Pengenalan
FAKTOR :
Perbincangan 2:
Pembangunan
rangkaian pengangkutan jalan raya merupakan salah satu faktor penting
dalam menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk kepentingan
program pembangunan ekonomi negara. Namun demikian dengan peningkatan
dan perkembangan yang pesat dalam sektor pengangkutan telah menimbulkan
masalah dan isu tentang keselamatan jalan raya pada muktahir ini dengan
meningkatnya jumlah kemalangan jalan raya. Kejadian kemalangan jalan
raya merupakan salah satu masalah utama negara ketika ini yang
melibatkan pelbagai aspek sosio-ekonomi.
FAKTOR :
Salah
satu faktor utama yang dapat dikesan dalam menyebabkan berlakunya
kemalangan jalan raya di Malaysia ialah faktor manusia yang sebahagian
merupakan pengguna jalan raya terutama pemandu dan penunggang kenderaan
serta pejalan kaki. Hasil dapatan kajian mendapati sifat-sifat pemandu
yang sabar, cermat, sopan dan bertimbang rasa mempunyai hubungan
korelasi positif dengan kemalangan jalan raya. Sikap terhadap perasaan
seperti terganggu, tertekan, pandu laju dalam keadaan mood tidak baik
menunjukkan signifikan dengan kecenderungan berlakunya kemalangan jalan
raya.
Sikap pemandu terhadap had kelajuan
menunjukkan signifikan bagi pemandu yang memandu melebihi had laju 30
km/j dan tidak mematuhi had kelajuan. Sikap bertanggungjawab dan
bertimbang rasa, sikap tidak hiraukan tanda jalan, memintas kenderaan di
garisan berkembar, ikut kenderaan dengan rapat, membelok tanpa memberi
isyarat dan memasukki jalan utama dengan beranggapan kenderaan lain
memberi laluan menunjukkan terdapatnya signifikan dengan kemalangan
jalan raya.
Sikap suka memandu laju
disebabkan faktor tekanan masa seperti ingin cepat sampai, terlewat,
tergesa-gesa, ghairah ke sesuatu destinasi dan menghambat waktu pejabat
turut menunjukkan signifikan dengan kemalangan jalan raya. Memandu laju
disebabkan inginkan cabaran dan keseronokan mendapati sikap habit,
keseronokan, suka memandu laju dan suka mengambil risiko turut
menunjukkan signifikan yang nyata. Sikap memandu laju disebabkan luat
memandu mendapati penat, setiap minit dikira dan ingin cepat sampai
menunjukkan kesignifikanannya.
Sikap ingin
mencapai kepuasan dengan memandu laju disebabkan faktor kawan memandu
laju, kehebatan memandu, berlumba di jalan raya, suka menunjuk-nunjuk,
ingin memenuhi citarasa kepuasan dengan memandu laju dan kepuasan merasa
risiko bahaya telah menunjukkan kesignifikanannya yang nyata. Begitu
juga dengan kajian sosio-demografi dari segi pengalaman memandu, umur,
tahap pendidikan dan jantina pemandu menunjukkan signifikan dengan
kemalangan jalan raya.
Perbincangan 2:
Salah
satu punca yang menyebabkan kes ini berlaku ialah sikap pengguna jalan
raya yang kurang berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ketika
memandu, ramai pengguna yang kurang memberikan perhatian terhadap
keadaan lalu lintas pada masa itu. Sebagai contoh, mereka tidak
mengambil berat akan tanda-tanda keselamatan di jalan raya, berbual-bual
ketika memandu, mendengar radio, menggunakan telefon bimbit, dan
sebagainya. Tegasnya, perbuatan seperti ini bukan sahaja membahayakan
diri sendiri, tetapi juga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Selain
itu, ada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang di jalan
raya. Undang-undang yang digubal oleh kerajaan sebenarnya bukanlah
untuk menyusahkan pengguna jalan raya, malah bertujuan untuk
meningkatkan keselamatan pengguna. Sebagai contoh, banyak pengguna jalan
raya yang memandu kenderaan melebihi had laju yang telah ditetapkan
walaupun saman yang dikeluarkan semakin bertambah. Undang-undang perlu
dipatuhi kerana ketika bergerak laju pelbagai perkara boleh berlaku
seperti tayar meletup, binatang melintas, kereta di hadapan berhenti
dengan tiba-tiba, dan sebagainya yang akhirnya boleh menyebabkan
kemalangan.
Bukan itu sahaja, ada pengguna
jalan raya yang bersikap mementingkan diri sendiri. Mereka ini tidak
mempedulikan orang lain. Hal ini sering berlaku pada waktu kesesakan
jalan raya. Sebagai contoh, ada pemandu kenderaan yang menggunakan
lorong kecemasan untuk memastikan kenderaan mereka tidak terperangkap.
Kemudian, mereka memotong barisan kenderaan lain yang telah lama beratur
panjang. Tindakan ini bukan sahaja boleh mengundang kemalangan berlaku,
malah boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati oleh pemandu kenderaan
lain yang boleh menyebabkan perselisihan faham.
Kemalangan
jalan raya juga boleh berlaku disebabkan pejalan kaki yang tidak mahu
menggunakan jejantas yang telah disediakan. Mereka tidak mahu
menggunakan jejantas yang disediakan dengan alasan untuk menjimatkan
masa dan tenaga. Keadaan ini menyukarkan pemandu kenderaan lain yang
terpaksa memperlahankan kenderaan mereka , dan seterusnya menyebabkan
berlakunya kesesakan. Apabila berlaku kesesakan, peratus berlakunya
kemalangan akan meningkat. Walaupun pihak berkuasa kerap kali mengambil
tindakan terhadap pejalan kaki yang tidak menngunakan jejantas ketika
melintas jalan, namun tindakan ini masih kurang berkesan.
Seterusnya,
ada pengguna jalan raya yang menjadikan jalan raya sebagai medan
perlumbaan. Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya
yang lain, malah membahayakan nyawa pengguna itu sendiri. Walaupun pihak
berkuasa sering mengadakan sekatan jalan raya, kempen, menahan pemandu
yang terbabit dalam perlumbaan haram, namun kegiatan ini masih
berterusan dan semakin bertambah. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
pengguna jalan raya tidak menghargai nyawa sendiri dan orang lain.
Umumnya,
punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya perlu ditangani dengan
segera dan bijak. Selain kempen yang berterusan, pihak berkuasa
hendaklah menguatkuasakan peraturan pada setiap masa tanpa memilih bulu.
Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga hendaklah mengenakan denda yang
lebih berat kepada sesiapa sahaja yang menyebabkan kemalangan berlaku.
Para pengguna jalan raya pula perlulah mengubah sikap dan sentiasa
berhati-hati ketika di jalan raya sepanjang masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan