Sabtu, 2 Julai 2011

PANDUAN KESELAMATAN JALAN RAYA.

ancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk
    atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.
    Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan
    pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila
    lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini
    sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong.
    Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan.
    Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini bukan sahaja membahayakan
    keselamatan anda dan tetapi akan melibatkan orang lain.














02. PANDUAN UNTUK KESELAMATAN BAYI & KANAK-KANAK

KESELAMATAN KANAK-KANAK DALAM KENDERAAN
Apabila anda membawa anak anda di dalam kereta, adalah penting untuk mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan ini dari mula mereka naik hinggalah mereka melangkah keluar dari kereta.

1. Anak anda mesti masuk dan keluar kereta melalui pintu yang selamat iaitu pintu yang tidak menghadap lalu lintas dan bersebelahan dengan bendul jalan. Secara normalnya, pintu sebelah kiri yang bertepatan dengan keadaan tersebut.

2. Anak anda perlu menunggu pintu kenderaan dibuka untuknya sebelum ia melangkah masuk atau keluar. Pastikan tangan dan kakinya tidak berada di pintu sebelum anda menutupnya.

3. Kanak-kanak perlu duduk di kerusi belakang kerana ianya dapat mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

4. Anak anda perlu sentiasa memakai tali pinggang keledar yang dikancing secara pepenjuru merentas dada. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, adalah lebih baik menggunakan tempat duduk pengalas untuk memastikan bahawa tali pinggang keledar itu dapat dipasang dengan selamat.

5. Sentiasa menasihati dan memastikan anak anda supaya jangan sekali-kali menghulurkan mana-mana bahagian anggotanya ke luar tingkap kenderaan walaupun kenderaan tersebut tidak bergerak.

6. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk meluru keluar dari kereta sebaik sahaja ia berhenti dan ini amat berbahaya. Ia dapat dielakkan dengan memasang Kunci Keselamatan Kanak-Kanak pada pintu kereta.

7. Selepas keluar, anak anda perlu menunggu di atas bendul jalan sehingga seorang dewasa memimpin tangannya untuk melintas jalan atas ke destinasi yang ingin dituju.



APA YANG PERLU DIAJAR SELEPAS ANAK ANDA MULA BERJALAN
Kanak-kanak berusia di bawah 9 tahun belum berupaya menangani lalu lintas. Justeru itu, jangan biarkan mereka keluar atau melintas jalan secara bersendirian. Pada peringkat ini, andalah orang yang terbaik untuk mengajar anak anda tentang keselamatan jalan raya yang sepatutnya dilakukan dengan betul.

1. Tunjukkan kepadanya di manakah letaknya bendul jalan. Pastikan dia tahu bahawa bendul jalan berada 5 kaki daripada tepi jalan.

2. Sentiasa pengang tangannya semasa melintas. Dia perlu belajar untuk melihat kanan, kiri, kanan dan mendengar bunyi kenderaan yang datang. Apabila kenderaan selamat, lintas dalam garisan yang lurus tanpa berlari.

3. Tunjukkan contoh yang baik dengan memberitahunya di mana patut melintas dengan selamat. Contohnya :
a. Jejantas
b. Lintasan belang
b. Lintasan pejalan kaki di persimpangan lampu isyarat
c. Tempat-tempat di mana isyarat orang hijau menyala.

4. Nasihatkan anak anda supaya sentiasa berjalan menghadap lalu lintas. Ianya lebih selamat kerana kanak-kanak dapat melihat kenderaan yang datang dan ini boleh membantu mengelakkan diri mereka daripada kemalangan.

5. Jangan bermain di jalan raya, kerana ini boleh mengalih perhatian pemandu yang lain dan mungkin akan menyebabkan kemalangan.

6. Pengguna jalan raya selalunya tidak menyedari kehadiran anak anda kerana saiznya yang kecil. Oleh itu, pastikan dia memakai pakaian yang terang dan gunakan lampu suluh apabila berjalan dalam hujan atau pada waktu malam.



SIKAP BERJAGA-JAGA BOLEH MEMBANTU ANDA MENYELAMATKAN ANAK ANDA
Kanak-kanak tetap kanak-kanak, mereka sentiasa melakukan perkara-perkara yang tidak diduga. Beberapa panduan ini akan dapat membantu anda melindungi anak anda dan memastikan keselamatan mereka.

1. Sentiasa fikirkan kemahiran seterusnya yang akan dipelajarinya dan rancang terlebih dahulu. Jangan mengambil sesuatu perkara secara mudah.

2. Besar kemungkinan kemalangan akan berlaku ketika anda berasa penat. Sentiasa utamakan keselamatan anak anda tanpa mengira betapa penat atau tertekannya anda. Ingat, anda mungkin hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk berbuat demikian. Sebarang kecuaian akan menyebabkan anda menyesal untuk seumur hidup.

3. Tunjukkan contoh yang baik dengan sentiasa memakai tali pinggang keledar di depan dan juga di belakang atau sentiasa memakai topi keledar bagi pengungang motosikal. Bantulah anak anda mendisiplinkan dirinya.



BILAKAH SEPATUTNYA ANAK ANDA PERLU MULA MENGGUNAKAN KERUSI KESELAMATAN ?
Jadual berikut memberikan anda idea tentang jenis-jenis kerusi keselamatan yang sesuai dengan kumpulan umur bayi anda dan bagaimana untuk menggunakannya dengan betul. Ingat, berbelanja membeli tempat duduk yang menepati piawaian keselamatan adalah satu langkah yang bijak dan dapatkan seorang yang terlatih untuk menunjukkan cara memasang kerusi dengan mengikut arahan-arahan yang telah ditetapkan.

Jenis-Jenis Tempat Duduk Keselamatan Kereta :




1. Kerusi Keselamatan Bayi - Bayi baru lahir hingga umur hampir 1 tahun / berat sehingga 9kg, tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul.




Cara & di mana hendak memasangnya ?
- Kerusi menghadap ke belakang
- Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar



2. Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak - 9 bulan hingga hampir 4 tahun,
berat di antara 9kg hingga 18kg




Cara & di mana hendak memasangnya ?
- Kerusi menghadap ke hadapan
- Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar



3. Kerusi Pengalas - 4 hingga 11 tahun, berat di antara 15kg hingga 36kg




Cara & di mana hendak memasangnya ?
- Tempat duduk menghadap kehadapan
- Direka khas untuk kanak-kanak supaya tali pinggang orang dewasa
- Dapat digunakan merentasi dada dan pinggul mereka dengan selamat
- Mesti dipasang di kerusi belakang dengan tali pinggang keledar



AMARAN PENTING
- JANGAN memasang kerusi keselamatan kereta di tempat duduk penumpang depan
- JANGAN mengubah suai kerusi keselamatan atau tali pinggang keledar
















03. GARIS PANDUAN PENGGUNA JALAN RAYA DALAM SITUASI JEREBU

1. Pasangkan lampu
Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa. Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan keadaan.

2. Kurangkan kelajuan
Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan.

3. Jaga jarak antara kenderaan
Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.

4. Jangan berhenti di tepi jalan
Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan.

5. Berhati-hati apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan
Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan.

6. Kenderaan rosak
Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera.

7. Warga emas
Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan jerebu.

8. Pengumuman trafik di radio dan paparan iklan elektronik
Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan trafik di kawasan yang dilalui.

9. Peringatan khas untuk pengguna motosikal
Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai penutup muka.











10. Peringatan kepada pengguna motokar
Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.















04. KETATKAN TOPI KELEDAR ANDA

Tahukah anda topi keledar diperbuat daripada adunan fiber, kaca istimewa serta karbon pada bahagian luarannya, dan polistirena khas dengan pengalas anti-kebakaran pada sebelah dalamannya untuk mengurangkan hentaman pelanggaran dan mengelakkan kelecuran ?

Tahukah anda setiap topi keledar yang bermutu dan disahkan dengan berlabel SIRIM telah melalui ujian terperinci sebelum dijual kepada anda ?

Topi keledar yang telah diluluskan mungkin boleh menjamin keselamatan anda kalau anda memasang kancingnya. Sebab kalau anda tidak mengikatnya, topi keledar yang terbaik pun tidak dapat menyelamatkan anda.

Jadi, bila-bila saja anda menunggang motosikal, walaupun cuma ke kedai di hujung jalan untuk membeli ais krim, pastikan topi keledar anda dipasang dengan betul dan sempurna.
















05. TOPI KELEDAR KANAK-KANAK UNTUK KESELAMATAN NYAWA ANAK ANDA

Kepala anak-anak tersayang perlu dilindungi daripada sebarang kejadian. Sebagai ibubapa yang dianugerahkan cahaya mata, anda diamanahkan tanggungjawab untuk mendapatkan topi keledar untuk mereka.

Topi keledar tidak harus terasa longgar pada kepala anak anda. Jangan pasal nak menjimatkan wang, nyawa anak tergadai. Pastikan topi keledar betul-betul menepati saiz kepala anak anda.

Seorang kanak-kanak tidak mengenal erti bahaya menaiki motosikal tanpa topi keledar, tapi sebagai ibu bapa, anda harus menyedarinya. Lindungilah mereka dengan topi keledar.














06. CELAH-MENCELAH / SELIT-MENYELIT - NAK CEPAT ATAU NAK SELAMAT ?

Perbuatan bertukar-tukar lorong dan memotong keluar masuk trafik disifatkan sebagai mencelah-celah.

Membawa motosikal secara mencelah-celah amat merbahaya, Malah pemandu motosikal profesional tidak mengesyorkan perangai sebegini di jalan raya.

Keadaan di jalan raya yang tidak menentu, serta tindakan pengguna jalan raya yang lain tidak boleh diramal memang menambah lagi bahaya perbuatan mencelah-celah ini.

Ingat : motosikal anda hanya diimbangkan atas sepasang roda, dan maka itu amat mudah tumbang. Sebiji batu, lopak bertakung, malah keadaan jalan yang berminyak pun boleh menyebabkan anda hilang kawalan.

Perbuatan mencelah-celah tidak akan membawa anda ke tempat yang dituju dengan lebih cepat. Malahan ia membahayakan diri anda dan orang lain. Bersabarlah. Jangan asyik bertukar-tukar lorong atau anda mungkin bertukar kaki atau tangan dengan kaki tangan palsu.














07. LANGGAR LAMPU MERAH - NAMPAK HEBAT ATAU BODOH ?

Merah maksudnya berhenti. Kepada ramai penunggang motosikal ia amat melecehkan, kononnya membazir masa. Mereka ini tidak sedar bahawa lampu merah itu sebenarnya pelindung mereka.

Ramai penunggang motosikal mati katak kerana enggan berhenti ketika lampu bertukar merah. Jangan menyumbang nyawa anda kepada statistik kemalangan maut tahun ini.

Walaupun tiada kenderaan lain di jalan raya, selalu ingat bahawa perbuatan tidak berhenti di lampu merah adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang. Anda juga akan bertembung dengan penunggang bodoh di simpang lain yang suka memecut lebih awal sebelum lampu merah bertukar hijau. Jadi barulah betul, yang langgar lampu merah berkonsi TEMPAT SIMPANAN MAYAT dengan yang suka tunjuk pandai dengan bergerak awal sebelum lampu hijau menyala.

Jadi, perlahankan motosikal ketika lampu kuning dan berhenti ketika ia merah. Bagi yang menunggu giliran pula, pastikan lampu hijau menyala dahulu sebelum mula bergerak. Bersabar seminit dua, ingatkan ibu bapa, abang, kakak, adik-adik, suami, isteri, anak-anak dll yang menunggu kepulangan anda dan lanjutkan hidup anda.















08. JANGAN BIARKAN ANAK ANDA TERKORBAN KETIKA MELINTAS JALAN

Wahai orang dewasa, ibubapa, abang-abang dan kakak-kakak - adik-adik kita perlukan perlindungan anda.

Seseorang kanak-kanak melintas jalan hampir tidak boleh dilihat oleh para pemandu. Makin kecil kanak-kanak itu, makin sukar untuk diperhatikan ketika di jalan raya.

Jangan sekali-kali membiarkan anak kecil melintas jalan seorang diri. Perasaan takut mungkin menyebabkan mereka teragak-agak dan berlari lintang pukang seperti kucing yang sedang gelabah ketika melintas jalan.

Sesebuah kereta yang hanya bergerak pada kelajuan 30 km/jam pun mungkin tidak sempat berhenti. Jadi pimpinlah tangan kanak-kanak dan bantu mereka melintas jalan raya.

Tindakan mudah itu mungkin dapat mengelakkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa anak anda atau seseorang kanak-kanak yang tidak berdosa.















09. NAK MELINTAS JALAN DENGAN SELAMAT ATAU SEBALIKNYA ?

Ramai orang malas mencari tempat yang betul untuk melintas jalan, maka mereka melintas di mana-mana dan bila-bila sahaja mereka suka.

Sebenarnya, tempat-tempat yang selamat untuk melintas jalan adalah di:

- Lintasan belang
- Lintasan undan
- Jejantas pejalan kaki


Jika anda tidak menjumpai tempat yang disenaraikan di atas, maka tempat paling selamat untuk melintas adalah di lampu isyarat.

Perbuatan berlari semasa melintas atau berhenti di garisan putih di tengah-tengah jalan raya bukan sahaja menakutkan tetapi boleh membawa maut.

Jadi jangan melanggar undang-undang jalan raya � gunakan lintasan yang disediakan dan anda akan sampai ke tempat yang ditujui dengan selamat, insya-Allah.
















10. TALIPINGGANG KELEDAR KELEDAR DI BELAKANG BUKAN UNTUK MENYUSAHKAN

Tahukah anda, dalam kemalangan yang melibatkan kereta, luka yang paling parah dialami adalah mereka yang duduk di belakang ?

Ini kerana hentaman pelanggaran akan menjunamkan penumpang yang duduk di belakang kereta ke tempat duduk depan.

Hentaman daripada keberatan seseorang penumpang di belakang begitu kuat, ia berupaya menolak mereka yang duduk di depan hinggakan terlanggar papan pemuka kereta.

Inilah bukti betapa pentingnya tali pinggang keledar belakang � kerana ia berupaya melindungi anda dari tercedera, dan juga orang lain yang duduk dihadapan anda.

Jika anda fikir hanya penumpang depan sahaja diwajibkan memasang tali pinggang keledar, cuba fikir sekali lagi. Pastikan tali pinggang keledar digunakan oleh penumpang di belakang kereta juga.
















11. JANGAN RAPAT DENGAN KENDERAAN DI HADAPAN

Jangan ekori kenderaan di depan ataupun memandu terlampau hampir. Sebagai pemandu, anda tidak mungkin dapat bertindak untuk memberhentikan kenderaan atau mengelakkan pelanggaran dalam keadaan kecemasan jika jarak anda dengan kenderaan hadapan kurang daripada jarak sebuah kereta ( rujuk panduan keselamatan JPJ ). Ini adalah satu kesalahan dan jika berlaku kemalangan, tidak kira salah siapa, anda tetap dikenakan hukuman.

Jika anda di lorong laju, dan pemecutan kereta anda dihalang oleh kereta yang terlalu lambat, anda hanya perlu pancarkan lampu tinggi kepada kereta dihadapan anda untuk menandakan tujuan anda untuk memotongnya.

Jangan sekali-kali mengekori seseorang pemandu lain kerana ingin menakutkannya - kerana ini akan menjadikannya terasa cemas ataupun membawa keretanya dengan lebih perlahan lagi. Anda juga boleh ditangkap oleh pihak berkuasa kerana disyaki berniat untuk merompak dan jika sabit kesalahan, anda akan dikenakan hukuman jika anda gagal untuk membela diri.

Mengekori kereta depan cuma membahayakan diri anda serta orang lain � jadi elakkan daripada mengikuti kereta depan terlampau dekat.
















12. MEMANDU PERLAHAN DI LORONG KANAN ADALAH SATU KESALAHAN

Pembolot jalan ditakrifkan sebagai mereka yang memandu perlahan di lorong laju (kanan) dan menghalang kelancaran perjalanan kenderaan di belakang. Ramai yang tidak tahu bahawa tindakan ini terlalu membahaya dan merupakan salah satu kesalahan lalulintas yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pembolot jalan akan menyebabkan pemandu lain hilang sabar, dan mereka mungkin bertindak melulu ataupun cuba memotong jalan secara merbahaya.

Ramai orang tidak sedar mereka memboloti jalan. Mereka tidak sedar betapa bahayanya perbuatan sebegini.

Jika anda tidak memandu dengan laju ataupun tidak memotong, sila gunakan lorong kiri. Jika anda di lorong kanan, dan kereta di belakang menghampiri anda, maka anda harus beralih ke lorong lain untuk memberi laluan.

Anda boleh berada di lorong kanan jika ingin membelok ke kanan tetapi wajib memberi lampu isyarat ke kanan dan jangan masuk ke lorong kanan terlalu jauh daripada simpang atau tempat pusing balik (u-turn). Banyak kemalangan yang berlaku kerana mereka cuai atau mengambil mudah ketika menukar lorong semasa memandu

Bersopan di jalan raya dan perjalanan menjadi lebih lancar. Ikut kiri jika tidak memotong atau membelok ke kanan.
















13. MEMOTONG BARISAN ADALAH KESALAHAN SERIUS

Jika anda sedang berbaris untuk membayar tol ataupun sedang menunggu giliran untuk bergerak di lampu trafik, adakah anda berasa marah jika ada orang yang memotong 慟� ( memotong barisan ) ?

Jika anda benci kelakuan sebegitu, jangan pula anda terikut-ikut akan tabiat buruk itu. Hanya mereka yang kurang ajar akan memotong慟�. Tindakan memotong 慟� mencerminkan sifat kurang ajar.

Pastikan anda mengikut giliran kerana ia mencerminkan pemandu yang prihatin.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin