Jumaat, 11 November 2011

PENDIDIKAN SEKS MULAI TAHUN DEPAN.

Mungkin ya dan mungkin juga tidak.
Meneliti paparan berita di malaysia.news.yahoo.com pagi tadi tentang pendidikan seks yang akan dimulakan mungkin secara lebih menyeluruh bermula tahun depan membangkitkan satu rasa ingin berkongsi dan membaca pendapat sahabat-sahabat semua.
Untuk sama-sama kita mendapat manfaatnya, saya pecah-pecahkan kepada beberapa tajuk kecil. Moga ada manfaat dari perkongsian ini.
Sejarah pendidikan seks di Malaysia
  • Mengikut kenyataannya, panduan pendidikan seks telahpun diluluskan oleh Jemaah Kabinet pada tahun 2006 tapi tidak dilaksanakan sepenuhnya ——> kenapa sekarang baru perlu diperluaskan?
  • Silibus – hanya berkisar tentang sistem reproduksi dalam kelas Sains —–> Siapa antara kita dalam kelas Sains masa kanak-kanak riang dulu? Apa yang kita belajar masa kelas sains bila masuk bab sistem pembiakan?
Kenapa wujudnya pendidikan seks?
Sudah pasti sebab wujudnya pelbagai gejala kurang sihat, antaranya;
  • Melayari laman web lucah
  • Hubungan seks sebelum kahwin
  • Buang bayi
  • Jangkitan penyakit berbahaya seperti AIDS
  • Kes kanak-kanak/pelajar dicabul@dirogol
  • Lari dari rumah
  • Bunuh diri dan sebagainya
Apa agaknya yang tidak kena dengan panduan pendidikan seks sekarang?
Berdasarkan pembacaan dan pengalaman, sila tambah jika ada. Mungkin anda setuju atau tidak setuju. Terpulang pada pandangan masing-masing.
  • Kalau masih ingat dan tak silap saya, dalam Tingkatan 3 ada silibus sistem pembiakan. Di sini, baru kita belajar perihal sistem pembiakan lelaki dan perempuan, kitaran haid (hafal saja masa tu..), dan semuanya dipelajari dalam masa yang teramat singkat. Mengapa?
  • Guru-guru yang tidak terlatih. Ada dakwaan yang guru-guru (kalau masa saya, Cikgu Biologi yang ajar bab-bab ni..) yang diberi tanggungjawab untuk subjek ini tidak terlatih dan malu, malahan ada yang ‘tidak sampai hati’ untuk menyebut perkataan seks mahupun kondom di dalam kelas. Adakah guru berasa tidak selesa?
  • Mungkin ketiadaan penglibatan guru-guru agama dalam sistem pendidikan seks.
  • Kekurangan@ketiadaan penglibatan pakar@ulama’ dalam menggubal panduan pendidikan seks sebelum ianya diimplimentasi. Mungkinkah berlaku?
  • Apakah panduan yang mendasari sistem pendidikan seks ini? Acuan dari panduan barat yang kemudiaannya diolah atau bagaimana?
Maka, perlukah kita kepada pendidikan seks di sekolah seawal tahun satu?
Secara peribadi saya rasa ianya KURANG WAJAR. Kenapa?
  1. Faktor keberkesanan – Pendidikan seksualiti yang super power berkesan sepatutnya bermula di rumah dan bukannya di sekolah. Saya yakin, masih ramai ibubapa yang bersikap konservatif yakni yakin anak mereka faham dan mengerti dengan sendirinya. Berfikiran yang anak remaja mereka sudah pandai jaga diri sendiri. Luangkan masa untuk bercakap dan menjadi teman serta motivator mereka, bukannya tempat terakhir mereka untuk mengadu!
  2. Peranan ibubapa – Sememangnya pelajar sekarang lebih banyak masanya dihabiskan di sekolah (pagi kelas rasmi, diikuti kelas sukan, kelas tambahan, berpersatuan dan lain-lain aktiviti). Dengan ini, ibubapa/abang/kakak wajib main peranan yang lebih baik. Dekatkan diri dengan mereka untuk bertanya apa saja aktiviti mereka di luar pandangan kita. Siapa kawan mereka, siapa guru sukan, guru disiplin dan lain-lain.
  3. Faktor pengaruh – Siapa contoh terbaik untuk anak-anak kalau bukan ibubapa sendiri? Setuju tak? Maka, bagaimana caranya ibubapa untuk berhadapan dengan situasi ini juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Mungkin juga perlu ada kelas tambahan untuk ibubapa yang memerlukan bimbingan.
  4. Faktor teknologi – Tidak wajar kemudahan teknologi yang ada dipersalahkan. Semuanya kini dihujung jari! 1klik 1dosa. Semudah itu bukan? Ibubapa wajib memantau kegiatan anak-anak di internet. Periksa history laman web yang dilayari dan lagi senang, install web blocker. Budak-budak sekarang memang advance! Setuju?
  5. Faktor sosial – Kita dulu-dulu biasa juga bermain getah ‘zero point’ dengan kawan-kawan perempuan atau berlawan bola baling, tapi hanya setakat itu! Sekarang? Budak darjah 4 pun sudah pandai bermain cinta! Facebook tak payah cakaplah! Blog?? Maka, cara bersosial yang betul perlu diperkenalkan kepada anak-anak/adik-adik bermula di rumah, barulah secara automatiknya ia dibawa ke luar rumah. Anak-anak itu cerminan ibubapa.
  6. Beban tambahan – Pasti akan ada banyak kursus@seminar yang perlu dihadiri para guru. Rasanya, cukuplah dengan seribu bebanan yang mereka tanggung. Berilah mereka ruang untuk benar-benar fokus pada tugas mereka. Lagipun, biarlah mereka yang paling rapat dengan anak-anak untuk bercakap soal pendidikan seks. Setuju?
Jesteru, ada alternatif lain selain pendidikan seks?
Sudah tentu dan ia adalah pilihan yang paling utama iaitu PENDIDIKAN AGAMA ISLAM!
Secara peribadi juga, saya rasa waktu pembelajaran Pendidikan Agama Islam perlu dipanjangkan dan diberi keutamaan. Mungkin selepas ini, matapelajaran PAI perlu menjadi matapelajaran wajib lulus setanding matapelajaran Sejarah dan lain-lain (atau memang sudah wajib lulus??? Betulkan jika saya silap…).
Nampaknya tahun depan, jangan terkejut bila anak anda pulang ke rumah bertanya perihal yang pelik-pelik. Bersediakan kita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin