Penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalanraya yang
dilaksanakan di dalam kampus adalah sama seperti yang diguna pakai di
luar iaitu mengikut peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam
Ordinan Lalulintas Jalan 1958, peraturan Lalulintas Jalan 1959 dan Akta
Universiti dan Kolej Universiti,1971 (kaedah-Kaedah Universiti Teknologi
Malaysia (Tatatertib pelajar-pelajar) 1975
Pengguna-pengguna jalan rayanya di dalam kampsu dikehendaki memenuhi segala kaedah dan peraturan lalul;intas jalan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa. Dan pengguna juga harus mematuhi papan tanda lalulintas dan arahan yang diberikan oleh pengawal Keselamatan bertugas
Berikut adalah sebahagian panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kemalangan serta menjadi pemandu berkhemah:
Pengguna-pengguna jalan rayanya di dalam kampsu dikehendaki memenuhi segala kaedah dan peraturan lalul;intas jalan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa. Dan pengguna juga harus mematuhi papan tanda lalulintas dan arahan yang diberikan oleh pengawal Keselamatan bertugas
Berikut adalah sebahagian panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kemalangan serta menjadi pemandu berkhemah:
1. | Biasakan diri dengan membuat pemeriksaan kepada keadaan keselamatan kenderaan sebelum memulakan sesuatu perjalanan khasnya periksa semua lampu berfungsi atau tidak, keadaan corak bunga tayar masih elok dan tekanan angin yang mencukupi, periksa semua minyak-minyak di bahagian enjin kenderaan mencukupi atau tidak dan brek kenderaan berfungsi dengan baik. |
2. |
Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu termasuk pemandu sekali. |
3. | Jangan memandu melebihi had laju,patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan yang dibenarkan dalam apa juga keadaan. |
4. | Sentiasa mengekalkan jarak selamat antara kenderaan anda dengan kenderaan yang berada di hadapan anda. Jika di dalam keadaan cuaca yang buruk maka kekalkan jarak yang lebih jauh antara kenderaan anda dan kenderaan di hadapan dan belakang. |
5. | Semasa memandu anda mungkin tidak dapat menjangka pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pemandu lain untuk menjamin keselamatan anda. |
6. | Jangan pandang secara tepat ke arah lampu kenderaan dari arah bertentangan kerana akan membuat pandangan menjadi silau. Pandu lebih ke bahagian kanan jalanraya dan jadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu. |
7. | Sentiasa peka dan berhati-hati jika sebuah kenderaan membelok secara tiba-tiba untuk mengelak lubang besar di jalan raya atau mengelak sebarang halangan. |
8. | Memandu dalam keadaan cuaca buruk terutama ketika keadaan hujan lebat amatlah sukar dan berbahaya, pasangkn lampu kereta supaya kenderaan di hadapan dan di belakang dapat melihat dan pandulah dengan kelajuan yang sesuai dengan keadaan berkenaan. |
9. | Ketika memandu di jalan raya hendaklah sentiasa berwaspada/ berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar. |
10. | Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana boleh menyebabkan kecelakaan. Awasi tahap panas baran anda semasa memandu. |
11. | Elakkan pemandu jika di dalam keadaan yang letih. Jika keletihan berhentikan kenderaan di kawasan yang dibenarkan dan berehat secukupnya sebelum memulakan semula pemanduan. |
12. | Perhatikan kereta dihadapan selama 15-20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi berbahaya atau sebarang masalah di luar jangkaan berlaku dan anda peluang mengelakkannya dengan segera. |
13. | Jika anda ingin mengubah lorong, berikan lampu signal dan sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan serta keyakinan berbuat demikian. |
14 | Tempat paling selamat bagi kanak-kanak ialah di bahagian tengah tempat duduk belakang.kanak-kanak yang berusia limab tahun ke bawah haruslah di tempatkan di dalam temapt duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan