Selasa, 8 November 2011

TUHAN YANG MAHA KUASA TURUNKAN BALA DI DUNIA.

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Apabila Allah menurunkan azab ke atas dunia untuk satu-satu kaum, maka azab itu akan menimpa ke atas mereka yang berada sama dalam masyarakat kaum itu, kemudian apabila mereka dibangkitkan di akhirat nanti maka kedudukan mereka adalah mengikut taraf keimanan serta amal kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini”. (Hadis Riwayat: Al Bukhari).
Hadis di atas bermaksud apabila Allah mahu menurunkan bala atau bencana ke atas satu-satu kaum di dunia ini kerana ada di kalangan kaum itu melakukan kejahatan atau maksiat, maka azab yang diturunkan itu menimpa ke atas kaum yang beriman dan juga kepada mereka yang kufur. Tetapi apabila mereka berada di hari Akhirat nanti, mereka akan ditempatkan di tempat yang sesuai dengan kedudukan mereka mengikut keimanan dan amal kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini.Allah yang Maha Berkuasa, melakukan sesuatu mengikut kehendak-Nya tanpa mengira sesiapa. Allah melakukan itu dengan kehendak dan kekuasaan-Nya. Dialah yang menjadikan segala-galanya dan Dialah yang menjadikan siang dan malam, panas, sejuk, ribut dan sebagainya. Di samping itu, Allah menurunkan rahmat dan Dia juga menurunkan bala kepada mereka yang Ia kehendaki.Sesungguhnya, Allah itu bersifat pemurah kepada sekalian makhluk termasuk jin dan manusia, sama ada makhluk itu beriman kepada-Nya atau makhluk itu kufur kepada-Nya. Allah memberi banyak nikmat kepada hamba-Nya di dunia ini sama ada nikmat yang mereka rasakan itu telah diusahakan ataupun tidak. Akan tetapi pada hari Akhirat nanti Allah tidak akan memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang kufur, sebaliknya memberikan nikmat kepada mereka yang beriman saja.
Namun begitu Allah menurunkan nikmat atau bala secara khusus kepada hamba-Nya di dunia ini disebabkan kezaliman mereka atau kerana keingkaran mereka. Di samping itu, Allah telah menurunkan bala atau bencana secara umum ke atas satu-satu kaum disebabkan ada dalam masyarakat kaum itu melakukan kemaksiatan dan kemungkaran.
Dengan demikian, apabila Allah murka kepada sebahagian daripada kaum itu kerana kejahatan yang dilakukan oleh mereka, maka Ia menurunkan bala dan bencana ke atas kaum itu secara umum tanpa memilih sama ada mereka itu terdiri dari dari orang kafir atau pun dari mereka yang beriman.
Sungguhpun begitu, setiap mereka yang beriman telah dijanjikan dengan nikmat syurga manakala bagi mereka yang kafir telah dijanjikan dengan balasan neraka di akhirat kelak.
Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW sungguh bernasib baik kerana Allah tidak memberi hukuman yang sewajarnya kepada hamba-Nya yang melakukan maksiat di dunia ini sekalipun seseorang itu telah melakukan dosa yang besar.
Balasan yang diberi kepada mereka di dunia ini hanya kecil saja. Ia boleh dianggap sebagai pengajaran serta menjadi teladan kepada mereka yang hidup di dunia ini supaya insaf dan berhenti daripada melakukan sebarang kemungkaran.
Sebaliknya balasan yang wajar diberikan kepada mereka yang bersalah itu adalah di akhirat kelak sekiranya mereka mati belum sempat untuk bertaubat.
Dengan demikian, kita sebagai umat Muhammad patut bersyukur kepada Allah kerana Ia telah memberikan taufik hidayah kepada kita di mana kita dapat beriman kepada-Nya serta berpegang dengan agama-Nya.
Pada masa dulu, sebelum adanya syariat Nabi Muhammad SAW seperti berlakunya ke atas nabi terdahulu seperti nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan lain-lain yang mana pada zaman itu, jika ada mereka yang tidak beriman atau mereka yang melakukan perbuatan mungkar dan apabila mereka diberi amaran supaya mematuhi suruhan dari Allah tetapi mereka masih lagi enggan, Allah menurunkan ke atas mereka dengan azab yang sungguh dahsyat bagi membinasakan kaum itu.
Bala atau bencana yang diturunkan itu bermacam-macam rupa seperti yang berlaku ke atau kaum Nabi Nuh yang berupa banjir yang sangat besar.
Hal sama juga berlaku kepada umat Nabi Musa yang mana kaum Firaun tenggelam dalam sungai Nil. Bala yang menimpa Nabi Lut pula berlaku di mana bumi mereka diterbalikkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin