Selasa, 8 November 2011

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESESAKAN LALU LINTAS SERTA DAPAT MENGURANGKAN KEMALANGAN JALANRAYA.

Masalah kesesakan lalulintas yang berlaku hampir setiap hari telah menyukarkan murid untuk menyeberangi jalan ke sekolah. Hal ini telah berlaku kepada murid Sekolah kebangsaan Jeram Hulu yang terpaksa bertarung nyawa setiap hari untuk menyeberangi jalan ke sekolah berikutan kesibukan lalulintas yang berlaku di kawasan sekolah mereka. Masalah ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibubapa mengenai keselamatan anak-anak mereka.

Antara punca kesukaran murid untuk melintas ialah disebabkan oleh sikap pemandu kenderaan yang sering memandu laju dan tidak menghiraukan lampu isyarat pejalan kaki yang telah disediakan dan ini membuatkan pejalan kaki sukar untuk melintas jalan. Para pemandu seringkali mengambil mudah akan masalah ini. Sehubungan dengan itu,kempen kesedaran hendaklah diadakan untuk menyedarkan para pemandu kenderaan agar menitikberatkan keselamatan pejalan kaki dan mematuhi peraturan lalulintas. Kempen kesedaran juga penting agar pemandu tidak mengambil sikap sambil lewa supaya mereka tidak menyesal di kemudian hari. Bak kata pepatah, ‘sudah terhantuk baru tergadah’.

Murid sekolah seringkali diselubungi ketakutan dan kebimbangan untuk melintas jalanraya kerana sebelum ini terdapat kes kematian telah dilaporkan yang membabitkan murid sekolah tersebut. Hal ini adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu memandu kenderaan. Untuk mengurangkan rasa takut dalam kalangan murid sekolah untuk melintas jalan, pihak sekolah hendaklah meletakkan seorang pengawal khas untuk memantau murid sekolah ketika mereka ingin melintas jalan. Walaupun terdapat lintasan belang dan lampu isyarat pejalan kaki yang telah disediakan, namun sikap pemandu yang mementingkan diri sendiri tidak menghiraukan murid sekolah yang ingin melintas jalan tersebut. Oleh itu, dengan adanya pengawal lalulintas, para pemandu mungkin akan memberhentikan kenderaan mereka bagi memberi laluan kepada murid sekolah dan pejalan kaki.

Keadaan jalanraya juga mempengaruhi masalah ini. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) hendaklah membina bonggol jalan bagi laluan di kawasan sekolah. Ini adalah untuk memastikan para pemandu supaya memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan tersebut dan ini dapat mengurankan kadar kemalangan lalulintas yang melibatkan murid sekolah. Pihak yang berkuasa juga hendaklah membaikpulih rupa bentuk jalan raya yang juga menjadi punca masalah peningkatan kadar kemalangan tersebut.

Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dan tidak mementingkan diri sendiri. Semua aspek haruslah diambilkira dan tidak memandang remeh akan sesuatu hal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin