“Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop ada dekat mana?”, anak sulung saya bertanya. Usianya baru enam tahun.
“Sudah besar, anak aku rupanya”, hati saya terdetik. Sentiasa melihat anak-anak dengan wajah mereka tatkala di dukungan, terlupa yang mereka sudah meniti usia dewasa.
“Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop duduk di tempat lain. Tempat tu Allah sahaja yang tahu”, saya cuba memberitahu. Entah ya entahkan tidak, saya mencuba.
“Macam mana Yop boleh ada dalam perut Ummi?”, tanya si anak lagi.
Err, saya tergamam.
“Abi kan kahwin dengan Ummi. Sebab itulah Yop ada dalam perut Ummi”, saya menjawab (tapi tidak menjawab).
Anak saya mengangguk-angguk.
Mujur!
Soalan-soalan seperti ini sudah muncul semenjak usia lima atau enam tahun lagi. Malah pada usia sebegitu, ada kemungkinan anak-anak sudah mula berkesperimentasi. Mereka sudah sedar akan persamaan dan perbezaan fizikal antara adik beradik berlainan jantina, malah perbezaan fizikal kanak-kanak dan orang dewasa.
Atas kesedaran itu, Baginda SAW telah mengarahkan agar anak-anak lelaki dan perempuan dipisahkan bilik pertiduran mereka pada usia mereka belajar tentang solat.
“Orang lelaki, kena balik rumah. Orang perempuan, balik rumah… kena!”, kata seorang ustaz di akhir sebuah kursus.
Peserta perempuan tersipu-sipu tunduk menahan malu.
Peserta lelaki ketawa sampai memukul-mukul meja.
Hebatlah ustaz itu barangkali! Lawaknya menjadi.
Kejadian seperti ini sangat kerap berlaku. Bahan senda gurau yang mengandungi unsur-unsur lucah sudah menjadi kebiasaan hingga kayu ukur sexual harrasment masyarakat kita menjadi lebih kebal. Budaya ini adalah budaya kerendahan akal dan budi.
Budaya ini menggambarkan betapa masyarakat kita sudah tidak menghormati kesucian institusi keluarga. Hubungan seks di antara suami isteri adalah suatu ‘ibadah’ yang dilindung oleh Allah dengan adab-adab yang diungkap dengan wahyu. Malangnya, orang kita menjadikannya sebagai benda murahan yang disenda guraukan.
Siapakah juara dalam budaya melucahkan seks ini?
Tolak ketepilah lelaki-lelaki singkat akal yang kotor hidup dan kotor bahasanya.
Budaya melucahkan seks ini jadi satu ‘kemalangan’ ke atas akhlaq umat apabila ia dijuarai oleh orang agama sendiri. Ustaz-ustaz lucah!
Kursus kahwin – Gambar hiasan
Kalaulah boleh diadakan kaji selidik, siapakah peserta kursus kahwin yang
terselamat dari lawak lucah penceramahnya? Saya sendiri turut
mengalaminya. Kursus kahwin yang saya sertai, bukan sahaja penuh
kekeliruan terhadap perbahasan hukum hakam, malah turut tercemar secara
rutin dengan lawak-lawak yang lucu bagi manusia singkat akal. Melawakkan
seks dan melucahkannya.
Di dalam ceramah agama pun sama juga. Kotor sungguh majlis-majlis ilmu dengan cakap-cakap sebegini.
Malah, bukan sahaja ustaz-ustaz yang buat kerja kotor seperti ini, ustazah-ustazah pun sudah turut menjadi mubalighnya. Bercakap kotor, membuat gaya-gaya gatal dan gedik, bergaya mengalahkan selebriti… entah apa yang cuba didemonstrasikannya.
PUNCA
Sukar untuk saya mengenal pasti punca kecenderungan orang agama terhadap lawak lucah sebegini.
Menjadikan seks sebagai bahan lawak jenaka jauh sekali menjadi petanda yang seseorang itu cool kecuali tiada agama yang hendak dirujuk sebagai penentu nilai. Cakap-cakap kotor sebegini tidak akan berlaku kecuali ia datang dengan kombinasi dua faktor.
Pertamanya adalah faktor kerendahan mentaliti.
Keduanya adalah faktor kerendahan iman dan hati.
Namun seandainya lawak-lawak berlibido ini disertai dengan perlakuan hiperaktif, mahu sahaja saya cadangkan bahawa golongan ini mempunyai masalah psikiatri yang serius. Bipolar maniac, harus dipertimbangkan!
Jika rumahtangga bermula dengan pendidikan seks lucah terhadap calon ibu bapa… apakah ada sinar dalam budaya gelap ini?
“Sudah besar, anak aku rupanya”, hati saya terdetik. Sentiasa melihat anak-anak dengan wajah mereka tatkala di dukungan, terlupa yang mereka sudah meniti usia dewasa.
“Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop duduk di tempat lain. Tempat tu Allah sahaja yang tahu”, saya cuba memberitahu. Entah ya entahkan tidak, saya mencuba.
“Macam mana Yop boleh ada dalam perut Ummi?”, tanya si anak lagi.
Err, saya tergamam.
“Abi kan kahwin dengan Ummi. Sebab itulah Yop ada dalam perut Ummi”, saya menjawab (tapi tidak menjawab).
Anak saya mengangguk-angguk.
Mujur!
Soalan-soalan seperti ini sudah muncul semenjak usia lima atau enam tahun lagi. Malah pada usia sebegitu, ada kemungkinan anak-anak sudah mula berkesperimentasi. Mereka sudah sedar akan persamaan dan perbezaan fizikal antara adik beradik berlainan jantina, malah perbezaan fizikal kanak-kanak dan orang dewasa.
Atas kesedaran itu, Baginda SAW telah mengarahkan agar anak-anak lelaki dan perempuan dipisahkan bilik pertiduran mereka pada usia mereka belajar tentang solat.
“Ajarkanlah anak kamu bersolat pada
usia 7 tahun, pukul andai masing enggan bersolat tatkala berusia 10
tahun, dan pisahkan pertiduran mereka” [Hadith Riwayat Abu Daud]
Tertib ini perlu kerana tahap umur
bereksperimentasi mereka sudah bermula pada usia sedemikian rupa.
Kesedaran anak-anak terhadap kejantinaan mereka sudah bermula. Di
sinilah ibu bapa dengan bantuan guru, harus mula memperkenalkan kepada
anak mereka beberapa panduan berkaitan dengan seks.
Kita sedar akan betapa besarnya
tanggungjawab ibu bapa dan guru-guru untuk mengajak pendidikan seks
kepada anak murid. Seawal usia pra sekolah, keperluan memperkenalkan
beberapa garis panduan kepada kanak-kanak ini sudah jadi mendesak,
akibat exposure yang pelbagai di sana sini di dalam kehidupan mereka.
MULAKAN DENGAN NILAI
Pendidikan seks boleh dimulakan dengan
memperkenalkan nilai kepada anak-anak. Ajar mereka tentang sifat MALU,
yang akan membantu mereka membina batas-batas pergaulan, seterusnya
memilih tindakan dengan bertertib.
“Yop, keluar bilik air pakailah tuala siap-siap!”, Ummu Saif menegur anak kami.
“Naurah, duduk elok-elok”, saya betulkan duduk Naurah, agar ada sopan santun.
Tidak mudah… tetapi saya dan isteri terus
mencuba. Perlahan-lahan. Perlu sekali untuk anak-anak dipupuk agar sifat
malu mereka terjaga. Sifat malu itu tidak perlu diperkenalkan kerana ia
naluri. Namun naluri itu boleh mati dan hilang jika ia tidak dipupuk,
apatah lagi didedahkan kepada nilai yang bertentangan.
“Sesekali biarkan anak-anak kita
bertelanjang bebas, untuk mereka bereksperimentasi!”, kata Miriam
Stoppard di dalam salah sebuah buku parenting tulisan beliau.
Oh, walaupun saya amat terbuka malah
menggalakkan semua orang membaca buku-buku seperti ini, namun kita
hendaklah selektif dalam menilai. Mana-mana yang tidak sesuai dengan
nilai agama dan budaya kita, haruslah bijak membuat saringan.
Saya tidak selesa dengan sikap sesetengah ibu bapa yang membiarkan sahaja anaknya ‘bolen‘ bertelanjang ke sana sini di dalam atau di halaman rumah.
Sifat malu yang hilang akan menyulitkan pendidikan seks kepada mereka nanti.
MENURUTI PERTAMBAHAN USIA
Pendedahan ibu bapa kepada permasalahan
seks kepada anak-anak juga harus meraikan aspek umur. Sesuaikan
penjelasan dengan tahap keupayaan memahami anak-anak. Sesuaikan juga
dengan tahap keperluan.
“Kenapa mama tak sembahyang?”, boleh sahaja anak pada usia 7 tahun bertanya. Hairan melihat ibunya ‘bercuti’.
“Allah sayang ibu. Sebab itu semua ibu
Allah beri cuti seminggu. Ayah kuat. Jadi Ayah boleh terus solat. Tak
perlu cuti”, mungkin penjelasan sebegini sudah memadai.
Tetapi apabila usia anak meningkat ke 10 hingga 12 tahun, persoalan haid sudah boleh dijelaskan dengan baik kepada anak-anak.
KUNCINYA KOMUNIKASI
Berbalik kepada isu utama, ibu bapa hanya berada di dalam mood
yang betul untuk berperanan mendidik tentang seks kepada anak-anak,
hanya apabila mereka mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak.
Sikap terbuka ibu bapa berbincang dengan anak-anak membolehkan pelbagai
isu dapat dibincangkan, dan ibu bapa menjadi orang kepercayaan
anak-anak.
Tentu sahaja pendidikan terbaik oleh ibu
bapa kepada anak-anak ialah dengan menjadi model mesej kepada mereka.
Sifat malu, menjaga batas aurat, penggunaan bahasa yang sopan dan
bertertib, adalah suatu kemudahan yang besar untuk mendidik anak tentang
seks dalam konteks akhlaq Islam.
Sebelum bercakap tentang tajuk sesusah seks
kepada anak-anak, perlulah ibu bapa sudah biasa berbincang tentang
tajuk-tajuk yang lain dengan mereka.
MELUCAHKAN SEKS
Dalam susah payah kita mahu memberikan panduan pendidikan seks dan
benteng penyelamat bagi anak-anak, usaha itu diancam oleh mentaliti
kotor sebahagian masyarakat kita yang gemar MELUCAHKAN SEKS.“Orang lelaki, kena balik rumah. Orang perempuan, balik rumah… kena!”, kata seorang ustaz di akhir sebuah kursus.
Peserta perempuan tersipu-sipu tunduk menahan malu.
Peserta lelaki ketawa sampai memukul-mukul meja.
Hebatlah ustaz itu barangkali! Lawaknya menjadi.
Kejadian seperti ini sangat kerap berlaku. Bahan senda gurau yang mengandungi unsur-unsur lucah sudah menjadi kebiasaan hingga kayu ukur sexual harrasment masyarakat kita menjadi lebih kebal. Budaya ini adalah budaya kerendahan akal dan budi.
Budaya ini menggambarkan betapa masyarakat kita sudah tidak menghormati kesucian institusi keluarga. Hubungan seks di antara suami isteri adalah suatu ‘ibadah’ yang dilindung oleh Allah dengan adab-adab yang diungkap dengan wahyu. Malangnya, orang kita menjadikannya sebagai benda murahan yang disenda guraukan.
Siapakah juara dalam budaya melucahkan seks ini?
Tolak ketepilah lelaki-lelaki singkat akal yang kotor hidup dan kotor bahasanya.
Budaya melucahkan seks ini jadi satu ‘kemalangan’ ke atas akhlaq umat apabila ia dijuarai oleh orang agama sendiri. Ustaz-ustaz lucah!
Kursus kahwin – Gambar hiasan
Di dalam ceramah agama pun sama juga. Kotor sungguh majlis-majlis ilmu dengan cakap-cakap sebegini.
Malah, bukan sahaja ustaz-ustaz yang buat kerja kotor seperti ini, ustazah-ustazah pun sudah turut menjadi mubalighnya. Bercakap kotor, membuat gaya-gaya gatal dan gedik, bergaya mengalahkan selebriti… entah apa yang cuba didemonstrasikannya.
PUNCA
Sukar untuk saya mengenal pasti punca kecenderungan orang agama terhadap lawak lucah sebegini.
Menjadikan seks sebagai bahan lawak jenaka jauh sekali menjadi petanda yang seseorang itu cool kecuali tiada agama yang hendak dirujuk sebagai penentu nilai. Cakap-cakap kotor sebegini tidak akan berlaku kecuali ia datang dengan kombinasi dua faktor.
Pertamanya adalah faktor kerendahan mentaliti.
Keduanya adalah faktor kerendahan iman dan hati.
Namun seandainya lawak-lawak berlibido ini disertai dengan perlakuan hiperaktif, mahu sahaja saya cadangkan bahawa golongan ini mempunyai masalah psikiatri yang serius. Bipolar maniac, harus dipertimbangkan!
… Dirinya sahaja yang betul, tidak habis-habis berleter dan mengungkit seribu satu perkara, malah bercakap lucah atau melakukan perbuatan lucah hingga ke tahap hospital di Ireland akan membekalkan pil pencegah kehamilan kepada pesakit Bipolar Disorder ini kerana beliau dengan mudah sahaja boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya. – petikan artikel Bipolar Disorder 30 Oktober 2007.SESUNGGUHNYA
Jika rumahtangga bermula dengan pendidikan seks lucah terhadap calon ibu bapa… apakah ada sinar dalam budaya gelap ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan