Rabu, 9 November 2011

MENCEGAH KEMALANGAN SEMASA BERADA DI BENGKEL.

1
MENCEGAH KEMALANGAN DI BENGKEL
Pencegahan bermaksud mengelak atau mencegah daripada sebarang kemalangan dari
berulang dan mengurangkan kemalangan. Pencegahan kemalangan adalah merupakan elemen
yang perlu ada di dalam sistem pengurusan yang baik. Keselamatan ditakrifkan sebagai suatu
keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan. la merupakan
perkara untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan. Pihak pengurusan dan pekerja
hendaklah bekerjasama dengan ikhlas dan sepenuh hati di dalam usaha pencegahan
kemalangan. Pihak pengurusan tertinggi menerajui segala usaha untuk meningkatkan
keselamatan di tempat kerja. Satu polisi keselamatan yang jelashendaklah diadakan di setiap
tempat kerja. Organisasi dan sumber yang diperlukan untuk menjalankan program
danrancangan keselamatan perlu ada. Pengetahuan dan teknologi yang terkini hendaklah
digunakan untuk mencegah kemalangan di dalam bengkel.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Kemalangan berlaku kerana pekerja atau pelajar telah melakukan pekerjaan yang tidak
selamat dan bekerja dalam persekitaran yang tidak selamat. Terdapat 5 langkah untuk
mencegah kemalangan seperti:
1. Keadaan bengkel
Para pelajar mestilah memastikan lantai berada dalam keadaan kering dan dibersihkan sebaik
sahaja selesai bekerja. Hal ini kerana lantai yang kotor dan licin boleh mengganggu tumpuan
kerja seseorang dan boleh mengakibatkan kemalangan. Oleh itu penjagaan lantai perlulah
dititikberatkan untuk menjamin keselamatan di dalam bengkel. Selain itu peralatan yang tidak
digunakan perlulah disusun ditempatnya semula. Ini dapat memudahkan barang tersebut
dicari semula oleh orang lain apabila hendak menggunakannya. Serpihan logam yang tidak
digunakan pula perlulah dibuang ke tempat yang dikhaskan. Seperti mana yang kita tahu
serpihan logam amat berbahaya kepada diri kita dan orang lain kerana permukaannya tajam
dan boleh membawa kepada luka yang dalam. Oleh itu serpihan logam tersebut perlulah
diasingkan dengan betul.
Kawasan kerja juga mestilah mempunyai susun atur yang baik. Hal ini dapat
memudahkan seseorang itu mencari alatan yang diperlukan dengan cepat tanpa perlu
mengambil masa yang lama untuk menjumpainya kerana adanya susun atur yang baik. Selain
2
itu ruang berjalan kaki juga mestilah bersih daripada segala lebihan projek dan alatan yang
digunakan. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada tersepak atau terjatuh di atas lebihan
projek atau alatan yang digunakan sehingga boleh mengundang kepada kecederaan.
Disamping itu sistem pengalihudaraan dan pencahayaan perlu berfungsi dengan baik di dalam
bengkel. Hal ini kerana keadaan di dalam bengkel semasa bekerja sangat sesak, bising dan
panas. Oleh itu pencahayaan dan pengudaraan yang baik membantu menstabilkan semula
keadaan di dalam bengkel agar sejuk dan selesa.
Keadaan bengkel yang kemas Susun atur peralatan
Keadaan bengkel yang sesak
3
2. Menggunakan alat-alat yang selamat
Peraturan penggunaan alat dan kelengkapan juga perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan
pengguna di tempat kerja. Antara peraturannya adalah seperti yang berikut:
· Elakkan daripada menggunakan peralatan atau mesin sekiranya tidak tahu kaedah
penggunaannya. Jika salah menggunakannya atau mengendalikannya mungkin boleh
menyebabkan kemalangan.
· Pastikan bahagian mesin yang berputar mempunyai pelindung keselamatan.
Contohnya, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.
Rajah 3.3.1 Pemampat udara yang mempunyai pelindung
· Pastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan seperti dalam Rajah 3.4.
Penggunaan peralatan yang telah rosak seperti pahat yang berkepala cendawan boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan akibat penyerpihan logam pahat semasa
memahat.
Rajah 3.3.2 (a) pahat yang selamat digunakan,
(b) pahat yang tidak selamat digunakan
4
· Pastikan setiap alat dan mesin mempunyai pembumian sempurna seperti dalam Rajah
3.5 bagi mengelakkan bahaya elektrik semasa digunakan.
Rajah 3.3.3 Pemasangan soket tiga pin yang betul
· Gunakan peralatan dan mesin dengan betul. Contohnya, kikir berfungsi hanya untuk
mengikir dan bukannya mengetuk
· Pastikan peralatan yang rosak perlu segera dibaiki bagi mengelakkan kemalangan.
3. Melatih pekerja
Latihan keselamatan adalah menjurus kepada latihan dan orientasi pekerja ke arah
tingkah laku bekerja secara selamat. la merupakan suatu amalan untuk mencegah
kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan atau keadaan yang membahayakan
kepada:
(a) Pekerja/pelajar
· Semasa menggunakan alatan tersebut
(b) Kakitangan
· Semasa sedang memeriksa sesuatu alatan
(c) Kelengkapan dan peralatan
· Mengelakkan alatan daripada cepat rosak dan membahayakan apabila
digunakan.
5
4. Memakai peralatan perlindungan - pakaian, kasut, topi keselamatan dan
sebagainya.
Cara berpakaian juga perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan pengguna ketika
melaksanakan kerja. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu:
a. Pakaian am
b. Pakaian perlindungan
c. Peralatan perlindungan
Pakaian Am
Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai, iaitu tidak terlalu longgar atau
terlalu ketat. Pakaian yang terlalu longgar boleh menyebabkan kemalangan kerana mudah
tersangkut pada peralatan dan mesin, terutamanya pada mesin yang sedang bergerak. Pakaian
yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan menyebabkan pemakai berasa kurang
selesa untuk bekerja.
Bagi pekerja lelaki, rambut mestilah pendek dan kemas.bagi pekerja perempuan yang
berambut panjang pula, rambut hendaklah diikat supaya tidak tersangkut pada mesin yang
sedang berputar. Pekerja yang memakai tudung hendaklah menyisipkan tudung ke dalam
baju. Barang perhiasan seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah ditanggalkan sebelum
kerja dimulakan. Barang-barang tersebut hendaklah disimpan kerana ianya boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa
litar pintas berlaku.
6
Pakaian Perlindungan
Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan. Kasut ini dapat
melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda berat. Tapaknya
yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan tergelincir kerana tapaknya
tidak mudah haus.
Sarung tangan yang sesuai perlu digunakan ketika memegang bahan kerja atau peralatan
bagi mengelakkan kecederaan semasa kerja mengimpal, memotong dan merivet. Apron atau
pakaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit perlu dipakai bagi mengelakkan
kecederaan pada tubuh ketika melakukan kerja mengimpal.
Peralatan Perlindungan
Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan menggerudi)
serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan. Sekiranya alatan tersebut
tidak digunakan dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan yang serius kepada tubuh badan.
Hal ini kerana semasa proses penggerudian serpihan logam yang kecil akan beterbangan
dalam bengkel. Sekiranya pelajar tidak memakai gogal tersebut serpihan logam tersebut
akan mengenai mata dan menyebakan kecederaan. Oleh itu penggunaan alat pelindung
keselamatan sangat berguna semasa projek sedang dilakukan.
Penggunaan gogal Penggunaan pelindung muka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin