawab. Ha ha.
Sangka buruk kita berbentuk:
mungkin ustaz tu ajen syarikat umrah pakej bulan ramadhan yang
menggalakkan orang ramai pergi umrah dengan agensi beliau lalu guna
hujah ugama supaya orang ramai bersemangat dan mendaftar dengannya, jika
ustaz tu tidak ikhlas, berniat untuk dapat duit semata mata, maka hujah
ustaz itu sudah jatuh dalam katogeri fatwa kaum kera.
Atau aku sangka baik pada ustaz tu
dan sangka buruk pada kamu yang tersilap dengar sebab kurang tumpuan
kerana sedang memandu lalu tafsir ustaz tu guna fatwa kaum kera
sedangkan mungkin ceramah itu ada sambungannya yang mana minggu depan
mungkin ustaz tu akan cerita tentang pahala dalam islam yang tidak
terikat dengan geografi.
Walau bagaimanapun,
untuk senang aku jawab soalan kamu, aku kena sangka baik pada kamu dan
sama sama kita sangka buruk pada ustaz tu supaya kemuskilan kamu itu
terjawab, dah habis jawapan aku, barulah kita sangka baik pada ustaz tu
dan kamu mengaku bersalah supaya aku tidak perlu sangka buruk pada kamu
kerana kamu memang buruk-woha!
Ok, tukar mood dengan lebih serius.
Memang
betul terdapat hadith Nabi yang mengatakan, solat di Mekah mendapat
ganjaran sebanyak Seratus ribu kali ganda, solat di Madinah mendapat
seribu kali ganda, dan solat di masjidil Aqsa mendapat 500 kali ganda.
Wah
wah wah, untungnya mereka mereka yang lahir di sekitar tanah Hijaz,
nampak macam islam tidak adil kerana pahala yang berbeza berdasarkan
geografi.
Tapi, ketahuilah korang, bahawa ada
terdapat satu lagi tempat yang pahalanya jauh lebih besar dari tiga
tempat di atas dan tidak terikat langsung dengan kedudukkan geografi.
Bukanlah
aku nak galakkan kamu supaya tidak pergi ke Mekah dan madinah, bodohlah
sape yang faham lagu tu, itu perkara wajib sekali seumur hidup, tapi
aku nak bagitahu korang bahawa terdapat lagi ilmu yang perlu kita tahu
tentang ganjaran pahala yang jauh lebih besar dari tiga factor geogarafi
tadi.
Iaitu pahala berada di jalan Allah.
Jalan
Allah tidak terikat pada mana mana geografi ugama, ia mungkin berada di
sebelah rumah kita, di kampung sebelah, di Bandar atau di hujung
kampung, pendek kata di mana sahaja tempat, asalkan di sana ada
takazar(keperluan) ugama yang perlu disegerakan, disitulah jalan Allah.
Untuk
bagi mudah paham, Jalan Allah itu sendiri pula terbahagi kepada dua,
satu jalan Allah umum, seperti pergi solat berjemaah (dapat 27 kali
ganda), pergi menuntut ilmu (di doakan Rahmat oleh malaikat), atau pergi
mencari rezeki yang halal (diberkati hidup), itu memang termasuk jalan
Allah, tapi pahalanya terikat pada hadith Fadail yang biasa.
Tapi terdapat satu lagi jalan Allah yang khusus yang mana ganjaran pahalanya besar sekali!
Aku petik beberapa hadith:
- Hadith riwayat Aisyah: Debu debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah, akan di haramkan api neraka ke atasnya (HR Tabrani)
- Sehari di jalan Allah, lebih baik dari seribu hari di jalan lain (HR Nasai)
- Sepagi atau sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isinya (HR Anas)
- Berdiri di jalan Allah, lebih baik dari bersolat di rumah selama 70 tahun.(HR Tarmizi)
- Dari Abu hurairah, berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik dari beribadat di hadapan Hajar Aswad di malam lailatul qadar. (HR Ibn Hibban)
- Siapa yang menjaga harta dan keluarga orang keluar di jalan Allah, akan mendapat pahala yang sama (HR Baihaiki)
- Setiap amalan di jalan Allah akan di ganjarkan sebanyak 700 ribu kali ganda bagi orang bujang dan di darab 4.9 juta kali ganda untuk orang yang sudah berkahwin.
- Orang yang mengaji siang malam, tahajjud sepanjang malam, dan berpuasa setiap hari tidak akan dapat menandingi pahala orang yang tidur di jalan Allah.
- Dan banyak lagi-tak payah tulis semua, korang rujuk sendiri.
Bermakna
disini, ada pahala yang jauh lebih besar dalam islam melangkau faktor
geografi, kerana itu ramai sahabat keluar berdakwah ke seluruh dunia
sedangkan jika mereka mahu pahala banyak, cukup lepak di Mekkah,
Madinah, tapi tak, kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam, kerana
sahabat faham tentang takazar (keperluan) ugama dan faham bahawa pahala
berada di jalan Allah sangat besar sekali.
Pernah
ketika Abu hurairah menghantar satu jemaah jihad di sempadan madinah,
selesai jemaah itu bertolak, kelihatan Abu Hurairah berdiri termenung
sekitika di sempadan tanpa bergerak gerak.
Sahabat lain yang rasa pelik lantas bertanya: “buat apa tu?”
Jawab Abu hurairah, Nabi pernah bersabda: Berdiri seketika di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isi-isinya.
So,
masalah ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk
belanja ke mekah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, simpan
wang itu juga untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih
besar.
Sebagai penutup: aku kongsi satu kisah
yang mana pada suatu hari, Rasulullah SAW telah menghantar jemaah dakwah
kepada pelbagai Raja, antara jemaah itu ada yang di hantar kepada Raja
Busra yang mana salah seorang dari jemaah islam itu telah di bunuh oleh
pegawai Qaisar, nama sahabat yang syahid ini adalah Haris bin Umar r.a.
Nabi
SAW sangat sedih dan telah menghantar jemaah jihad seramai 300 ribu
orang, Amir jemaah yang di lantik oleh Nabi adalah Zaid bin Harithah
r.a.
Pesan Nabi lebih kurang maksud kepada jemaah tersebut sebelum bertolak:
Wahai
Zaid bin Harithah, Jika kamu terkorban syahid, tempat kamu hendaklah di
ganti oleh Jaafar bin abu Talib, jika Jaafar terkorban syahid,
tempatnya hendaklah di gantikan dengan Abdullah bin Rawahah, dan jika
Abdullah terkorban, bermesyuaratlah anatara kamu dan lantiklah salah
seorang dari para jemaah sebagai ketua baru.
Seorang
yahudi yang merupakan ahli kitab selepas mendengar kata kata Nabi,
terus berkata, mereka semua pasti akan syahid, Nabi Nabi terdahulu, jika
berpesan sebegini, maka pesanan itu membawa maksud yang sebenarnya.
Abdullah
bin rawahah r.a yang faham bahawa beliau akan mati syahid telah buat
satu keputusan, iaitu ketika jemaah jihad itu bertolak di pagi jummaat,
beliau telah menangguhkan pemergiannya kerana ingin bersolat buat kali
terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, bayangkan
betapa besarnya pahala bersolat di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid
Nabawi, ketika hampir jummat, Nabi telah terlihat beliau dan bertanya
kenapa belum bertolak?, beliaupun menerangkan hajatnya iaitu mahu
bersolat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid
Nabawi.
Nabi bagitahu, Jika kamu ada harta
sebanyak dunia dan seisinya, lalu kamu sedekahkan, tidak dapat
menandingi pahala sahabat kamu yang telah bertolak pagi tadi di jalan
Allah.
Dalam riwayat yang lain, Nabi bersabda,
kamu telah terlambat masuk ke shurga berbanding sahabatmu pagi tadi
sejauh 500 tahun ketinggalan.
Jadi cuba korang
bayangkan betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebanar
bukan terhad kepada factor geogarfi Mekah dan madinah sahaja, tapi
pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan
Allah.
Sehinggakan sepagi di jalan Allah
adalah lebih besar ganjarannya dari bersolat jummaat di belakang Nabi
Muhammad SAW di dalam Masjid Nabawi di zaman terbaik.
Ada
riwayat mengatakan, Malaikat jibril memberitau bahawa beliau boleh
menghintung titisan hujan dari zaman Nabi Adam, tapi beliau tidak dapat
menghintung pahala orang yang keluar dijalan Allah.
Oleh
kerana sahabat Nabi faham tentang perkara ini, maka tidak banyak kubur
sahabat Nabi di mekah dan madinah, rekod mengatakan jumlah sehabat Nabi
ketika Nabi memberi khutbah terakhir adalah berjumlah 124 ribu para
sahabat, tapi jika korang menghintung jumlah kubur sahabat Nabi di
sekitar tanah arab, jumlahnya hanya dalam 10 ribu sahaja, itupun
termasuk jumlah mereka yang telah mati syahid ketika berperang di
sekitar lembah hijaz, tapi baki 114 ribu lagi kubur sahabat telah
bertebaran seluruh alam kerena mereka telah meninggal di hujung hujung
dunia terkorban dalam misi mengembangkan ugama lalu syahid di jalan
Allah.
Tapi sebelum aku mengakhiri entry ini, ada satu kemuskilan besar iaitu:
Apakah yang di maksudkan dengan jalan Allah khusus seperti di atas itu yang mana pahalanya besar sekali?
Ada
peserta perhimpunan tunjuk perasaan mengaku yang mereka sedang berjuang
di jalan Allah, atau ada ustaz cakap, berjaga malam menjaga poster
parti daripada dikoyakkan oleh parti musuh adalah sama dengan mata orang
yang berjuang dijalan Allah, ada pulak ustaz lain cakap, menggantung
bendera di puncak pokok kelapa adalah berjuang di jalan Allah yang mana
jika jatuh dikira mati syahid, atau orang nasyid ketika buat konsert
bagitahu mereka sedang berjuang di jalan Allah, atau pengarah filem yang
buat filem bertemakan ugama walaupun ada babak dalam disko supaya
penonton insaf mengaku berjuang dijalan Allah, atau blogger yang
kerjanya copy/paste artikel ugama dengan penuh mujahadah seperti duduk
bersandar pada kerusi dan gerak gerakkan mouse mengaku sedang berjuang
di jalan Allah.
Pendek kata semua gerakan, usrah, kumpulan yang mana so call islamic mengaku mereka sedang berada di jalan Allah.
Tapi betulkah mereka sedang berada di jalan Allah yang khusus, atau hanya dijalan Allah yang umum?
Jalan
Allah yang umum pahalanya biasa sahaja, tapi jalan Allah yang khusus
ganjarannya dahsyat sekali sehingga lapan malaikat yang pikul arasy akan
berhenti berzikir dan mendoakan keampunan kepada mereka yang berjuang
di jalan Allah yang khusus.
Straght to the
point, Jalan Allah yang khusus adalah jalan yang dilalui oleh Nabi
Muhamad SAW dan sahabat RA atas maksud ugama secara khusus.
Keluar dengan mesyuarat dari Nabi dan atas maksud ugama semata mata.
Ulamak Buznama ada tafsir, jalan Allah yang khusus ada empat perkara di dalamnya.
- Jumpa manusia dan menyeru mereka kepada Allah.
- Menjaga ibadat terutama solat berjemmah.
- Mengadu kepada Allah dalam solat tahajjud di malam hari
- Mencegah diri dari berbuat dosa sepanjang berada di jalan Allah.
Pendek
cerita, Empat perkara ini berlaku dalam jemmaah dakwah dan jemaah jihad
yang di bentuk oleh Nabi Muhammad SAW, contoh dalam jemaah jihad
perang,:
- Nabi perintahkan sahabat berdakwah dahulu selama 3 hari sebelum berperang.
- Dalam perperanganpun, Nabi masih menjaga solat berjamaah bersama sahabat.
- Nabi dan sahabat menangis di sepanjang malam memohon bantuan Allah agar hidayat tersebar
- Sahabat di sibukkan oleh Nabi dengan perbagai perkara ugama sehingga mereka letih dalam ibadat lalu tidak terdaya lagi untuk buat maksiat
Menguatkan lagi hujah
ini, ada hadith yang mengatakan jika satu tempat ada amalan jumpa
munusia kerana Alah, ada orang solat tahajjud dan ada orang menjaga
solat jemaah, maka Allah akan mempercepatkan Rahmat dan akan tangguhkan
bala.(Fadail amal)
Maka pesan aku kepada
korang yang mengaku sedang berada di jalan Allah, Tanya diri masing
masing: adakah korang jaga solat jemaah di jalan Allah itu? Adakah
korang jaga solat tahajjud di jalan Allah itu? Adakah korang keluar
bertemu manusia untuk menyeru mereka kepada Allah sepanjang berada di
jalan Allah itu? Dan ada tak korang buat maksiat, bergaul lelaki
perempuan, mengumpat, dan macam macam lagi dosa yang dibenarkan dengan
fatwa kaum kera di sepanjang jalan Allah itu?
Jika
ada perkara negatif seperti lengah solat, malas tahajud dan buat
maksiat di jalan yang korang claim ‘jalan Allah’ itu, lebih baik korang
renung balik dan tanya:
Aku ni sedang duduk di jalan Allah atau duduk di jalan syaitan?
Menangislah dan berguling gulinglah kamu!
Umur semakin pendek, buku catatatan semakin menebal!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan