Abstrak
Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.
Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.
Teknik menunggang
Teknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa. Semakin bahaya, semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara. Teknik itu seperti willi, baring, berdiri dan sebagainya.
Cabaran
Jalan yang mencabar ialah di selekoh berbahaya, jalan berlubang, berair, berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakan-rakan, musuh dan orang ramai.
Sanggup mati katak
Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintetik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insurans nyawa.
Sekatan jalan raya
Sekatan jalan raya oleh polis trafik lebih menyeronokkan. Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis. Ada juga yang merempuh sekatan jalan raya. Polis trafik yang bersenjata pistol dan kayu cota tidak dipedulikan. Ibu bapa dan masyarakat akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling kayu pada tayar yang bergerak laju untuk melarikan diri. Usaha polis trafik mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pergerakan mat rempit seolah-olah diperlekehkan sehingga ada yang berani merempuh sekatan yang diadakan. Kelicikan mat rempit mengenal pasti jalan-jalan yang selamat juga menyebabkan golongan ini mendabik dada kononnya mereka bijak melarikan diri daripada pengawasan pihak berkuasa. Malahan, anggota polis sendiri pernah menjadi mangsa tindakan melulu mat rempit di mana ada anggota polis yang pernah cedera dan terkorban dalam operasi terhadap mat rempit.
Ganjaran
Biasanya mat rempit terdiri daripada remaja belasan tahun yang masih bersekolah , menggunakan motosikal ibu bapa atau abang-abang mereka. Mereka menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah. Mereka bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat 'hadiah' berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan. Bagi menambah kelajuan motosikal, piston, brek, handle, tayar dan lain-lain diubahsuai.
GELARAN 'MAT REMPIT' SEOLAH PENGIKTIRAFAN
Hentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai 'Mat Rempit' - demikian langkah pertama yang dicadangkan pakar psikiatari terkenal, Prof Mohamad Hussain Habil bagi mengatasi masalah itu.
KESIMPULAN
Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut. Selain mengenakan tindakan tegas ke atas mat rempit, tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi. aktivis sosial termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu memainkan peranan untuk mencapai matlamat menangani gejala merempit. Apa sekalipun, yang pasti, masalah ini kini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah merupakan kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini
'Samseng jalanan' akan menggantikan
istilah Mat Rempit bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti
kepada golongan berkenaan. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul
Aziz Yusof menyatakan bahawa keputusan tersebut dicapai oleh Polis
Diraja Malaysia (PDRM) pada mesyuarat pasukan itu di Pulau Pinang
baru-baru ini. Beliau turut meminta pihak media dan pengeluar filem agar
tidak mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti
keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit
kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga
dengan istilah tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem
aktiviti Samseng Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi
kegiatan tidak bermoral di kalangan belia negara ini.
Pengenalan
Mat Rempit merupakan istilah kepada
penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya
dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala
sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi
merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit.
Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.
Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.
CERITA MAT REMPIT
Teknik menunggang
Teknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa. Semakin bahaya, semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara. Teknik itu seperti willi, baring, berdiri dan sebagainya.
Cabaran
Jalan yang mencabar ialah di selekoh berbahaya, jalan berlubang, berair, berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakan-rakan, musuh dan orang ramai.
Sanggup mati katak
Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintetik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insurans nyawa.
Sekatan jalan raya
Sekatan jalan raya oleh polis trafik lebih menyeronokkan. Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis. Ada juga yang merempuh sekatan jalan raya. Polis trafik yang bersenjata pistol dan kayu cota tidak dipedulikan. Ibu bapa dan masyarakat akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling kayu pada tayar yang bergerak laju untuk melarikan diri. Usaha polis trafik mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pergerakan mat rempit seolah-olah diperlekehkan sehingga ada yang berani merempuh sekatan yang diadakan. Kelicikan mat rempit mengenal pasti jalan-jalan yang selamat juga menyebabkan golongan ini mendabik dada kononnya mereka bijak melarikan diri daripada pengawasan pihak berkuasa. Malahan, anggota polis sendiri pernah menjadi mangsa tindakan melulu mat rempit di mana ada anggota polis yang pernah cedera dan terkorban dalam operasi terhadap mat rempit.
Ganjaran
Biasanya mat rempit terdiri daripada remaja belasan tahun yang masih bersekolah , menggunakan motosikal ibu bapa atau abang-abang mereka. Mereka menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah. Mereka bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat 'hadiah' berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan. Bagi menambah kelajuan motosikal, piston, brek, handle, tayar dan lain-lain diubahsuai.
GELARAN 'MAT REMPIT' SEOLAH PENGIKTIRAFAN
Hentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai 'Mat Rempit' - demikian langkah pertama yang dicadangkan pakar psikiatari terkenal, Prof Mohamad Hussain Habil bagi mengatasi masalah itu.
Beliau memberitahu dengan memberi
gelaran itu kepada mereka, golongan berkenaan akan berasa lebih besar
kepala dan mendorong mereka untuk meneruskan gelagat mereka dengan lebih
kerap dan angkuh.
Mohamad Hussain, yang menerajui Jabatan Psikiatari Universiti Malaya, berkata sebenarnya, remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label 'Mat Rempit' yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat terhadap kegiatan mereka

"Cerita tentang mereka yang sering
tersiar dalam akhbar, majalah, radio dan televisyen juga menjadikan
mereka lebih berazam untuk meneruskan gaya hidup mereka itu kerana ia
memenuhi ego mereka yang kononnya merupakan golongan yang macho dan
berani," katanya
INDIVIDU YANG TERLIBAT DENGAN GEJALA INI
1. Remaja
2. Remaja Bawah Umur dan Masih Bersekolah
1. Remaja
2. Remaja Bawah Umur dan Masih Bersekolah
PUNCA-PUNCA
1. perasaan ingin mencuba
2. tiada kawalan atau perhatian dari ibu bapa
3. kurang kasih sayang keluarga
4. pengaruh kawan-kawan
5. mengisi masa lapang/senggang
6. mendapat kepuasan ekstrem untuk menunjuk-nunjuk
7. mendapatkan habuan atau ganjaran
8. gaya hidup dan taraf pendidikan yang rendah
9. pengaruh filem atau cerita
10. tanda protes

MAT REMPIT JUGA MELAKUKAN JENAYAH SEPERTI:
1. kegiatan gengster
2. rompak berkumpulan
3. pergaduhan
4. laku musnah
5. membunuh
6. kecurian
7. buli
8. rogol
9. seks bebas
10. pengambilan dadah dan alkohol
1. kegiatan gengster
2. rompak berkumpulan
3. pergaduhan
4. laku musnah
5. membunuh
6. kecurian
7. buli
8. rogol
9. seks bebas
10. pengambilan dadah dan alkohol
LANGKAH PENCEGAHAN
• Bagi membanteras gejala lumba haram di ibu negara, polis trafik telah melancarkan operasi besar-besaran dengan lebih 500 mat rempit diperiksa di Dataran Merdeka. Operasi sama turut diadakan serentak di negeri lain iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

• Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan Akta
Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gejala "mat rempit" dan
perlumbaan motosikal haram. Pelajar berumur 15 hingga 19 tahun merupakan
pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu
ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah
untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat
kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas.
• Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit'
mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara
mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda.
Ini berikutan hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang
disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak
lebih daripada lima tahun tidak mampu menyedarkan mereka. Ketua Trafik
Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, cadangan itu yang
kini masih pada peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dibawa ke
Kementerian Pengangkutan sebelum mendapatkan kelulusan."Pihak kita ada
berbincang untuk laksanakan hukuman penjara mandatori bagi samseng
jalanan. Sebelum ini kebanyakan kes, pesalah hanya membayar denda atau
saman, tetapi dengan dikuatkuasakan undang-undang tersebut, semua
pesalah perlu menjalani hukuman di penjara mengikut kesalahan yang
dilakukan," katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini hari
ini. Beliau berkata, bagaimanapun hukuman penjara mandatori itu hanya
dicadangkan bagi samseng jalanan yang berumur 18 tahun ke atas manakala
bagi mereka yang di bawah umur, kumpulan berkenaan masih tertakluk pada
Akta Perlindungan Kanak-kanak. "Kita juga sedang mengkaji supaya
pesalah-pesalah yang di bawah umur dihantar ke sekolah-sekolah juvana,"
katanya. Dalam usaha mencegah kegiatan lumba haram dengan lebih agresif,
beliau berkata, pihaknya akan memperluaskan lagi Skuad 42 yang khusus
menjalankan operasi membanteras lumba haram ke semua kontinjen di
seluruh negara. "Kini ada beberapa kontinjen yang sudah ada skuad 42
seperti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) yang
sememangnya fokus kepada operasi cegah lumba haram. Jadi saya berharap
setiap kontinjen akan mempunyai Skuad 42 mereka masing-masing sebelum
hujung tahun ini," katanya.
• Presiden kelab motosikal "Kelab RD",
Azhanyzam Zakaria pula berpendapat langkah kerajaan itu baik namun masih
belum mencukupi untuk membendung gejala mat rempit atau perlumbaan
motosikal haram ini. Ketika dihubungi, beliau berkata kerajaan juga
perlu menimbangkan untuk mewujudkan satu lagi litar lumba yang
dirasakannya strategik iaitu di Bukit Jalil selain mengenakan tindakan
tegas kepada mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram. Azhanyzam
berpendapat pembinaan litar lumba di Bukit Jalil berhampiran Kuala
Lumpur mungkin mampu mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di
jalan raya ibu kota. "Kalau di Bukit Jalil, dekatlah sikit berbanding
Sepang. Mereka ini tak mahu tempat yang jauh. Sekiranya kerajaan sudah
menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti dan kalau mereka
masih lagi berlumba haram di luar, kenakan sahaja tindakan tegas
terhadap mereka. "Tindakan merampas motosikal bukanlah satu tindakan
yang baik, sebaliknya akan mengundang jenayah lain iaitu mencuri
motosikal. Kita kena tahu kebanyakan mereka ini datang daripada golongan
keluarga bermasalah serta hidup dalam kemiskinan," katanya. Azhanyzam
juga berpendapat tindakan undang-undang yang lebih ketat harus meliputi
pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman pembelian motosikal
bagi merekayang disabitkan kesalahan.
• Bagi menangani isu mat rempit,
pelbagai saranan dalam bentuk meminda peraturan dan undang-undang jalan
raya hendak dilakukan. Tetapi akhirnya, apa guna segala undang-undang
yang digubal jika tidak ada penguatkuasaan dilakukan. Walaupun mungkin
sesetengah anggota masyarakat sudah bosan dan letih dengan karenah mat
rempit, tetapi kerajaan harus terus berusaha dan serius mewujudkan
kesedaran dan membina akhlak mulia di kalangan remaja agar tidak
terjebak dengan gejala ini. Kempen membanteras gejala mat rempit selama
ini hanya sia-sia kerana tidak mendapat sokongan ibu bapa serta
masyarakat. Kegagalan kawalan dan kurang perhatian ibu bapa menyebabkan
anak-anak mereka sanggup menggadai nyawa di jalan raya. Kerajaan perlu
terus serius mengadakan kempen berterusan untuk memberi kesedaran kepada
golongan muda supaya sayangkan diri dan tidak menggadaikan nyawa di
atas jalan raya. Selain pendekatan lembut, pendekatan keras juga perlu
dilakukan. Tiada istilah kompromi untuk menangani golongan mat rempit
yang menunggang motosikal secara berbahaya.
• Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan
menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) bagi membanteras gejala mat rempit yang kian berleluasa sejak
kebelakangan ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata,
pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan JPJ berhubung usaha
meningkatkan kerjasama itu, baru-baru ini. Menurutnya, kerjasama antara
dua agensi penguat kuasa itu perlu disebabkan JPJ mempunyai beberapa
keistimewaan yang tidak ada pada pasukan polis.
HUKUMAN
Lumba Haram
Bil 1.
Kesalahan Menaja/menyertai lumba haram.
Seksyen/ Kaedah Kesalahan Seksyen 81
Seksyen/ Kaedah Hukuman Seksyen 81(2)
Seksyen 81(3)
Kadar Kompaun Mahkamah
Kadar Mahkamah Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara dan lesen digantung satu bulan. Sabitan kedua denda RM 5000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya dan lesen digantung selama 3 tahun.
Lumba Haram
Bil 1.
Kesalahan Menaja/menyertai lumba haram.
Seksyen/ Kaedah Kesalahan Seksyen 81
Seksyen/ Kaedah Hukuman Seksyen 81(2)
Seksyen 81(3)
Kadar Kompaun Mahkamah
Kadar Mahkamah Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara dan lesen digantung satu bulan. Sabitan kedua denda RM 5000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya dan lesen digantung selama 3 tahun.
KESIMPULAN
Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut. Selain mengenakan tindakan tegas ke atas mat rempit, tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi. aktivis sosial termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu memainkan peranan untuk mencapai matlamat menangani gejala merempit. Apa sekalipun, yang pasti, masalah ini kini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah merupakan kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan