1 – Rancang waktu untuk ‘bersama’ pasangan
Cara cepat hamil yang terpenting adalah dengan merancang waktu untuk ‘bersama’ dengan pasangan. Ada yang mencadangkan agar anda bersama pasangan melakukan hubungan seks 3 kali seminggu selepas mengetahui waktu subur si isteri. Sperma mampu hidup untuk masa maksimum 5 hari dalam rahim. Oleh itu itu bagi meningkatkan peluang berlakunya kehamilan, lakukanlah hubungan seks dua hari sebelum masa untuk ovulasi atau keluarnya sel telur sebagai cara cepat hamil.
Selepas ‘bersama’, isteri seeloknya disarankan berbaring seketika selama 15 – 20 minit. Boleh juga letak alas atau bantal di bawah punggung isteri semasa berbaring. Ini akan membolehkan lebih banyak sperma bergerak memasuki serviks. Teknik mudah ini akan meningkatkan peluang anda untuk hamil dengan lebih cepat.
Bagi mengetahui bilakah terjadinya ovulasi, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan:
- kalendar
- keadaan suhu tubuh basal
- elastisitas lendir serviks
- alat penguji masa subur / ovulation prediction kits (boleh dibeli di farmasi terdekat)
2 – Amalkan gaya hidup sihat (healthy lifestyle)
Penuhi hari anda dengan diet makan yang seimbang dan jadual senaman yang konsisten. Elakkan memakan makanan yang mengandungi banyak gula dan lemak.
Mengikut kajian yang telah dikeluarkan oleh konferensi ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol boleh menurunkan tahap kemampuan wanita untuk mudah hamil secara normal sebanyak 44%, dan 28% untuk wanita perokok. Malah merokok bukan hanya akan memberi kesan kepada tahap kesuburan saja, malah dapat meningkatkan risiko masalah kepada bayi yang akan lahir.
3 – Ambil Vitamin / Supplement
Bagi mempercepat kehamilan, pengambilan vitamin ataupun makanan yang mengandungi zat-zat yang diperlukan untuk kesuburan sangatlah penting untuk anda dan pasangan.
Vitamin C, salah satu fungsinya, dapat meningkatkan kualiti sperma.
Vitamin E dapat meningkatkan kesuburan suami isteri.
Dan wanita yang mengambil asid folic biasanya memiliki tahap kebarangkalian hamil yang lebih baik dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambilnya. Asid folic juga mempunyai peranan penting untuk bayi dalam kandungan.
Bagi kita di Malaysia, antara herba yang dikenalpasti mampu menambah kesuburan ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Evening Primrose Oil (EPO), Ginseng dan Omega 3. Pastikan anda mendapat nasihat daripada pakar sebelum mengamalkannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan