Ahad, 21 Disember 2014

PANDUAN KHAWIN MUDA DALAM ISLAM.

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Alhamdulillah hari ini terditik rasa hati ingin mengupdate entry baru dalam blog Al-Hayaah Cinta Illahi ana. Berkesempatan kita hari ini membincangkan satu topik yang agak menarik iaitu "Kahwin Muda". Topik ini adalah permintaan dari sahabat FB ana, yang menginginkan ana mengulas sedikit berkenaan Kahwin Muda pandangan dalam islam. InsyaALLAH.

Bila sebut kahwin, semua mahu kahwin. Tiada yang terindah selain perkahwinan. Kenapa? Bila kahwin dengan cara halal, lelaki dan wanita memang sah halal untuk bersama terutama yang ingin dibelai dengan perasaan cinta dan kasih sayang dan ada yang inginkan perhubungan itu kekal sepanjang hayat. Ada juga yang ingin menjauhkan diri daripada maksiat atau jauhkan diri daripada terkandas dalam jurang penzinaan, ada yang yang ikut sunnah dan ingin berjuang atas dasar Islam. Ada juga kahwin paksa dan paling teruk, kahwin selepas berzina. Tapi kahwin itu satu perkara yang sememangnya digalakkan oleh para Nabi kita.
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. 

Firman Allah, 
"Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan". 
(Surah An-Nur : 32)

Dalil pensyariatan dari Sunnah, Rasulullah bersabda 
"Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya" 
(H.R.Bukhari & Muslim)
Para ulama' telah membuat penentuan hukum dengan berdasarkan kepada kedudukan dan kemampuan seseorang untuk mendirikan rumah tangga. Para ulama' telah membahagikannya kepada 4 jenis hukum iaitu wajib, sunat, haram dan makruh.
Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.
Huraiannya adalah seperti berikut :-
 
Perkahwinan yang wajib.
Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.
Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.
Perkahwinan yang haram
Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.
Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.
Sekarang ini, kita berbalik kepada topik utama iaitu, "Kahwin Muda". Bila sebut pasal kahwin muda, semua takut untuk membincangkannya, "al-maklumlah ini zaman serba canggih, apa kelas kahwin muda", itulah pemikiran ironik orang Islam zaman sekarang. Kenapa? Bila kita muda, mampukah kita memegang tanggungjawab sebagai suami dan juga isteri? Mampukah si suami memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya secukupnya? Atau mampukah si isteri melayan suami? Bagaimana pula dengan sumber pendapatan untuk menyara keluarga? Sudah adakah? Mampukah? Ilmu didada pula? Agama? Cukupkah?! Cukup!!! Sudah cukup sudah dengan persoalan itu.
Kahwin zaman sekarang perlukan banyak wang, paling kurang pun, RM10, 000 itu sudah dikira baik namun itu bukan untuk orang yang berkelas tinggi atau berada yang inginkan nilai antara RM50, 000 - RM100, 000. Bahkan untuk persiapan perkahwinan pun perlukan beribu-ribu. Ini masih belum lagi dikira hantaran yang diminta oleh pihak perempuan. Kalau anak Datuk macam mana? Berhutang kiri kananlah jawabnya... =)
Berkahwin di usia muda ketika belajar sebagai contoh mampu memberi fokus kepada sesetengah mahasiswa/mahasiswi dalam pelajaran dan juga ibadat. Banyak contoh-contoh pasangan yang kita dapat lihat setelah berkahwin ketika mereka belajar, keputusan peperiksaan mereka setiap sem amat-amat memberangsangkan. Mereka tak perlu selalu memikirkan tentang pasangan mereka kerana itu dah sah/ halal milik mereka bersama. Dan mereka mampu beribadat lebih tenang tanpa apa-apa godaan syaitan dan iblis yang mengajak mereka melakukan maksiat kerana segala yang mereka lakukan berdua adalah pahala disisi Allah (indahnyakan).Perkahwinin ini insyaALLAH akan mudah meningkatkan Iman masing-masing malah Allah S.W.T mengkurniakan rezki bercurah-curah.
Nas Al-Quran mengatakan:
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)

Hadis pula mengatakan:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Jika begitu engkau daripada saudara syaitan. Jika engkau daripada kaum Nasrani, nescaya engkau termasuk pasturnya. Sesungguhnya sunah kami ialah nikah (kahwin). Sejahat-jahat kamu ialah yang tidak kahwin. Serendah-rendah orang yang mati daripada kamu ialah yang tidak mahu kahwin. Apakah dengan syaitan kamu akan berhubungan? Tidak ada senjata bagi syaitan yang lebih ampuh buat menggoda orang salih, lebih daripada meninggalkan perempuan (tidak kahwin).
(riwayat Bukhari dan Muslim) 
Perkahwinan juga akan melengkapkan segala kekurangan pada diri. Allah S.W.T datangkan jodoh kita untuk sering melengkapi. Kemungkinan si Zaujah kurang pemahaman agama si Zauj yang akan melengkapkan dan mengjaranya. Kerana dengan perkahwinan akan ada sifat yang akan timbul antara pasangan adalah saling nasihat menasihati kearah kebaikan. Allah menjadikan hambanya dengan penuh hikmah dan memberikan jodohnya dengan penuh lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Dalil Al-Quran menyebut:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (21) 
(Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49)

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)." (49) 
(Surah Luqman: ayat 10)

Ana yakin kahwin itu tidak kira muda atau tua kerana bagi yang berkemampuan dari segi kewangan, berkeupayaan dan sihat tubuh badan segera menyempurnakan sunah Nabi SAW. Jangan tangguh kerana kahwin melahirkan zuriat yang akan membanggakan Nabi SAW di depan umat lain pada hari kiamat. Perkahwinan akan membawa kita lebih kuat beribadah dan juga berjuang ke jalan Allah.
Sabda Baginda SAW bermaksud:
"Nikah itu sunahku, siapa tidak suka sunahku, maka bukan ia daripada golonganku."
(Hadis riwayat Bukhari)
Ana hanya ingin katakan, tiada benda dalam dunia ini yang tidak mustahil untuk kita kecapi, bahkan Allah itu lagi Maha Mengetahui akan tiap-tiap makhluk ciptaanNya. walaupun sesusah mana berkenaan hantaran insyaALLAH ALLAH pasti mempermudahkan. almaklumlah zaman sekarang terkenal dengan hantaran yang beribu-ribu sedangkan Allah kata mahar paling rendah itu lebih bagus.
Sabda Nabi SAW bermaksud:
"Satu dinar engkau belanjakan di jalan Allah dan satu dinar engkau belanjakan buat memerdekakan budak, dan satu dinar engkau belanjakan buat anakmu. Yang paling utama daripada semua itu ialah satu dinar yang engkau belanjakan buat anakmu. 
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Jika ayah dan ibu sanggup belanja berpuluh-puluh ribu untuk anaknya kejar fadhu kifayah, tidak mampukah ayah dan ibu membelanjakan walaupun seribu untuk anaknya berkahwin. Dah kahwin itu adalah fadhu bagi mereka yang mampu dan jika ana kata ana mampu, ana wajib untuk berkahwin.
Daripada Abi Umamah al Bahili r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa kepada Allah ialah isteri yang solehah di mana bila suami memerintahkannya  nescaya akan taat kepadanya, dan jika suami memandangnya dia akan berhias justeru menggembirakannya, dan jika suaminya bersumpah ke atasnya nescaya dia menunaikannya dan jika suaminya tiada, dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya."  (Riwayat Ibn Majah ). 
Satu lagi Hadis Nabi s.a.w. maksudnya:

"Berkahwin itu satu keberkatan dan anak itu suatu rahmat, maka muliakanlah anak-anak kamu, maka sesungguhnya memuliakan anak-anak itu ibadat." 
( Hadis ini tercatat dalam "mutiara Hadis Nabi-  Penawar Jiwa" karangan as Syeikh Muhiyuddin Acheh, seorang wali Allah).
Oleh itu, jika seseorang berkemampuan dari segi fizikal dan mental serta ditakuti melakukan perbuatan nista seperti zina, maka wajib ia kahwin. Jika tidak ada hal ditakuti tadi, sedangkan ia mampu dan sanggup berkahwin, maka hukumnya sunat, tetapi tidak digalakkan dalam Islam. Makruh seseorang berkahwin jika dia tidak mampu atau sanggup memberi nafkah selepas berkahwin.
P/S: Jawatan tinggi? Kaya? Ingat Nabi pandang ker? Nie haa...hadis Nabi XD
Sabda Nabi SAW:Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak kerana sesungguhnya aku akan bermegah dengan banyaknya kamu di depan umat lain pada hari kiamat.

Jadi apa pendapat anda pula? Ana serahkan pada anda. Buruk dan baik datang daripada kelemahan kita, sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah swt. ~ 
~Wallahualam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin