Jumaat, 11 November 2011

PENDIDIKAN SEKS PERLU DI AJAR DI SEKOLAH RENDAH.

Ura-ura menyatakan bahawa pendidikan seks akan diajar di sekolah. Mungkin di peringkat menengah. Draf untuk merangka silibus pelajaran masih dalam perhatian pihak tertinggi Kementerian Pendidikan Negara. Mungkin di ajar dalam masa terdekat,10 tahun akan datang mahupun tidak diajar langsung. Bergantung pada kerajaan juga. Perkara sebegini mungkin tidak diambil pusing lagi disebabkan Malaysia akan pilihan raya tidak lama lagi.
Persoalan utama yang menjadi perbualan hangat golongan lelaki di kedai kopi,warga suri rumah di ampaian,kumpulan remaja belasan tahun di shopping complexs,dan bakal menjadi guru di tempat penginapan maktab-maktab seluruh negara serta para guru sendiri juga membincangkannya di bilik guru pada waktu senggang. Persoalan itu adalah “Wajarkah Pendidikan Seks Diajar Di Sekolah?”

Dengan pelbagai latar masyarakat membincangkan perkara ini,sudah semestinya akan ada perbezaan pendapat,berbeza point of view dan berbeza corak perbincangannya.Semestinya ada pro dan kontranya. Di sini,saya menulis berdasarkan point of view seorang remaja yang telah menamatkan alam persekolahan dan apa yang saya tahu tentang seks.Perbualan yang seiring akan menyenangkan manakala perbezaan pandangan menjadikan perbualan itu menarik.
Golongan yang menentang
Golongan yang akan menentang pendidikan seks ini dapat saya simpulkan terdiri dari 3 jenis golongan. Pertama golongan veteran,kumpulan ahli agama dan golongan berpendidikan barat. Mereka ini pasti akan menyuarakan penentangan mereka sama ada secara halus mahupun secara terbuka. Golongan veteran yang saya maksudkan adalah golongan yang lebih tua dari saya terdiri dari ibu bapa,ilmuan,sarjana pendidikan dan lain-lain. Kumpulan pendidikan Barat adalah mereka yang pernah belajar di negara-negara Barat pada masa dahulu mahupun kini.
Jika saya dalam golongan mereka,point-point yang akan/boleh dibangkitkan adalah
1-seks adalah sesuatu yang peribadi untuk diajar secara terbuka -ibu bapa
2-pendidikan seks akan memporak-perandakan masyarakat – golongan ahli agama
3-gejala maksiat waktu dahulu kurang disebabkan remaja zaman dulu tidak terdedah – orang tua-tua
4-pendidikan seks akan menjadikan remaja kita seperti remaja barat yang bebas berseksual -kumpulan pendidikan barat
5-kerangka pelajaran seks tidak sesuai dengan adab ketimuran dan tatasusila Melayu-ilmuan dan sarjana pendidikan
Seks adalah perkara peribadi
Seks sewajarnya perkara peribadi seseorang individu. Dan tidak wajar sekiranya ia menjadi bualan terbuka di tempat awam. Perkara ini mungkin mendapat tentangan dari sesetengah ibu bapa yang merasakan tidak patut diajar pendidikan seks di sekolah kerana malu untuk menjawab sekiranya anak-anak bertanya kepada mereka. Ada juga ibu bapa yang terbuka dalam membincangkan masalah seksual dengan anak-anak mereka. Bagi penulis,hal ini merupakan kelemahan ibu bapa itu sendiri dalam menangani situasi itu.Mereka kekurangan ilmu keibubapaan dalam mengajar anak-anak apa itu erti seks yang sebenarnya. Bagaimana anda mahu menerangkan pada anak-anak sekiranya baru berumur 12 tahun sudah pandai bertanya macam-macam? Tidak perlu saya tulis di sini..anda boleh rujuk blog-blog keluarga untuk rujukan kekeluargaan dan tips-tips keibubapaan.
Masyarakat pincang dengan gejala zina
Golongan ahli agama akan berucap bahawa dengan pendidikan seks akan melahirkan remaja yang tahu untuk cover dalam melaksanakan maksiat. Akan tahu cara-cara untuk mencegah kehamilan dan dapat berbuat seks bebas dengan lebih selamat. Kan diajar di sekolah..Dengan wujudnya maksiat dalam masyarakat,hidup kemasyarakatan kita akan pincang dan porak peranda dengan gejala yang berlaku.Perkara ini memang tidak dinafikan.
Dalam Al-Quran sendiri menyatakan bahawa seks itu adalah fitrah manusia. Jika tidak disalurkan akan merosakkan jiwa manusia itu sendiri. Tetapi Allah telah menggariskan panduan yang mendapat keredhaannya untuk menyalurkan nafsu itu dengan berkahwin. Telah Allah berfirman juga bahawa hukuman untuk golongan yang berzina adalah hukuman rejam sehingga mati untuk yang dah berkahwin dan sebat 100 kali untuk yang belum berkahwin. Sebenarnya bukan salah golongan agama untuk membendung kejadian ini,tetapi diri mereka sendiri yang tidak mahu memahami isi kandunngan al-Quran. Bukankah pendidikan seks diajar dalam al-Quran? Adakah kita mahu melarang anak kecil kita daripada membaca ayat-ayat-Nya yang mengajar manusia perilaku seks?
Dulu mana ada masalah pergaulan bebas!!
Benarkah sewaktu zaman nenek-nenek kita dahulu kurang gejala  seks bebas ini? Perkara ini menarik untuk dibongkarkan. Bagi penulis,sama sahaja tidak kira zaman apa pun.Jika dahulu,ada zaman POP YEH YEH,zaman ROCK KAPAK dan sebagainya. Pergaulan seks bebas ini terjadi di setiap zaman. Perebutan antara anak Adam juga adalah untuk memenuhi nafsu dengan memilih saudara perempuan yang lebih cantik untuk disunting sebagai isteri.
Ya,saya tidak nafikan dulu mana ada pergaulan bebas. Tetapi fikir luar kotak sikit. Waktu dahulu,perkara begini tidak menjadi tumpuan masyarakat kerana negara sedang bersiap sedia untuk merdeka. Perlu menangani ancaman komunis dan jika lebih awal,terlibat dengan penjajahan Jepun dan British. Kebuluran,peperangan,penindasan,politik dan ekonomi menjadi tajuk akhbar utama masa itu. Berbanding masa kini,akses internet,media cetak,radio,telefon selular dan pelbagai alat perhubungan lain menjadikan mudah untuk anda ditangkap basah sekiranya anda buat gejala sumbang ini di xxxxxx. Kemudian,di sensasikan pula oleh media-media untuk mendapat rating tertinggi bagi melariskan jualan akhbar. Jika ditanya,katanya tanggungjawab masyarakat kononnya. ‘kita perlu membongkarkan perkara ini agar masyarakat kita sedar bla bla bla…’ jika benar pihak terbabit benar-benar mahu melaksanakan tanggungjawab social,bukan begitu caranya.
Berbalik pada cerita asal,zaman dulu kemudahan media agak kurang dan penyebaran berita sebegini agak terhad,hanya berita meniti bibir ke bibir penduduk kampong sahaja. Paling jauh sehingga kampong sebelah sahaja. Tindakan yang diambil untuk orang yang ditangkap basah ini adalah dinikahkan,kalau yang dah berkahwin tu rasa-rasa penulis akan dibelasah oleh penduduk setempat. Cuma yang baiknya adalah zaman dahulu tiada masalah buang bayi seperti sekarang yang lebih kejam dari binatang.
Remaja kita akan lebih kebaratan berbanding orang Barat..
Remaja kita akan menjadi seperti remaja barat yang mengamalkan seks bebas antara mereka disebabkan beberapa factor. Pertama sekali mereka bakal mengetahui apa itu seks dan seterusnya akan membuat percubaan untuk merasainya. Jika lebih terkehadapan,mereka juga tahu cara-cara untuk mencegah kehamilan kerana perkara ini pasti diajar dalam silibus. Di negara barat,di mana pendidikan seks diajar secara terbuka menyebabkan kumpulan remaja berani untuk mengambil praktikal seks beralasan pengetahuan am untuk pembelajaran. Hingga akhirnya,seluruh masyarakat tidak dapat membendung perkara ini lagi di mana zina adalah perkara biasa dalam masyarakat.kissing
Adab ketimuran kita lebih bersopan santun dan disulami pula oleh agama Islam yang membataskan aurat antara lelaki dan perempuan. Hal ini bermakna,remaja kita masih terjaga. Tetapi yakinlah dalam masa 10 tahun mendatang,remaja kita juga akan terikut dengan budaya Barat yang lepas bebas dalam pergaulan.Golongan pendidikan Barat ini juga terdedah dengan budaya ini dan mereka tahu baik buruknya sekiranya sistem pendidikan kita diajar matapelajaran seks. Membendung lebih baik dari mengubati.
Adab ketimuran akan terhakis,adab Melayu akan terkikis.
Suasana masyarakat kita yang kaya dengan adab resam dan budaya yang menerapkan norma kehidupan dan nilai murni memberi suatu garis panduan bagaimana seharusnya lelaki dan perempuan bergaul. Tiada tertulis dalam mana-mana akta,tiada terpahat di mana-mana batu bersurat,tiada digubal dalam mana-mana undang-undang. Itulah adab resam kita yang kita warisi turun temurun. Semua lapis masyarakat ambil maklum akan hal ini dan mereka mengikut norma yang dilakukan dalam masyarakat terdekat. Tetapi pada zaman moden ini,nilai-nilai masyarakat kita makin terhakis dek kerana budaya pembawaan Barat selain atas kehendak individu yang memberontak untuk keluar dari belenggu keTimuran ini. Tambahan pula,dengan penghantaran pelajar kita ke luar negara juga akan membawa pulang budaya hedonism ini ke Malaysia.
Para ilmuan dan sarjana pendidikan kita akan menegaskan bahawa kita perlu bermula dari sistem pendidikan yang bertunjangkan nilai masyarakat kita sendiri untuk mengekang pengaruh ini. Jika suatu masa dahulu,ahli bahasa,ilmuan dan sarjana pendidikan begitu menentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains,kini tidak mustahil mereka juga akan membangkitkan perkara yang sama. Sistem pendidikan kita mesti berpaksikan Ketimuran,bukan menghala ke Barat.
********
Perkara di atas mungkin berbangkit sekiranya pelbagai pihak memberi perhatian pada perkara ini. Sedarlah bahawa sistem pendidikan yang akan mengemudi hala tuju negara pada masa mendatang.Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebelum terlambat untuk kita memperbetulkan keadaan,eloklah sekiranya kita sebulat suara membincangkan hal yang bakal merubah corak masyarakat kita 25 tahun lagi.
Berikut adalah golongan yang akan menyokong pendidikan seks disumbat dalam kepala pelajar sekolah kita..
1-Penindasan seksual semakin menjadi-jadi terhadap wanita-KeKKWa [Kementerian Keluarga,Kemasyarakatan dan Wanita]
2-Penularan STD akan dapat dibendung-Kementerian Kesihatan
3-Remaja kita akan lebih mengetahui apa itu seksual-masyarakat terbuka
Wanita menjadi mangsa
Statistik menunjukkan kes jenayah seksual membabitkan wanita semakin meningkat dengan peratusan pertambahan yang membimbangkan. Kes-kes rumah tangga juga semakin mendapat perhatian KeKKWA dan ini menjadi tanggungjawab kementerian untuk membantu. Kementerian amat menyokong pendidikan seks diajar bagi membolehkan kedua-dua gender sedar dan faham apakah tugas mereka yang sebenarnya. Wanita akan lebih mengetahui hak-hak mereka sebagai insan yang lemah berbanding lelaki manakala kaum Adam akan tahu apakah batas-batas yang perlu mereka patuhi bagi memenuhi hasrat kementerian untuk membantu kaum wanita di seluruh pelosok negara.
Tetapi sedarkah kita bahawa penyumbang gejala rogol,cabul dan perkosa juga dari pihak wanita. Jika mahu menuding jari,mudah sahaja kita. Satu menghala ke salah orang,4 jari menunjukkan diri kita sendiri. Pakaian seksi,liuk lentuk manja,memujuk merayu dan pelbagai lagi ragam wanita yang mampu menarik perhatian lelaki. Sedarlah bahawa nafsu lelaki bukan seperti wanita. Jika beralasan,bukan semua wanita sama,kaum lelaki juga boleh menggunakan hujah yang sama. Tidak semua lelaki itu perogol. Jadi kedua-dua pihak perlu memuhasabah diri. Tidak perlu saya huraikan di sini.
Hasrat KeKKWA itu adalah sesuatu yang murni. Dilihat melalui kaca mata pihak kementerian sendiri. Semuanya ada pro dan kontra yang perlu dikaji sedalam-dalamnya. Dengan harapan,hak-hak wanita akan lebih terjaga,maka kementerian akan menyokong usul ini habis-habisan. Pendidikan Seks di sekolah akan disokong 100%.
Sexual Transmitted Diseases
seks educationSebagai seorang remaja,adakah anda tahu apakah itu STD? Seperti yang ditulis di atas,STD adalah Sexual Transmitted Diseases. Penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Terdapat pelbagai penyakit yang bakal terjadi sekiranya kita mengamalkan seks rambang. Antara yang umum diketahui kebanyakan orang adalah HIV. Amat popular. Bagaimana dengan penyakit lain seperti Sypphilis,Gonorea, Non-gonococcal urethritis (NGU) , Vaginal candidiasis, Genital herpes,Trichomoniasis? Adakah anda tahu adanya penyakit kelamin ini?
Kementerian Kesihatan pasti mahu menyalurkan maklumat ini kepada remaja agar tidak mengambil sikap sambil lewa dengan STD ini kerana ia mampu meragut nyawa. Kempen kesedaran tentang STD ini jika tidak salah,telah di masukkan dalam salah satu pembelajaran di PLKN seluruh negara. Tetapi tidak semua remaja 17 tahun yang berpeluang dikerah ke Khidmat Negara. Jadi alternative yang seterusnya adalah dengan mengajar dalam silibus Pendidikan Seks di sekolah seluruh negara.
Jika tidak diberi pendedahan awal,berkemungkinan kerajaan akan menanggung kos yang besar dalam memberi rawatan yang sempurna. Manakala masyarakat pula akan menyalah pihak kementerian sekiranya gagal memberi perkhidmatan terbaik dalam menangani penyakit ini. Sehubungan dengan itu,kementerian menyokong penuh sekiranya masyarakat diberi pendedahan tentang bahana penyakit ini kepada mereka. Bagaimana untuk mencegah,mengubati dan seterusnya mengetahui beberapa perkara yang berkaitan. Hal ini berkait rapat tentang bagaimana seharusnya kita mendidik masyarakat kita.
Remaja akan lebih berpengetahuan
Pelajaran seks merupakan satu pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh remaja kita. Perkara ini merupakan satu wadah pendidikan yang perlu kita beri secara formal. Tidak melalui pembacaan dan selongkar atau tahu sendiri sendiri sahaja. Umum mengetahui bahawa seks akan diketahui secara tidak langsung apabila seseorang itu meningkat remaja. Seks adalah naluri dan fitrah semulajadi manusia. Manusia akan mengetahuinya dengan semulajadi berdasarkan pemerhatian dan pembelajaran daripada alam.
Jika sebelum ini pun ,kes zina dan pergaulan bebas berlaku dengan berleluasa-itu sebelum subjek ini diperkenalkan.Natijahnya,dengan adanya didikan formal di sekolah,ia diibaratkan seperti orang mengantuk disorongkan bantal,dan pucuk dicita,ulam mendatang. Anda tentu faham bukan perumpamaan ini? Kerajaan akan memberi tuisyen efektif  kepada remaja sekiranya perkara pokok ini dilaksanakan di sekolah.
Pendapat sesetengah masyarakat memang betul dan perlu di sokong. Mereka bimbangkan anak-anak mereka yang tidak berpengetahuan seks daripada menjadi mangsa si hidung belang mahupun si miang. Mereka beranggapan dengan didikan seks ini,maka anak mereka akan lebih selamat sekiranya mengamalkan pergaulan bebas. Rasanya,keluarga yang terbuka dan menerima perkara sebegini kebiasaannya daripada golongan berada,tinggal di kawasan bandar mahupun golongan yang mengikuti arus permodenan Barat. Masyarakat kampong,kuat didikan agama dan bertunjangkan budaya dan adat resam pasti memandang jelak dengan perkembangan terbaru ini.
*****
Golongan yang menyokong usul ini mengemukan hujah yang rasional. Tidak sepatutnya kita menolak mentah-mentah. Sebaliknya ,dengan fikiran matang dan logic,pendapat mereka ini merupakan satu manifestasi demi kebaikan seluruh pelajar di sekolah-sekolah Malaysia.
Golongan yang tidak kisah,tidak ambil pusing,bermuka-muka dan berkepentingan peribadi dalam hal ini adalah
1-Silibus untuk subjek ini perlu menyeluruh dan meliputi semua aspek kaedah pembelajaran. Jadikan ia dalam banyak modul.-pelobi dan industry
2-Sekiranya matapelajaran ini di ajar,kita akan lebih terkehadapan dari segi keilmuan bla bla bla bla -ahli politik
3-Saya tidak kisah,tetapi sekiranya di ajar juga akan membebankan saya kerana banyak lagi mata pelajaran lain yang perlu ditelaah-pelajar
4-Apa? Nak tambah subjek lagi? Guru yang ada sekarang pun tak cukup,nak menambahkan beban kami lagi la tu..-guru-guru dan bakal guru
5-Buatlah apa pun,saya tidak kisah dan tidak berminat dengan perkembangan negara ini-masyarakat atas pagar
Lebih tebal,lebih banyak modul adalah lebih bagus!
Dahulu,tidak jauh terkebelakang,hanya dalam beberapa tahun ini sahaja di mana kerajaan telah mengumumkan subjek Sains Dan Matematik di ajar dalam English. Perkara ini juga telah dilaksanakan oleh kerajaan dengan jayanya. Jika anda adalah pelajar yang sempat belajar dalam era PPSMI -Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam English- anda telah dihidangkan dengan pelbagai modul. Antaranya buku teks teori,buku teks amali,vcd dan slide. Banyak bukan. Untuk satu subjek sahaja sudah ada 4 jenis modul pengajaran dan pembelajaran. Bayangkan untuk subjek Biologi,Kimia,Fizik dan Sains.
Pelobi dan industry mahu pendidikan seks ini dilaksanakan kerana mereka yang akan kenyang dengan pemberian tender bagi menerbitkan buku,mencetak teks,penyedian modul pembelajaran dan pelbagai lagi kerja yang akan memenuhkan tembolok mereka. Untung pasti mencecah angka juta-juta ringgit. Jika ada amalan nepotisme,rasuah dan kronisme..fuhh,pasti puluh juta punya untung ni.
Bayang jika anda mendapat tender untuk membekal buku teks ini ke sekolah di bahagian utara tanah air. Wahh..untung besar bukan!? Sudah terang lagi bersuluh,jika anda dalam industry percetakan mahupun pembekal,pasti anda mahu perkara ini dilaksanakan bukan. Apa yang anda peduli tentang implikasi yang bakal berlaku terhadap masyarakat kita. Itu bukan perkara penting yang perlu difikirkan untuk syarikat anda. Anda perlu memikirkan keuntungan untuk membayar gaji pekerja anda.Itu yang penting sekali.
Pendidikan seks? Bagus sebenarnya kerana bla bla bla…
Ahli politik yang berkepentingan peribadi dan berhujah dangkal pasti mahu mengeksploitasikan perkara ini untuk mendapat sesuatu kepadanya. Bagaimana sekiranya dari pemimpin tertinggi negara? Sama sahaja sesiapa pun sekiranya dia berhujah atas pentas politik,dia tidak menggambarkan perkara yang sebenar. Jika benar-benar ikhlas untuk membina bangsa,memberi enigma dan menguatkan hujah,ahli politik seharusnya bersama golongan-golongan yang dinyatakan di atas. Jika dia tidak menyokong,boleh usulkan di dewan parlimen. Atau menjadi sebagai seorang bapa dengan menghadiri mesyurat agung PIBG. Mahupun, menjadi seorang ahli masyarakat berdasarkan didikannya. Jika dia ulamak,maka cara ahli agama. Jika dia pendidikan Barat,acuan Baratlah. Jika dia bekas ahli perniagaan,cara businessman lah.
Keihkhlasan yang dipancarkan oleh ahli politik akan lebih bersinar sekiranya mereka berucap bukan atas pentas politik. Sebagai contoh,Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berdiri sebagai seorang menteri telah memberi hujah yang bernas berhubung dengan perkara ini. Anda boleh membaca wawancaranya di akhbar MINGGUAN MALAYSIA tarikh 8 Ogos 2010 di muka surat 7. Menarik untuk kita membaca buah fikiran yang diutarakan oleh beliau. Hal ini mencerminkan fikirannya yang berfikiran luas dan berpandangan jauh.
girls
“Pelajar lelaki menjadi lebih miang.” kata pelajar perempuan.
“Apa! Nak ajar subjek seks pula!? Masuk exam tak? Pelajaran yang sedia ada pun saya tak study, inikan pula nak tambah pendidikan seks pula. Wajib ambil ker? “
“Huh,geram betul ngan pelajar lelaki,time PS ajer,semua segar bugar. Asyik bising galak ajer dalam kelas. Benci betul.” Kata Salmah kepada rakan baiknya,Anita.
Reaksi daripada pelajar adalah pelbagai. Ada yang tidak kisah,ambil peduli sikit-sikit mahupun ‘lantaklah’. Apa yang pelajar kisahkan sekiranya matapelajaran ini tidak dimasukkan ke dalam peperiksaan. Jika sekiranya dimasukkan sebagai exam tambahan pun,tidak perlu study kerana semua sudah ambil maklum dan expert hal-hal seksual ni. Betul tak? Janganlah sehingga ada praktikal pula. Pasti akan ada remaja yang memberi alasan,’buat amali subjek Pendidikan Seks’ sekiranya kantoi berasmara di sekolah.
Seperti yang dinyatakan,data statistic akan menunjukkan bahawa waktu paling kurang pelajar tidur adalah pada waktu PS. Semuanya segar bugar dan terjegil biji mata. Apatah lagi sekiranya diajar oleh guru berpengalaman. Anda pasti sudah boleh bayangkan bagaimana keadaan kelas anda apabila tiba waktu PS ini kan?
Beban guru akan bertambah.
Penambahan mata pelajaran bermakna akan menggunakan tenaga sumber manusia bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya hal ini dilaksanakan dengan tergesa-gesa tanpa perbincangan yang sepatutnya,pelbagai pihak akan terbeban dengan perkara ini terutamanya orang peringkat bawahan.Khususnya para guru dan bakal menjadi guru. Sudah pasti guru-guru akan ditangkap muat untuk mengajar subjek ini di sekolah kelak. Sudah pasti beban mereka akan bertambah kerana perlu mengajar subjek teras mereka lagi.
Kemudian,hal yang berbangkit kedua pula ialah bagaimana sekiranya guru yang mengajar itu seorang guru wanita? Sudah pasti dia akan malu untuk berbincang perkara ini secara terbuka. Lebih-lebih lagi cikgu itu masih belum berkahwin dan cun pulak tu. Pasti menjadi bahan usikan pelajar lelaki yang over. Sekiranya guru lelaki mengajar subjek ini,agak terbuka rasanya dia akan mengajar di hadapan kelas. Apa orang kata,slumber aje. Natijahnya,pelajar perempuan pula yang akan merah muka jika kelas itu telah hangat dengan topic-topik hot. Sudah pasti kelas itu akan bercampur baur dengan pelbagai rasa.
Saya tidak kisah..jangan kacau saya sudah
Sesetengah masyarakat ada yang tidak mempedulikan perkembangan Negara ini. Dan mereka mengambil mudah atas sebarang dasar yang digubal oleh kerajaan. Tidak kisah dengan sebarang angin perubahan Negara,perubahan dasar-dasar Negara dan pelbagai lagi perkara yang member kesan kepada seluruh rakyat di bumi bertuah ini. Tetapi ada yang berkata bahawa,sebarang perubahan tidak membawa sebarang erti dalam kehidupan mereka. Pucuk pimpinan bertukar pun mereka tidak tahu,inikan pula nak masukkan Pendidikan Seks di sekolah. Lagilah mereka tidak pandang. Mereka beranggapan bahawa sebarang perubahan polisi tidak mengubah cara hidup mereka. Masih di takuk lama atau masih menjalani kehidupan seperti biasa walau perubahan besar sekalipun dalam Negara.
Sikap tidak mempedulikan hal Negara dan tidak kisah dengan kuasa mengundi mereka sebenarnya memberi impak kepada kehidupan mereka secara tidak langsung. Kumpulan terbesar yang berdiri atas pagar mahupun kumpulan kera sumbang ini terdiri dari golongan muda,masyarakat luar bandar dan golongan urban. Apakah mereka fikir bahawa suatu hari nanti mereka tidak akan mempunyai keluarga dan anak?
*****
remaja
Semua perkara yang akan dilaksanakan akan mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Perbincangan dan perdebatan sesuatu bidang akan membuka mata pihak tentang mana yang perlu dibuat sekiranya timbal balik sesuatu perkara itu tidak seimbang atau adakah kita akan teruskan sekiranya keburukan lebih banyak dari kejahatan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin