Jumaat, 11 November 2011

KEM MOTIVASI.

Saya cuba untuk meringkaskan penjelasan saya. Mungkin saudara tidak mempunyai banyak masa. Tetapi jika saudara prihatin dengan anak saudara, inginkan mereka cemerlang dari segi akhlak dan pencapaian dalam hidup, apa yang akan saya sampaikan kepada saudara ini adalah sangat penting demi untuk masa depan anak saudara...
Ya, saya benar-benar serius.
Sama ada saudara sedar atau tidak, anak-anak muda zaman sekarang sudah banyak terpengaruh dengan gejala sosial yang merosakkan. Anak saya, mahupun anak saudara sendiri, mungkin terlibat dengan gejala tidak sihat. Siapa tahu?
Mungkin saudara tidak sedar dengan kegiatan seharian anak saudara. Kadangkala kita tidak sedar kita terlalu sibuk dan tidak mengetahui tingkahlaku sebenar anak kita. Persoalannya...
Pastikah anak saudara tidak terjebak dengan kegiatan tidak sihat?
Apa yang akan saya ceritakan adalah mengikut pengalaman saya sendiri. Saudara, terus-terang saya katakan, sepanjang hidup saya, sebelum saya menjejakkan kaki di menara gading, bidang motivasi ini adalah satu bidang yang langsung tidak ada dalam kamus hidup saya.
Bagi saya, apa saja bentuk motivasi adalah sesuatu yang membosankan terutama sekali motivasi untuk remaja ataupun pelajar. Pada masa itu, saya rasakan biarlah remaja atau pelajar ini dengan cara mereka…dengan dunia mereka dan saya dengan dunia saya.
Buatlah apa saja yang mereka suka. Siapa peduli! Saya amat selesa dengan dunia saya.
Namun saudara, tanggapan saya adalah salah sama sekali.
Tamat saja Sijil Pelajaran Malaysia, saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dan di situlah bermulanya detik-detik di mana saya berjinak-jinak dengan apa yang dikatakan motivasi ini.
Semuanya bermula apabila rakan sebilik saya menawarkan saya untuk menyertai satu program motivasi kepada pelajar di Utara tanah air. Dengan rasa terpaksa, saya  bersetuju untuk menyertainya kerana tidak sampai hati menolak pelawaan kawan baik sendiri.
Dipendekkan cerita, selama 5 hari 4 malam saya di sana... macam-macam yang saya belajar. Saya mula sedar apakah yang dikatakan motivasi dan saya begitu tertarik sekali. Dahulu saya rasakan motivasi ini adalah satu bidang yang amat membosankan…kini  tanggapan saya itu semuanya salah.
Tamat saja pengajian, saya diterima berkhidmat dengan sebuah NGO kerajaan yang terkenal yang berteraskan Islam. Sungguh tak disangka, tugas saya di jabatan tersebut ialah mengadakan kursus motivasi kepada remaja dan pelajar di seluruh Malaysia.
Semasa saya bertugas di sana, ratusan kursus motivasi yang saya telah laksanakan terutamanya kepada remaja dan pelajar seperti anak-anak saudara. Hampir 5 tahun saya bertugas. Dari semasa ke semasa saya dapat meningkatkan kemahiran saya di dalam bidang motivasi ini.
Sepanjang pengalaman saya mengendalikan kem motivasi di kalangan pelajar sekolah menengah, ada 1 perkara yang cukup menghairankan saya.
Hasil yang saya peroleh :

Bukan itu sahaja, mereka juga dengan rasa bersalah menceritakan kesalahan mereka sendiri secara terus-terang dengan saya.
Walaupun kesalahan yang mereka lakukan itu cukup melampau dan memalukan.
Jika saya ceritakan kisah sebenar yang berlaku terhadap remaja hari ini, saudara mungkin tidak percaya dan akan mengatakan saya gila. Saya pasti, saudara sukar untuk mempercayainya.
Saya telah mendengar pelbagai rintihan remaja yang mengaku telah melakukan kesalahan seperti pernah berzina, mengambil dadah, menghisap gam, pil khayal, terlibat dengan sindiket pelacuran, lumba haram dan yang paling ramai ialah menderhaka kepada ibu bapa.
Biasanya kita dengar perkara-perkara tersebut dilakukan oleh golongan dewasa sahaja, tetapi perbuatan tersebut bukan lagi perkara yang mustahil untuk dilakukan oleh pelajar sekolah pada zaman ini. Saya boleh ceritakan serba-sedikit mengenai pengalaman saya mengendali pelajar yang bermasalah.
Pelajar lelaki berumur 16 tahun mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan 5 tahun?
Ini antara kes yang saya temui. Saya akui memang bunyinya terlalu biadap. Saya sendiri tidak percaya bagaimana seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun sanggup mencabul kehormatan seorang budak perempuan berumur 5 tahun.
Sebenarnya pelajar lelaki tersebut memerangkap budak perempuan tersebut hanya dengan membelikan aiskrim. Bunyinya seperti saya membuat lawak bukan? Tetapi itulah hakikatnya yang kita semua terpaksa terima!
Malangnya perbuatan tersebut dilakukan berkali-kali tanpa pengetahuan ibu bapa kedua-dua belah pihak. Pelajar lelaki ini tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun dan memberi amaran kepada budak perempuan tersebut supaya mendiamkan diri.
Tetapi semasa di dalam kem motivasi yang saya kendalikan, dengan hati yang ikhlas dan penuh keinsafan, pelajar lelaki tersebut menceritakan perkara sebenarnya kepada saya. Dan sebenarnya, pelajar tersebut sendiri berasa bingung mengapa beliau boleh menceritakan semuanya kepada saya.
Pelajar perempuan berumur 17 tahun melacurkan diri sejak berusia 12 tahun?
Kes yang lain pula melibatkan seorang pelajar perempuan yang berusia 17 tahun. Pelajar ini menceritakan semenjak dia berusia 12 tahun, dia telah melacurkan dirinya.
Pelajar ini menawarkan perkhidmatan seks kepada sesiapa sahaja yang menghendakinya. Pelajar ini melakukan perbuatan terkutuk tersebut pada waktu malam. Alasan yang diberikan kepada kedua ibu bapanya ialah ada kelas tambahan di sekolah ataupun perbincangan dengan kawan.
Apabila saya bertanya kepadanya mengapa dia sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini. Jawapannya, kerana keluarganya tidak dapat memenuhi kehendaknya dan mereka langsung tidak ambil berat pasal dirinya.
Mungkin sukar bagi saudara untuk mempercayai. Tapi saudara, inilah realiti kehidupan sekarang. Selama 4 tahun pelajar ini melakukan perbuatan ini. Semasa berada di kem motivasi yang saya kendalikan, sambil menangis pelajar ini menceritakan kepada saya dan dia sangat kesal apa yang telah dia lakukan dan rasa bersalah kepada kedua ibu bapanya.
Pelajar lelaki berusia 17 tahun berzina di dalam rumah ibu bapanya sendiri? 
Kes berikutnya adalah seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengambil kesempatan ketiadaan ibu bapanya di rumah dengan membawa pulang teman wanitanya. Mereka melakukan perbuatan yang terkutuk tanpa pengetahuan sesiapa pun.
Apabila saya bertanyakan kepadanya semasa di dalam kem motivasi, apakah sebabnya dia sanggup berbuat demikian? Jawapan yang pelajar ini berikan cukup menyedihkan.
Pelajar ini kurang mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Mereka terlalu sibuk dengan tugas masing-masing. Bagi mereka, memberikan wang yang banyak kepada anak mereka sudah memadai. Wang ringgit sebagai ganti kepada kasih sayang.
Saudara, ini adalah sebahagian daripada contoh-contoh kes daripada beratus-ratus kes yang lain yang saya tak dapat hendak ceritakan di sini.
"Kes yang paling banyak saya terima adalah derhaka kepada ibu bapa."
Sebagai rumusannya, apabila saya bertanya kepada pelajar-pelajar ini apakah sebab-sebab utama mereka berbuat demikian, ini adalah sebahagian daripada jawapan yang saya terima :
  • Kurangnya kasih sayang ibu bapa.
  • Inginkan kebebasan.
  • Tidak bersemangat untuk belajar.
  • Terpengaruh dengan kawan-kawan.
  • Ingin mencuba sesuatu yang baru.
  • Bosan dengan keluarga yang tak mampu memenuhi kehendak mereka.
  Persoalannya sekarang...
Mengapa Ini Terjadi? Siapa Yang Harus Dipersalahkan? Pelajar Atau Anda Sebagai Ibu Bapa?


Jika saudara mempunyai anak yang bermasalah, nasihat saya kepada saudara, jangan hanya salahkan mereka. Mungkin mereka tidak tahu mengapa mereka jadi begitu dan tidak tahu cara mengatasi masalah mereka sendiri.


 
Seperti yang tertulis di atas, saya dikenali sebagai Nasri. Saya boleh dikatakan antara orang yang cukup berpengalaman dalam bidang motivasi khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang berumur lingkungan 9 hingga 18 tahun.
Dan saya pasti saudara memang tidak pernah mendengar nama saya terlibat dalam bidang motivasi sebelum ini.
Saya akui....
 
Sebenarnya saya sudah mengadakan kem motivasi pelajar di 198 buah sekolah seluruh Malaysia. Namun sekarang ini timbul hasrat saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada bukan setakat di sekolah sahaja, tetapi ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan rahsia kursus saya ini kepada semua ibu bapa di seluruh Malaysia.
Saudara perlu mengambil tindakan demi masa depan anak saudara sendiri.
Sudah terlalu banyak masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja, Saya percaya, untuk mengatasi masalah ini bukan setakat sekolah sahaja yang memainkan peranan, malah ibu bapa dan organisasi yang menjalankan program motivasi juga mesti bersama-sama mengatasi masalah ini.
Maka, atas inisiatif dan kesedaran untuk membantu anak bangsa inilah saya wujudkan...
KEM MOTIVASI DIRI PELAJAR
 
KEM INI TELAH BANYAK MENYEDARKAN PELAJAR BERMASALAH DAN MENGINSAFKAN MEREKA SEKALIGUS
Kem Motivasi Diri Pelajar adalah program yang saya rangka sendiri bersama rakan-rakan saya yang betul-betul mahir dan berpengalaman setelah lebih 6 tahun mengendalikan beratus-ratus kem motivasi di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia sebelum ini.
Kem Motivasi Diri Pelajar merupakan satu program latihan yang komprehensif dan efisyen. Saya menggunakan konsep latihan secara menyeluruh dan sepenuh masa (total training).
Sepanjang program ini dijalankan, potensi diri setiap pelajar akan dibangunkan dan dalam masa yang sama masalah dalam diri pelajar akan dikenalpasti melalui modul-modul program yang telah terbukti berkesan yang akan dilaksanakan di dalam Kem Motivasi Diri Pelajar ini.
Pendekatan yang digunakan adalah untuk menggerakkan potensi pelajar dari segi:-
  1. Akal - ke tahap hikmah kebijaksanaan.
  2. Naluri - mengurus naluri ke arah kebaikan.
  3. Anggota - menyerlahkan potensi diri pelajar dari segi akhlak, disiplin serta bersakhsiah mulia.
Sebelum itu, saudara tentu bertanya dengan diri saudara sendiri...

Hebat sangatkah Kem Motivasi Diri Pelajar ini?

Secara jujur saya katakan, teknik yang saya praktikkan di dalam program ini belum pernah digunakan oleh mana-mana pihak. Saya dan rakan-rakan saya sendiri mengkajinya terlebih dahulu berdasarkan pengalaman dan realiti sebenar selama kami berkecimpung di dalam bidang ini. Dan dari semasa ke semasa, kami sentiasa memperbaiki modul-modul program mengikut kesesuaian sekeliling.

Ini kerana saya sentiasa memantau setiap aktiviti program secara keseluruhannya dengan meminta maklumbalas secara telus dari para pelajar yang menyertai Kem Motivasi Diri Pelajar ini. Di bawah ini adalah antara borang maklumbalas yang saya terima yang ditulis secara jujur oleh peserta kem motivasi ini sendiri di akhir program.
 
 


KEM MOTIVASI DIRI PELAJAR INI 100% TIDAK MENYERUPAI PROGRAM MOTIVASI YANG LAIN.
 
Apa yang menjadikan kursus ini unik adalah, anak saudara akan terdedah dengan pelbagai ilmu-ilmu hidup yang bermanfaat dan maklumat tentang potensi, kelebihan dan halangan yang ada di dalam diri mereka.
 
Anak saudara juga akan diajar teknik-teknik berkesan yang praktikal untuk menyelesaikan masalah dan konflik dalam diri mereka. Yang lebih unik, anak saudara juga akan berjumpa dengan urusetia dan fasilitator yang boleh menjiwai diri mereka.
Bukan setakat menjiwai malah bersama-sama berkongsi masalah, berfikiran seperti mereka dan boleh memahami kehendak dan kemahuan mereka.
Mungkin saudara sukar hendak percaya jika saya katakan bahawa tiket kapal terbang untuk kami pulang hampir dikoyakkan oleh peserta program, sewaktu kami mengadakan program kami ini di Sabah. Pelajar tersebut tidak ingin membenarkan kami pulang kerana ingin kami bersama lebih lama dengan mereka walaupun aktiviti program telahpun tamat.

Pernah juga saya menerima kunjungan dari seorang bekas peserta berusia 15 tahun yang datang ke Kuala Lumpur seorang diri, semata-mata untuk bertemu dengan saya. Dan sehingga hari ini, saya masih menerima SMS dari peserta-peserta yang pernah mengikuti program saya sebelum ini. Begitulah gambaran betapa akrabnya kami dengan peserta.
 
Di dalam Kem Motivasi Diri Pelajar ini, saya dan rakan-rakan saya sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada peserta. Sudah tentu ianya memerlukan kepada kajian yang menyeluruh, pembacaan, penyelidikan dan juga melalui pengalaman kami sendiri.

Secara terus-terang, kelebihan yang bakal diterima oleh peserta di dalam Kem Motivasi Diri Pelajar ini adalah :
 
  • Pelajar sentiasa diawasi 24 jam bermula dari solat Subuh sehinggalah mereka tidur sepanjang kem berlangsung. Keselamatan mereka terjamin.
  • Pelajar akan dilatih oleh urusetia dan fasilitator yang cukup berpengalaman dan terlatih. Saya tidak menggunakan khidmat mereka yang masih baru dalam bidang motivasi ini.
  • Pelajar sama sekali tidak akan berasa bosan. Bahkan mereka akan seronok dengan aktiviti ilmiah, sukan dan keagamaan dalam program ini.
  • Pelajar sentiasa dibimbing secara praktikal dan bukan hanya sekadar mendengar. 95% aktiviti di dalam program ini adalah outdoor dan aktiviti di dalam dewan hanya 5% sahaja.
  • Mempunyai urusetia dan fasilitator yang amat akrab dan sangat disenangi pelajar di samping tegas dalam mendidik.
  • Amalan "Keep In Touch" sentiasa diamalkan dalam program walaupun di luar aturcara program Kem Motivasi Diri Pelajar ini.

Saudara, saya telah mengendali pelbagai kes pelajar bermasalah di Malaysia. Tidak kira seburuk mana sekalipun perangai pelajar tersebut, saya tetap memberi layanan yang sama rata dengan peserta lain. Mendidik dengan sabar dan istiqamah adalah amalan yang sentiasa diamalkan sepanjang program ini.

Program sentiasa  dijalankan secara professional. TIADA MENTAL TORTURE.

Adakah...
  • Saudara risau tentang masa depan anak saudara?

  • Anak saudara malas belajar?
  • Saudara rungsing dan pening kepala memikirkan kelakuan anak saudara?
  • Anak saudara langsung tidak mendengar nasihat saudara?
  • Anak saudara pelajar yang bijak dalam akademik tetapi kurang pengetahuan dan kesedaran agama?
  • Anak saudara lemah dalam akademik dan juga kurang kesedaran agama?
  • Anak saudara terlibat dengan gejala sosial?.
Ataupun saudara sendiri sudah berputus asa dengan kelakuan buruk anak saudara. Namun, saya yakin saudara masih berharap untuk mengubah kehidupan anak saudara sendiri. Ibu bapa mana yang tidak inginkan anak mereka sentiasa berjaya dalam hidup.
 
Jika saudara hampir putus asa dan masih berharap untuk mengubah kehidupan anak saudara, berilah peluang kepada saya pula untuk cuba membantu. InsyaALLAH dengan pengalaman dan kemahiran yang saya ada, saya dapat mengubah dan memberi kesedaran serba-sedikit kepada anak saudara. Boleh dikatakan...
 
" Saya faham benar mengapa anak saudara jadi begitu. Dan saya tahu bagaimana untuk mengatasinya "
 
Berilah peluang kepada anak saudara sendiri merasakan kelainan Kem Motivasi Diri Pelajar yang akan mendidik mengikut kesesuaian jiwa mereka sendiri. Mungkin selama ini mereka buntu dan tidak tahu memilih jalan yang betul dalam hidup mereka. Di dalam program ini, saya dan rakan-rakan saya akan sentiasa cuba mendidik dan menunjukkan jalan yang betul kepada mereka secara berhikmah.
Antara pengisian dan pendekatan yang sentiasa diamalkan sepanjang Kem Motivasi Diri Pelajar ini berlangsung ialah : 
  • Mengajak peserta mengenal Allah dengan lebih dekat lagi.
  • Memberitahu mereka tentang besarnya pengorbanan ibu dan bapa.
  • Mengamalkan konsep kasih sayang berlandaskan Islam di antara para peserta dengan fasilitator. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda.
  • Wujud Suasana Kekeluargaan - semua peserta adalah seperti berada di dalam satu keluarga.
  • Berlaku adil kepada semua peserta dan tidak ada sifat pilih kasih.
  • Kemesraan antara peserta dengan jurulatih - menggunakan nama panggilan yang biasa digunakan di rumah bagi menambahkan lagi suasana kemesraan.
  • Mengamalkan solat berjemaah di samping mengeratkan hubungan sesama peserta.
  • Jurulatih sentiasa mengambil berat tentang masalah yang ada pada diri setiap peserta.
  • Jurulatih sentiasa mendampingi setiap peserta dan menghiburkan mereka di samping mendidik ke arah kebaikan.
  • Latihan bersifat menyeluruh. Bukan hanya sekadar mendengar ceramah di dewan. Tetapi melibatkan semua aktiviti seperti waktu makan, solat, tidur dan semasa menjalani aktiviti luar.
  • Dan pelbagai lagi.
Sewaktu menghasilkan modul-modul untuk Kem Motivasi Diri Pelajar ini, saya telah mensasarkan target untuk memberi input sebanyak mungkin kepada peserta. Dalam masa yang singkat iaitu selama 4 hari 3 malam, atau 3 hari 2 malam saya cuba menyusun aktiviti-aktiviti menarik kepada para peserta dan dalam masa yang sama memberi pengajaran dan kesedaran yang bermakna dalam diri mereka.
Kriteria Utama Yang Diberikan Penekanan Kepada Anak Saudara Di Dalam Kem Motivasi Diri Pelajar Ini, Antaranya:
1.Pembentukan sakhsiah dan jatidiri yang matang dan berketrampilan.
  • Membina kekuatan mental dan fizikal termasuk keyakinan diri.
  • Penetapan pemikiran ke arah penerapan dan penghayatan nilai- nilai positif
  • Penerapan nilai-nilai murni, sakhsiah Islamiah dan adab mulia (menghormati ibu dan bapa termasuk guru).
  • Menerapkan sikap menghormati ibu bapa dan guru serta sesama rakan sekolah yang lain.
  • Meningkatkan kesedaran kepada para peserta tentang nilai kualiti diri dan motivasi diri sejajar dengan keperluan semasa alam persekolahan.
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari sudut akademik tetapi merangkumi kecemerlangan dalam akhlak, budi bahasa, disiplin dan berdedikasi.
  • Memupuk komitmen dan rasa kebertanggungjawaban serta keyakinan diri pelajar.
  • Anak anda bertanggung jawab kepada ibu bapa, masyarakat dan Agama atas kesedaran diri sendiri untuk memenuhi kecemerlangan masa depannya.
  • Merangsang ke arah sikap positif dan menghindarkan gejala sosial secara lebih berkesan.
  • Membentuk semula sikap anak-anak anda agar berusaha gigih demi masa depan mereka.
  • Memartabatkan maruah Bangsa dan Agama.
2. Pembentukan rohani dan keagamaan.
  • Penekanan kepentingan solat berjemaah dan rukun-rukunnya.
  • Kesedaran tentang keagungan Allah s.w.t
  • Menyemai rasa keikhlasan dalam menunaikan kewajipan terhadap Agama, keluarga dan masyarakat.
  • Melahirkan keinsafan dan kesedaran terhadap sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.
  • Penyuburan rasa kasih sayang, hormat kepada ibu bapa, guru dan orang lain.
  • Menjadikan mereka anak yang taat pada suruhan Allah s.w.t.
  • Membuatkan mereka memikir dan menilai semula betapa besarnya pengorbanan ibu bapa.
3. Pembentukan kemahiran diri, matlamat, visi dan halatuju hidup.
  • Semangat dan motivasi untuk mengharungi alam persekolahan.
  • Penyatuan fikiran bagi para pelajar untuk bersama di dalam melaksanakan aktiviti akademik dan semangat untuk belajar.
  • Mengenalpasti pelajar yang bermasalah (masalah tersembunyi) dan membuat laporan kepada pihak sekolah sebagai langkah membantu pihak sekolah memberi perhatian yang lebih khusus kepada pelajar-pelajar ini.
  • Mengasah kemahiran belajar.
  • Mengajar strategi belajar.
  • Melazim minda agar selesa untuk menerima perubahan diri yang baru.
  • Menjana minda agar bermatlamat dan berfikiran terbuka.
  • Mempertingkatkan keupayaan dan potensi pelajar di dalam memahami dan menghayati misi, visi, matlamat utama menjadi seorang pelajar.
  • Memberikan kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang.
  • Menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri
  • Anak anda mula tahu betapa dirinya selama ini begitu boros dengan masa. Mereka akan lebih teliti dalam merancang masa mereka nanti.
  • Anak anda akan belajar bersungguh-sungguh atas kesedaran dirinya sendiri untuk memenuhi kecemerlangan masa depannya.
  • Merangsang kemahuan yang tinggi dan berkobar-kobar untuk mereka berjaya dalam pelajaran.
Kem Motivasi Diri Pelajar adalah program yang lain dari yang lain. Saya mengambil masa yang lama untuk menghasilkan modul yang unik dan tersendiri mengikut kesesuaian emosi dan pemikiran pelajar di Malaysia.
Para pelajar sendiri telah merasakan perubahan terhadap diri mereka selepas menghadiri program ini. Ini kerana kami sentiasa memastikan penyampaian mesej yang berkesan kepada para peserta.

Bagi menjamin keberkesanan mesej yang cuba disampaikan kepada peserta, saya juga sentiasa mempelbagaikan kaedah dan medium penyampaian dari semasa ke semasa. Saya percaya para peserta langsung tidak akan berasa bosan sepanjang program ini.
 
METODOLOGI YANG DIGUNAKAN DI DALAM KEM MOTIVASI DIRI PELAJAR BAGI MENJAMIN KEBERKESANAN PENYAMPAIAN MESEJ KEPADA PESERTA.
1. Ice Breaking




5. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

7. Latihan Dalam Kem
9. Pembentangan Tugasan
Antara input pembelajaran yang sentiasa akan diterapkan kepada anak saudara sepanjang program ini merangkumi aspek berikut :
  • Pengupayaan berfikiran waras dan matang.
  • Mengurus masa, bila- bila masa dan di mana sahaja.
  • Kepentingan keluarga dan pelajaran dalam kehidupan.
  • Bergerak secara berpasukan dan saling hormat menghormati.
  • Sentiasa cuba melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh.
  • Mengutamakan solat berjemaah.
  • Elakkan persepsi negatif dan hadapi kenyataan dengan tabah.
  • Sanggup berhadapan dengan cabaran.
  • Sentiasa ikhlas, sabar, redha, beriman dan bertaqwa.
  • Berupaya menghindar tabiat yang tidak baik selaku seorang pelajar.

Kem Motivasi Diri Pelajar Direka Dan Dihasilkan Dengan Penuh Sistematik Berdasarkan Kajian Yang Terperinci Terhadap Psikologi Pelajar Di Malaysia.
Jika saudara betul-betul mengambil berat dengan anak saudara, saya sangat galakkan saudara membenarkan anak saudara menyertai Kem Motivasi Diri Pelajar ini. Saya tidak peduli walau seteruk mana sekalipun anak saudara, InsyaALLAH dengan kepakaran dan pengalaman yang saya ada, saya cuba untuk membantu mengubah sakhsiah mereka.
Saya pasti saudara inginkan anak yang soleh dan ingin melihat perubahan positif dari baik kepada lebih baik dalam diri anak saudara. Apa yang saya lakukan di Kem Motivasi Diri Pelajar ini adalah untuk sentiasa memberi sinar harapan baru kepada ibu bapa seperti saudara untuk melihat anak saudara cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin