Sabtu, 2 Julai 2011

PANDUAN KEBERSIHAN.

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT
Apa itu Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut?
Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak berumur 5 tahun.
Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamal kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.
Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.
Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.
Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.

Tanda dan Gejala Penyakit
Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin, ulser di tekak dan mulut.
Demam, sakit kepala dan hilang selera makan.

Langkah-Langkah Pencegahan
Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas memncuci najis anak.
Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas.
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran.
Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.
Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu.
Panduan Kebersihan Tangan - Cegah Jangkitan Penyakit
Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ia tidak semestinya bebas daripada kuman. Dalam kehidupan seharian, tangan kita mungkin terdedah pada kotoran dan habuk bahkan lebih teruk lagi iaitu kuman (bakteria dan virus), yis dan kulat. Beberapa bahagian tangan kita, terutamanya pada lipatan jari serta di bawah kuku mudah tercemar berbanding bahagian lain. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit tertentu seperti keracunan makanan, jangkitan cacing, tifoid dan taun.
Kita tidak boleh menghapuskan kuman secara keseluruhan pada tangan kita, tetapi dengan kebersihan tangan yang sewajarnya, seperti mencuci tangan dengan cara berkesan, anda boleh mengurangkan risiko jangkitan penyakit. Kaedah mencuci tangan yang berkesan ialah dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau antiseptik sebelum dibilas dengan air bersih.
7 Kaedah Mencuci Tangan
Basuh tangan dengan sabun dan air secukupnya.
Gosok tapak tangan.
Gosok setiap jari dan celah jari.
Gosok kuku di tapak tangan.
Gosok belakang tangan.
Basuh dengan air bersih secukupnya.
Keringkan tangan dengan kain bersih.
Anda Terdedah Kepada Bakteria Apabila:
Berkebun - Berbagai jenis bakteria terdapat dalam tanah. Kebanyakanny adalah jenis Bacillus Sp.
Mencuci Ikan - Ikan belum dimasak mempunyai banyak bakteria.
Sinki Dapur - Menggunakan sinki untuk mencuci usus binatang boleh menyebabkan bakteria dan najis yang ada di sinki berpindah ke tangan anda.
Kerja Rumah - Di samping bakteria, banyak kulat yang terlekat pada tangan semasa membuat kerja rumah.
Tandas - Bakteria dan telur cacing dari najis boleh mengotorkan tangan semasa anda membersih diri sendiri atau menukar lampin kanak-kanak.
 
"SAYANGI ANAK ANDA"
"CEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT"

- AMALKAN KEBERSIHAN DIRI YANG BAIK
- ELAKKAN MEMBAWA ANAK ANDA DI TEMPAT ATAU PERSEKITARAN YANG SESAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin