Ahad, 21 Disember 2014

PENTINGNYA MENJAGA KESIHATAN ZAKAR KAUM LELAKI.

PADA 1994, kajian ke atas lelaki berumur di Massachusetts mendapati
bahawa lebih setengah bilangan lelaki berusia antara 40 hingga 70
tahun menghadapi masalah untuk mengekalkan ketegangan.

Ia juga berlaku di kalangan pemuda berusia 20-an dan 30-an.
Manakala, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa usia purata
penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction di
benua Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula
ketika berusia 42 tahun. Jepun dan Malaysia, 44 tahun.

Secara rambang, kira-kira 100 juta lelaki di seluruh dunia
dianggarkan menghadapi masalah lemah tenaga batin. Malah hampir
sejuta lelaki di Malaysia akan menghadapi masalah tersebut.

Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan
untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi
menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu
masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki
terutamanya di dalam masyarakat Asia.
Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk
memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak
beranggapan 'kejantanan' lelaki terletak pada kehebatan mereka di
ranjang. Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan kawan-kawan,
maka penghidap lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam.
Lebih memburukkan keadaan andai mereka juga keberatan untuk
membincangkan isu ini dengan pasangan atau mendapatkan nasihat
doktor.

Masalah seks Lelaki :
Penyakit Lemah Tenaga Batin (lelaki cepat inzal)

Mati pucuk (zakar tidak berfungsi langsung)

Lemah Syahwat (zakar tidak cukup tegang)

Penyakit Lemah Tenaga Batin

Mengikut kajian sama ada secara moden atau tradisional dan,
penyakit ini berpunca daripada pelbagai punca. Jikalau anda telah
berikhtiar ke mana-mana sama ada secara moden atau tradisional
tetapi masih belum berjaya, saya berharap anda tidak berputus asa
dan kecewa. Apatah lagi tenaga kelakian itu tidak harus kita
pisahkan daripada realiti kehidupan sebenar kita terutamanya semasa
kita melakukan persetubuhan dengan orang tersayang (isteri).

Secara logiknya alat kelamin lelaki yang digunakan secara
berterusan, tetapi kurang dijaga (dirawat) secukupnya akan
kehilangan daya tahannya. Dan inilah penyebab utama yang
menyebabkan seseorang itu akan mengalami penyakit LEMAH TENAGA
BATIN, LEMAH SYAHWAT dan MATI PUCUK.

Mati Pucuk

Mati pucuk adalah salah satu kecacatan dalam seks yang
mengakibatkan seseorang tidak mempunyai keupayaan untuk bersetubuh.
Mati pucuk ini merupakan kecacatan yang serius yang mana ia boleh
menghancurkan sesuatu perkahwinan kerana pasangan tidak dapat
menghasilkan keturunan.

Orang lelaki yang tidak mampu melaksanakan persetubuhan disebut
impotent; batang zakar menjadi lembik dan tidak boleh menegang.
Dalam bahasa Arab disebut "Unnah" atau dalam bahasa kita disebut
"mati pucuk".

Mengapa mati pucuk berlaku?

Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan
vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah
boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis),
diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah
yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) merupakan
satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga
batin. Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang
usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang
terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah
daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah
tenaga batin.

"Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi juga
boleh menyebabkan masalah ini. Tekanan perasaan, bebanan kerja,
keletihan, perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan
lelaki menghadapi masalah ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini
adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki tidak pernah
keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia boleh
menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej
diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran dan masalah perhubungan
suami isteri.

Lemah Syahwat

Mungkin disebabkan oto-otot zakar telah mengecut atau lemah.
Ubat-ubat homeopati untuk menguatkan otot-otot supaya kembali normal.

Lelaki yang lemah zakar alat kelaminnya kelihatan normal. Tetapi
tetapi batang zakarnya tidak dapat menegang sehingga tidak dapat
menembus ke dalam liang faraj waktu bersetubuh. Hal ini seterusnya
boleh mengakibatkan gangguan jiwa.

Adakah Ketegangan Menjadi Masalah ?

Soalan ini sering dikemukakan kepada Prof Nik Omar oleh lelaki yang
mempunyai masalah ketegangan. Apakah ianya besar ?Jawapannya , Ya !

Sila soal diri anda sendiri, apakah anda dapat memberi kenikmatan
seksual kepada pasangan anda, sekiranya zakar anda tidak tegang?
Walaupun isteri anda tidak memberi apa-apa komen terhadap keupayaan
seksual anda, tetapi dalam hati kecilnya, sememangnya mereka tidak
puas melakukan sesual dengan anda.

Maksudnya anda telah menghakiskan salah satu hukum Islam yang wajib
terhadap isterinya iaitu kepuasan 'Nafkah Batin'. Memberi kepuasan
seksual terhadap isteri anda adalah suatu fitrah alam suatu bentuk
biologi manusia yang wajib ditunaikan.

Ya ! pastinya anda akan dapat memberi kepuasan maksimum kepada
isteri anda jika ketegangan anda mencapai 100 % tegang ! Faraj
Wanita telah dicipta dengan beribu, malah berjuta-juta saraf kecil
yang mengelilingi dinding dalam dan luar faraj dan sekali gus akan
merasa kenikmatan yang tidak terhingga bila mengadakan hubungan
batin bilamana zakar mengesel saraf-saraf ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin