Isnin, 4 Julai 2011

PANDUAN KESIHATAN IBU.


Kepada Semua Bakal Ibu Dan Bapa,

Tahniah! Ya saya mengucapkan tahniah kepada anda yang bakal bergelar ibu ataupun bapa. Tiada apa yang lebih mengembirakan daripada mengetahui berita yang kita bakal bergelar ibu atau bapa.
Tetapi...
“Jangan biarkan kegembiraan bertukar menjadi kisah duka”
Untuk makluman anda, kehamilan atau mengandung adalah satu proses fisiologi membabitkan pertumbuhan sel baru sehingga terbentuknya bayi.
Dalam proses berkenaan pelbagai komplikasi dan risiko yang bakal si ibu alami sebelum bayi dalam kandungan selamat dilahirkan.
Antara risiko buruk yang bakal ibu mengandung alami adalah seperti:
         Keguguran
         Kelahiran bayi pra matang
         Bayi yang dilahirkan mengalami berat badan yang kurang daripada normal
         Ibu mengandung berisiko mengalami diabetes yang boleh menjejaskan kesihatan
         Ibu mengandung berpotensi mengalami tekanan darah tinggi.
         Bayi yang dilahirkan tidak cukup sifat.
      Masalah ketika kelahiran atau bersalin. Disinilah anda ditentukan untuk melahirkan bayi secara normal atau cesarean.
Sebagai tambahan, menurut US National Diabetes Statistics fact sheet, NIDDK, 2003, kegagalan untuk ibu mengandung mengawal diabetes (kencing manis) ketika hamil boleh menyebabkan:
1)      Kecacatan pada bayi sebanyak 5-10% daripada setiap kehamilan
2)     Boleh menyebabkan kelahiran bayi yang besar daripada normal.
3)     Boleh menyebabkan keguguran mengejut ketika trimester pertama sebanyak 15-20% daripada wanita yang hamil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin