TIPS MENCEGAH KEBAKARAN
Sepuluh (10) Cara Mencegah Kebakaran:
1. Keselamatan Di Dapur
Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan
dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan yang letih
atau mengantuk.
2. Ruang Alat Pemanas
Letakkan alat pemanas pada jarak tiga (3) kaki atau satu (1) meter daripada
sebarang sebarang benda yang mudah terbakar.
3. Perkakas Merokok
Pastikan bekas abu rokkok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas
tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur.
4. Mancis dan Pemetik Api
Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat
supaya dapat dielak daripada kanak-kanak.
5. Elektrik
Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan
elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau
panas.
6. Lilin
Semasa menggunakan lilin pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar
dan daripada tiupan angin.
7. Alat Pengesan Asap
LENGKAPKAN RUMAH ANDA DENGAN ALAT PENGESAN ASAP.
Setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-kurangnya satu unit alat pengesan
asap. Keutamaan di ruang dapur disarankan, untuk memastikan keselamatan
keluarga dan amatlah baik disyorkan agar disetiap bilik dipasang alat tersebut.
8. Sentiasa Membuat Pemeriksaan
Periksa alat tersebut setiap bulan. Gantikan bateri setiap tahun sekali. Apabila
alat pengesan ini berbunyi menandakan bateri sudah lemah dan perlu ditukar
dengan segera. Tukarkan alat tersebut setiap sepuluh (10) tahun sekali.
Dapatkan yang mudah alih.
9. Perancangan Untuk Melepaskan Diri
TAHUKAN ANDA CARA MENYELAMAT DIRI JIKA BERLAKU
KEBAKARAN? Pastikan setiap rumah mempunyai satu (satu) lakaran untuk
melepaskan diri dari sebarang kebakaran, dengan itu sesiapa yang berada di dalam
rumah mengetahui bagaimana hendak menyelamatkan diri semasa berlaku
kebakaran.
10. Merangkak Di Dalam Asap
Cara yang betul menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, pertama cuba
merangkak ke lantai dengan menggunakan kedua-dua tangan, siku dan lutut.
Kedua, pastikan kepala anda 30-60 cm (kurang daripada dua (2) kaki) dari
aras lantai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan