Imam
al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut
ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang
fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan
panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah :
1. Imam al-Syafie pernah bersyair:
Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
2.Beliau Berkata :
Barangsiapa
ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus
meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa,
menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang
dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka
Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang
lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”
Dua ungkapan di atas merupakan azimat yang berharga yang mesti ambil perhatian oleh penuntut ilmu agar mendapat manfaat dengan ilmu yang dipelajari.
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :
1.
Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang
untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat
menyimpan ilmu yang bermanfaat.
2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.
3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.
4.
Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya
dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.
5.
Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati
itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk
kehidupannya selepas mati.
Kesilapan
besar pelajar masa kini ialah melibatkan diri dengan perkara sia-sia
malah dengan perkara yang diharamkan menyebabkan hati menjadi kotor dan
hilang fokus. Ramai pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting
masih lagi sempat ‘bercouple’ dan ini adalah satu dosa yang hanya akan
mengganggu focus terhadap pelajaran.
Terdapat
juga pelajar yang terlalu obsess dengan artis sama ada artis tempatan
atau luar Negara dengan memujanya secara melampau. Ini juga adalah dosa
kerana perintah Allah ialah menjaga pandangan daripada melihat yang haram. Sebenarnya banyak lagi perkara melalaikan yang menjadi penghalang seseorang pelajar mencapai kecemerlangan.
Hati
manusia dijadikan dalam keadaan tidak dapat memberi perhatian kepada
dua perkara dalam satu masa. Bila seseorang pelajar terlibat dengan
perkara lain dengan sendirinya pelajaran akan terabai. Lebih-lebih lagi
bila melakukan perkara haram kerana dosa-dosa merupakan penghalang ilmu
sebagaimana nasihat Imam al-Syafie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan