Cinta? Apa itu cinta? Mahu rambutku beruban memikirkannya.
Aku tidak seharusnya memikirkan soal cinta seawal usiaku ini. Malah, ibu bapa aku juga tidak menggalakkan aku memikirkan perkara ini apatah lagi melibatkan diri, hati dan jiwa ragaku (eceh) dengannya. Namun, entah apa yang telah merasuk lagi memaksa aku memikirkan perkara ini. Dahulu, di sekolah menengah rendah aku nekad tidak mahu ‘bercouple’ seperti remaja seusiaku yang lain. Alhamdulillah, sehingga kini aku masih tidak seperti mereka yang ‘berkahwin smentara’ dengan bangganya mereka berjalan berdua-duaan sembil berpegangan (eh, betul ke berdua?) Pada awalnya, pandangan aku terhadap mereka? = best + takut . Rasa pelik bukan orang seperti saya yang bertudung labuh bekata best? Iye ...!!!! sungguh ! perempuan mana yang tidak mahu dibelai dan perempuan mana yang tak rasa best apabila dirinya diambil berat oleh orang lain? Tetapi awas ! Hanya mereka yang masih punya iman akan merasakan takut lagi berjaga-jaga dengan lebih ketat terhadap peresaan ‘best’ tu. Mereka yang punya perasaan takut terhadap siksaan Allah dan kesedaran terhadap azab-Nya tidak akan terlibat dengan perkara sebegini. Bukanlah mereka tidak mahu, tapi bukankah indah satu ikatan yang sah tanpa terikat dengan dosa bersama ‘si dia’ yang kita idamkan? Ingat, bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Saya percaya, kamu kamu dan kamu yang membaca tulisan saya yang kurang menarik ini mahukan pasangan yang baik, yang soleh/solehah, yang boleh membawa kita ke syurga (saya pun nak!) siapa yang tak nak? Cuba angkat tangan sikit saya nak tengok? Tengok tu ! tak ada sorang pon yang angkat. Jadi perbaiki diri kita dulu untuk mendapatkan yang terbaik dari kalangan yang baik. OK !
Berbalik kepada soal cinta. Saya cerita sedikit perihal diri saya dahulu. Sejujurnya saya sudah banyak kali juga orang minta ‘couple’ sejak seawal usia saya 14 tahun sehingga sekarang usia saya 17 tahun. Kalau -+ mahu 10 orang jugalah (ramai peminat ni) yang hairan semuanya kelas atas kira pandai-pandai belakalah dan 8 orang daripada mereka lebih tua dari saya. Apa yang mereka nampak pada saya pun saya tak tahu. Mungkin ramai diantara mereka sewaktu saya belum matang dan tak terfikir pun nak ‘couple2’ ni. So, bila mereka minta ‘couple’ tu saya rasa geli-geliman (biasalah budak) terus hilang saya dari pandangan mereka (malu). Bercelaru fikiran saya, sepatutnya mereka dapat berfikir lebih luas dari saya tetapi tidak, saya pula yang perlu ambil tindakan dengan mengelakkan diri dari mereka-mereka tu. Kalau ikutkan hati mahu sahaja saya tukar sekolah. Sejak peristiwa itu, saya mula berfikir dengan mendalam tentang apa yang menarik minta meraka pada saya sedangkan saya bukan lah pelajar aktif disekolah, pelajar pintar pun bukan, banyak bergaul pun dengan kawan sekepala sahaja itu pun perempuan. Rasa takut mula timbul. Di rumah saya lebih rapat dengan ayah berbanding ibu (bukan derhaka ye) sejak saya kecil saya lebih selesa mengadu kesakitan atau permasalahan kepada ayah. Mungkin itu faktor utama saya tidak punya perasaan pada lelaki lain kerana sesetengah pihak berpendapat saya telah mendapat kasih sayang yang cukup dirumah dan rasa tidak ada keperluan lain diluar. Jadi aya mula membuka cerita. Lelaki semua sama. Apa yang menjadi tarikan mereka adalah sama. Itu sebab ada suruhan yang mengatakan lelaki harus tundukkan pandangan mereka. Namun, perempuan juga harus memainkan peranan mereka dengan menutup aurat mereka sebaiknya daripada diperlihat atau diperdengar oleh lelaki. Rungsing. Diperdengar? (maklumlah tak matang lagi) Ayah kata, memang perempuan kena jaga penampilan mereka dengan melabuhkan pakaian mereka & tudung namun jangan lupa suara kita tu aurat. Dari situ saya faham suara kita juga aurat. Baiklah, andai ada diantara kamu kata suara kamu memang asli kedengaran manja2 gitu, apa susah sangat diam sahajalah tidak perlu berkata-kata jika tiada perkara yang penting kerana berdiam itu lebih bagus daripada berkata-kat perkara yang lagha.
Habis PMR, dapat keputusan. Terpaksa teruskan belajar disekolah yang sama. Melihat kakak yang sering sahaja melakukan ibadat2 sunat, hati mula rasa cemburu. Jadi berlumba-lumbalah diri saya untuk menjadi seperti kakak yang sunat dijadikan wajib yang makruh dijadikan haram hukumnya. Kakak banyak ceritakan tentang pengalamannya di IPT. Besar cabaran dan dugaan katanya. Biasalah bila sudah masuk peringkat universiti pasti ada sahaja mata-mata yang melihat kakak untuk dijadikan calon isteri. Tapi kakak tolak. Kakak kata itu suma cubaan untuk melihat iman kita. Kakak muda lagi nak berumah tangga. Kakak nak bagi tumpuan pada pelajaran kakak. Subahanallah, tabahnya hati kakak. Kalau kakak boleh mengapa saya tidak? Susah sangatkah untuk menolak cinta manusia yang hadir tanpa diundang? Saya tidak tahu samada apa yang saya rasakan ini adalah cinta atau dusta? Namun, ia memberi kesan kepada diri saya. Hati saya tidak tenang apabila dia meluahkan rasa hatinya berbanding dengan orang sebelum ini saya menolak dengan tenang. Takut mula melanda apabila tahun ini saya menghadapi peperiksaan besar (SPM) yang menentukan saya di universiti nanti. Pertama kali saya memikirkan perkara ini secara matang lagi mendalam dan kata putus saya juga menjauhkan diri saya daripadanya seperti yang lain walaupun perkenalan saya dengan dia hanyalah dialam maya. Dia banyak memberikan aku ilmu dan pengatahuan agama namun semua itu tiada makna tanpa ikatan yang sah. Aku pasrah dengan pemergiannya kerana aku tahu ada cinta yang sepatutnya aku buru dan cinta manusia akan hadir setelah aku mencapai cinta-Nya. Aku malu kepada-Nya kerana aku tersungkur juga dengan cinta manusia setalah bertahun-tahun aku melawan dengannya.
Itulah sedikit pengalaman yang tidak beberapa menarik tetapi ada sedikit pengajaran jika kita memahaminya. Buat ‘si dia’ biarlah kita berjauhan. Andai sudah tertulis jodah kita untuk bersama, hadirlah dirimu bila tiba masanya untuk menjemputku. Doakanlah atas kejayaan diriku dan dirimu juga. Moga engkau terus berjuang menegakkan cinta yang Agung membenarkan Dia yang satu. Apabila baca ini pasti ada yang tersenyum tersipu kerana pernah mengalaminya. Tapi, tiulah hakikat manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. wallahu'alam
(pesanan penaja : artikel ini hanya melalui proses copy paste sahaja.Bukan pengalaman dari pemilik blog ini )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan