Jumaat, 4 November 2011

PANDUAN BERDOA.

Rasulullah saw bersabda: Perbanyakanlah berdoa dan mintalah agar orang-orang mendoakan kebaikan untukmu, kerana sesungguhnya seorang hamba itu tidak mengetahui melalui lisan siapakah doanya dmakbulkan atau ia diberi rahmat. (HR. Al Khathib melalui Abu Hurairah r.a)

HR. Abu Hurairah r.a, Rasulullah Saw bersabda: Allah SWT berfirman:
Sesiapa tidak berdoa kepada-Ku, Aku murka kepadanya.

Tempat dan masa doa makbul Allah terima doa antaranya ialah selepas solat fardhu, di antara azan dan qamat, semasa hujan, masa ayam berkokok. Doa selepas wudu’ gugurkan dosa. Doa dalam hati, dalam sujud juga makbul.
Daripada Anas bin Malik berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : “Doa di antara azan dan iqamah tidak akan ditolak. Berkata para sahabat: “Maka apa yang patut kami katakan wahai Rasulullah (ketika itu)?” Nabi bersabda: “Pohonlah kepada Allah keafiatan di dunia dan di akhirat.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
“Doa apakah yang lebih didengar (dikabulkan)?” Nabi bersabda: “(Doa tatkala) satu pertiga terakhir malam dan sesudah sembahyang fardu.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)
Adab dan cara doa
Berdoa secara senyap (perlahan) dan khusyu’ Allah terima dan lebih afdal. Allah bukan pekak atau tuli kata Nabi, Tuhan sentiasa bersama kamu:-
Hai manusia, tenangkanlah diri kamu, sesungguhnya kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang gaib, sesungguhnya kalian sedang berdoa kepada Tuhan Yang maha Mendengar lagi Maha Dekat; Dia selalu bersama kalian (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)
Doa secara perlahan dan cakap perlahan itu satu penghormatan. Orang yang merendahkan suara itu lebih bertaqwa dan mendapat keampunan dan pahala.
Sunnah Nabi berdoa pendek dan kemas (padat) seperti (Rabbana atina fiddunya hasanah…)“
Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyukai doa yang menyeluruh maknanya dan dia tinggalkan selain daripada itu.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Doa yang paling banyak Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam baca sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu berkata maksudnya :“Adalah doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang terbanyak sekali (Baginda baca ialah): “Ya Allah! Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami daripada azab api neraka.”
Jaga makan dan minum, syarat Allah terima doa.
Rasulullah menyebutkan berkenaan seorang lelaki yang melakukan perjalanan yang jauh, yang kusut rambutnya lagi berdebu, dia menadahkan tangannya ke langit sambil (berkata): “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku (berdoa), (padahal) makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram,bagaimana doanya itu hendak dimakbulkan?”(Hadis riwayat Muslim)
Berdoa semas sujud secara bersungguh-sungguh Allah terima.Kalau nak berdoa dalam sujud, buatlah selepas solat. Jangan didalam solat kerana dalam solat hanya boleh baca tasbih (subhana rabbiyal a’la) semasa sujud.
Angkat tangan jangan lebih paras muka. Rapatkan tangan.
Tertib bila berdoa:-
  • Puji Allah (Al-hamdulillah…)
  • Selawat
  • Mintalah apa apa hajat, doa
  • Selawat
  • Puji Allah
Berdoalah antara dua selawat kerana Selawat itu penembus hijab doa ke langit.
Daripada Anas Radhiallahu ‘anhu berkata:“Setiap doa itu terhalang sehinggalah diucapkan selawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.” (Hadis riwayat Ad-Dailami)
Adab berdoa juga ialah doa yang terpancar dari hati yang ikhlas, bersungguh-sungguh, jangan putus asa, ulang-ulang pada saat yang berkat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu maksudnya :“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin diperkenankan dan ketahuilah Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai serta tidak sungguh-sungguh.”
Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (riwayat Imam al-Bukhari).
Sesungguhnya Allah Ta‘ala menyukai orang-orang yang mengulang-ngulang di dalam berdoa.” (Hadis riwayat Baihaqi)
Menangislah semasa berdoa, setidak-tidaknya buat-buatlah menangis. Doa diterima bila yang ada jadi tiada (cth penyakit) atau yang tiada jadi ada (cth rezeki).Semua berlaku dengan izinnya bukan secara kebetulan. Orang kafir berjaya bukan sebab doa mereka diterima tapi sebab Allah dah tentukan bahagiannya (kecuali kafir yang teraniaya.
Cepat atau lambat doa diterima bergantung pada Allah dan juga bergantung pada banyak atau sedikit dosa orang yang berdoa itu. Ada orang taubat 30 tahun baru Allah terima. Nabi Musa berdoa 30 tahun barulah Firaun mati. Tanpa doa dan usaha Allah tidak akan baiki nasib. Allah beri kemudahan untuk sesorang itu jadi apa yang dikehendakinya.
Ada juga doa yang tidak diterima semasa di dunia ini tetapi diberi pahala di akhirat nanti. Ketika itu orang yang doanya diterima berkata “alangkah baiknya jika doa aku tidak diterima dulu”.
“Tiada seorang muslim berdoa dengan satu doa, bukan doa yang mengandungi dosa dan bukan doa yang memutuskan silaturrahim, melainkan Allah akan mengurniakan dengan doanya itu salah satu daripada tiga perkara: sama ada dipercepatkan (disegerakan) baginya doanya itu, atau disimpan baginya pahala doanya itu di akhirat (sebagai balasan), atau dihindarkan daripadanya sesuatu keburukan seumpamanya. Mereka berkata: “Kalau begitu baiklah kami memperbanyakkan doa”. Bersabda Nabi: “Allah lebih banyak menerima doa hamba-hambanya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin