Khamis, 10 November 2011

KESELAMATAN ELEKTRIK.

Pengenalan

Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang amat penting pada hari ini. Tanpa elektrik manusia tidak dapat melaksanakan aktiviti seharian yang sebahagian besarnya beroperasi dengan menggunakan tenaga elektrik.

Perkembang pesat era teknologi elektrik ini bermula dari era kurun ke-16 Masehi. Ramai inventor yang lahir di Eropah pada zaman revolusi. Antaranya Alessandro Antonio Volta (1745-1827), seorang ahli fizik Itali yang mencipta bateri elektrik yang mana alat pertama yang menjana pengaliran elektrisiti (Arus) secara berterusan. Seorang lagi inventor yang begitu signifikan dalam perkembangan teknologi elektrik ini ialah Adre-Marie Ampere (1775-1836), seorang ahli matematik dan fizik Perancis yang mengasas prinsip elektrodinamik. Beliau telah menjelaskan konsep arus elektrik secara spesifik dan membangunkan kaedah menilai dan mengira kuantiti arus.

Terminologi

Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang terhasil daripada pengaliran elektron. Manakala elektrisiti boleh ditakrifkan sebagai aliran zarah bercas negatif. Zarah bercas negatif (elektron) ini mengalir di atas objek atau sesuatu yang mengkonduksikan elektrik. Elektrisiti juga dikenali sebagai Arus. Secara asasnya, elektron akan mengorbit nukleus atom. Nukleus atom ini terdiri daripada zarah bercas positif yang digelar proton dan juga zarah neutral iaitu neutron.

Faktor Penting Elektrik

Tiga faktor yang mempengaruhi elektrik ialah:

1.    Voltan iaitu perbeza keupayaan (difference of electrical potential) antara dua titik eletrik atau litar eletronik. Unit SI bagi voltan    ialah Voltan (V)
2.    Arus iaitu merupakan satu kuantiti dalam sains yang menerangkan kadar pengaliran cas elektrik Unit SI bagi arus ialah Ampere (A)
3.    Rintangan iaitu sifat bagi litar di mana elektrik mengalir dan memberi rintangan kepada arus. Unitnya (R)
  
Rumus matematiknya ialah: V = I/R

Hazad Elektrik

Elektrisiti ataupun arus boleh membunuh. Saban tahun kemalangan yang berpunca dari elektrik direkod. Di United Kingdom misalnya sebanyak 1,000 kemalangan yang melibatkan elektrik dilaporkan. Biasanya kemalangan ini melibatkan kontak secara langsung manusia dengan alatan elektrik yang terdedah contohnya menyentuh kabel elektrik yang luka. Kemalangan yang melibatkan elektrik ini berlaku bilamana prinsip asas keselamatan elektrik tidak dititikberatkan.

Hazad elektrik boleh dikelaskan dengan beberapa jenis:

1.   Hazad Elektrostatik
2.   Hazad Kebakaran
3.   Hazan Pengcahayaan (mata arka)
4.   Hazad Renjatan

Hazad Elektrostatik

Elektrostatik terhasil oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat. Cas-cas ini mempunyai voltan yang tinggi tetapi arus yang rendah. Kesan elektrostatik ini akan menyebabkan kejutan. Elektrostatik boleh menjadi hazad kepada manusia bila ia mempunyai voltan tinggi yang boleh mengakibatkan kecederaan mahupun kematian. Elektrostatik juga boleh menjadi hazad kepada persekitaran yang berisiko untuk mewujudkan sumber pencucuhan dalam persekitaran mudah terbakar.

Hazad Kebakaran

Kita sering mendengar kemalangan yang berpunca dari elektrik pastinya melibatkan kebakaran. Fenomena ini berlaku berpunca dari litar pintas, lebihan tenaga mengalir (overload) dan lain-lain. Kegagalan ini menyebabkan percikan api ataupun penjanaan tenaga haba yang tinggi yang berpotensi dalam menyalakan api. Pelepasan cas statik juga penyebab kepada hazad kebakaran.
Hazad Pengcahayaan (mata arka)

Pengcahayaan yang melampau mampu merosakkan sistem penglihatan kita. Mata manusia begitu sensitif dengan cahaya lampau. Hazad ini terdiri dari cahaya ultraungu yang terhasil dari arka elektrik dari silauan cahaya aktiviti kimpalan. Apabila mata melihat secara langsung punca cahaya ini, ianya akan memberi kesan yang dipanggil ’Konjuntinitis’

Hazad Renjatan

Renjatan elektrik adalah hazad utama pada manusia. Renjatan elektrik terjadi bila badan atau anggota badan bersentuhan dengan sumber arus elektrik. Arus ini akan mengalir di dalam badan manusia dan terus ke bumi untuk dineutralkan. Kesan renjatan elektrik ini memberi kesan yang serius dan boleh membawa maut. Arus yang mencukupi menyebabkan fungsi anggota badan terjejas seperti kekejangan otot, kegagalan jantung dan melumpuhkan sistem pernafasan.
Berikut adalah antara contoh-contoh keadaan dan kelakuan yang terdedah kepada potensi bahaya elektrik:

1.   Pepasangan dilakukan oleh orang yang tidak kompeten.
2.   Mengganggu pergerakan jangka.
3.   Membuat penyambungan dari rumah ke rumah.
4.   Melakukan penyambungan terus ke pepasangan SESB.
5.   Pepasangan dalam premis tidak diuji secara berkala.
6.   Menyambung beban tambahan tanpa kebenaran.
7.   Radas dan pendawaian yang tidak selamat ataupun tidak terlindung.
8.   Sistem pembumian (earthing) tidak diperiksa.
9.   Melakukan penyambungan tanpa jangka (tidak berdaftar).
10.   Menggunakan bahan atau pepasangan yang bermutu rendah ataupun tidak berkualiti.
  
   Sumber: Suruhanjaya Tenaga dan Komunikasi, Malaysia

Kesan arus elektrik kepada badan manusia.



Sumber: National Safety Council

Pengelasan Alatan Elektrik

Terdapat dua (2) kelas peralatan elektrik yang digunakan secara meluas di negara ini. Ia dikelaskan berdasarkan ciri-ciri keselamatan dan rekabentuknya.

Peralatan Elektrik Kelas I

Peralatan elektrik kelas 1 melingkungi semua alat elektrik yang badannya dibuat daripada logam. Semua peralatan jenis ini mestilah disambungkan ke punca kuasa menggunakan wayar mudah lentur 3 teras iaitu wayar hidup (coklat) dan wayar neutral (biru) yang diperlukan untuk membolehkan peralatan elektrik berfungsi.Wayar bumi (hijau/ kuning) pula diperlukan untuk memastikan arus bocor tidak mengalir ke tubuh pengguna, tetapi terus ke bumi apabila terjadi kerosakan seperti wayar hidup tersentuh pada badan logam peralatan tersebut. Ini boleh menyelamatkan pengguna dari renjatan elektrik.

Peralatan Elektrik Kelas II

Peralatan elektrik kelas ll pada amnya ialah peralatan elektrik yang badannya dibuat daripada bahan-bahan bukan pengalir elektrik seperti plastik. Terdapat juga peralatan yang badannya diperbuat daripada logam pengalir elektrik seperti video tetapi masih dikelaskan sebagai peralatan kelas ll. Ini kerana ia mempunyai sistem penebatan berganda (double insulation) iaitu penebatan pertama membolehkan ia berfungsi dengan sempurna manakala penebatan kedua memastikan pengguna tidak tersentuh dawai pengalir elektrik jika terjadi kerosakan.

Pengurusan Keselamatan Elektrik

Di Malaysia didapati 80% pengguna-pengguna elektrik di pepasangan domestik dan tempat kediaman adalah terdiri daripada yang kurang berpengetahuan mengenai keselamatan elektrik. Manakala kurang daripada 20% pengguna-pengguna elektrik adalah pengguna komersial dan industri.
Aspek pengurusan dalam keselamatan pengendalian alat elektrik adalah satu bidang yang penting bagi mengelakkan sebarang insiden dan kemalangan daripada berlaku. Pengurusan yang baik dan teratur membuahkan hasil kerja yang baik dan bersistematik. Ini secara tidak langsung meminimakan hazad dan risiko yang melibatkan elektrik. Pengurusan keselamatan elektrik diaplikasikan kepada aktiviti yang melibatkan pengendalian alatan elektrik yang merangkumi dari tataamalan permulaan kerja hingga akhir. Tataamalan ini menjadi petunjuk kepada pengendali agar melaksanakan kerja dalam keadaan yang sistematik dan selamat. Di dalam konteks pengurusan keselamatan elektrik, aspek langkah kawalan hazad elektrik dari segi kawalan kejuruteraan dititikberatkan. Langkah kawalan kejuruteraan hazad elektrik boleh dibahagikan kepada:

1.   Sistem pembumian
2.   Penggunaan bahan antistatik (bertujuan mengurangkan hazad elektrostatik)
3.   Penebat berganda (double insulators)
4.   Penggunaan fius untuk mengelakkan pengaliran arus yang tinggi.
5.   Pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE)

Program Keselamatan Elektrik

Program Keselamatan Elektrik adalah satu program yang dibangunkan atas inisiatif individu atau pihak pengurusan. Tujuan utama Program Keselamatan Elektrik adalah sebagai kaedah promosi kesedaran dalam skop sistem kerja selamat dan pembangunan kemahiran pekerja. Antara program yang boleh diatur:

1.   Membangun dan melaksana program keselamatan yang komprehensif. Program ini harus disemak dan dikemaskini agar ianya    menepati kehendak masa dan keadaan kerja.
2.   Menyediakan latihan yang mencukupi kepada pekerja dalam skop pengenalpastian dan mengawal hazad yang berkaitan dengan    elektrik.
3.   Menyediakan latihan yang spesifik dalam pengendalian alatan elektrik. Latihan yang menjurus kepada kemahiran secara kopetensi.
4.   Membangun dan melaksana prosedur kawalan hazad elektrik yang meliputi prosedur ’lock-out and tag-out’.
5.   Menyediakan alat memeriksa dan mengesan kepada pekerja yang bekerja secara langsung dengan alat elektrik untuk memastikan    tahap kerja dan fokus yang baik dan selamat.
6.   Membangun dan melaksana program pemeriksaan berkala dan tidak berkala di tempat kerja.
7.   Menggalakkan pekerja menyertai program-program keselamatan yang dirangka.
8.   Menyediakan kelengkapan perlindungan diri yang sempurna.
9.   Menyedia dan melaksana analisis kerja selamat kepada semua aktiviti kerja yang berpotensi dalam risiko dan hazad elektrik.

Perlindungan dan Pencegahan Hazad Elektrik

Perlindungan hazad elektrik boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu:

1.   Perlindungan dari kontak langsung.
2.   Perlindungan dari kontak tidak langsung.

1.   Perlindungan daripada kontak langsung
   Membekalkan penebatan bahagian peralatan yang berpotensi mengecas elektrik.

2.   Perlindungan daripada kontak tidak langsung
   Membekalkan pembumian secara efektif bagi pengasingan logam yang mana boleh mengecas elektrik jika penebat asas    gagal.  


Re: Keselamatan Pengendalian Alatan Elektrik
Pengendalian dan pengurusan elektrik dikategorikan dalam kerja merbahaya. Oleh itu, faktor penguatkuasaan undang-undang amat penting bagi menyediakan satu panduan supaya aspek pengurusan dilaksanakan dengan baik dan mengikuti standad.

1.   Akta Bekalan Elektrik 1990
2.   Peraturan Bekalan Elektrik 1994
3.   Piawaian Sirim bagi peralatan elektrik
4.   Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Simbol dan Tanda Amaran Hazad Elektrik

Simbol dan tanda amaran hazad elektrik amat penting sebagai langkah kawalan hazad. Papan tanda amaran ini berfungsi sebagai kaedah komunikasi visual kepada pekerja dan orang sekeliling berkenaan hazad elektrik yang berpotensi. Di dalam Akta Kilang dan Jentera, 1967 Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Pengakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera, 1970, Peraturan 4 menyatakan bahawa pihak kontraktor yang bekerja dengan ini hendaklah mematuhi semua peraturan kesihatan dan keselamatan pekerjaan seperti yang berkuatkuasa mengikut undang-undang negara. Dibawah perkara 10:

Sentiasa memastikan adanya penghadang keselamatan seperti lampu amaran, pagar, pita, papan-papan tanda amaran secukupnya.

Antara simbol dan tanda amaran hazad elektrik:



Kesimpulan

Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang begitu penting dalam kehidupan seharian manusia. Pengendalian alatan elektrik dengan cara yang salah akan mengakibatkan kemalangan yang serius seperti renjatan elektrik dan kebakaran. Oleh itu aspek pengurusan keselamatan elektrik perlu dititikberatkan agar tahap hazad dan risiko dapat diminima serendah mungkin seterusnya dapat mengelakkan sebarang insiden dan kemalangan daripada berlaku.

KESELAMATAN ELEKTRIK DI TANGAN ANDA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin