Ahad, 3 Julai 2011

ASAL USUL MASYARAKAT ORANG MELAYU ADALAH MASYARAKAT YAHUDI.

Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.  " [7:160]

Baru-baru ni saya dikejutkan dengan sebuah artikel yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kalangan Bani Israil.
Di dalam al-Qur'an ada menyatakan bahawa Bani Israil terbahagi kepada 12 puak.
Setiap nama puak itu diambil daripada nama Yakub (Israil) a.s..
Nama-nama puak dari kalangan Bani Israil ialah:
1. Rubin.
2. Simeon.
3. Lawway.
4. Yahuda.
5. Zebulaon.
6. Isakhar.
7. Gad.
8. Dann.
9. Asyer.
10. Naftali.
11. Yusuf (diambil dari nama anak Yakub a.s. yang ke 11 iaitu Yusuf a.s.).
12. Benyamin.
Menurut kitab Yahudi kuno, salah satu dari puak tersebut telah didapati hilang dan mereka ialah dari keturunan Yusuf a.s.. Mereka mendapat petunjuk Allah serta memeluk agama Islam. Mereka yang akan membunuh Yahudi Zionist di Palestin.
Yusuf a.s. mempunyai dua orang anak, iaitu Manasseh dan Ephraim. Menurut kitab Yahudi kuno yang lain, ada yang mencatatkan bahawa golongan Manasseh yang akan menyembelih Yahudi jahat di Palestin.
Pengkajian Yahudi telah membuktikan bahawa terdapat banyak golongan Manasseh di sebelah timur. Antara negara tersebut ialah Afghanistan, utara Pakistan (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Menurut seorang professor Amerika, Ralph Olssen, ibu segala keturunan Manasseh ialah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Kalau berpandukan kitab Yahudi kuno, puak Bani Israil yang hilang dari kalangan Manasseh yang akan berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan akan menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan akan memadamkan negara Israel dari peta dunia adalah orang-orang Melayu.

Mengikut Book of Mormon, sebahagian daripada Semenanjung Melayu (termasuk Selatan Thai) ialah dari kalangan Bani Israil, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu dari Manasseh).

Menurut kajian DNA yang dilakukan ke atas 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Isr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin