Sabtu, 12 November 2011

TIPS MENGELAKKAN KEMALANGAN JALAN RAYA.

Assalamualaikum .. Camne malam raya ketiga korang ? Confirm la syiok kan? Ececehhhh.. Aku camni la.. Dilanda encik migrain dari petang tadi sampai la sekarang ni, dok memerap dalam bilik sambil menjamah biskut coklat cip.. Sesekali tu aku usha la jugak encik semut punya open house.. Ramai gak makhluk halus yang menghadirkan diri.. Haha.. Aku siap sponsor coklat cip lagi kat depa woo !! Hehe..


Okeh, entri aku malam ni ada hubung kait dengan kemalangan jalan raya ! Erm.. Kemalangan jalan raya dan hari raya memang tak dapat dipisahkan kan? Dah macam  adik beradik pulak depa ni.. Yela, masing masing ada "raya" la katakan.. Hehe..


So.. Tanpa melengahkan masa dan tanpa membuang tenaga di jari jemari aku ni, jum ikuti 3 Tips Elakkan Kemalangan Jalan Raya dari Sengal Zone !!!




  • Rehat Secukupnya !
    • Sebelum perjalanan jauh tu kan, korang sepatutnya mempunyai rehat yang cukup. Senang cite, korang tidoq je 4 - 5 jam sebelum perjalanan. Ia boleh membuatkan badan terasa segar dan bertenaga. Disamping itu, korang gak akan rasa lebih fresh seperti bayi baru lahir gitu.. Haha.. Jangan pi tidoq 14 jam pulak.. Melampau weiii ! :P  

  • Sentiasa Curiga !
    • Ini bukan kejiwangan okeh.. Haha.. Ini curiga lain version.. Maksud aku, time memandu, korang kena upkan sikit level curiga korang tu. Alaaa.. Tambah sikit je.. Supaya nanti senang sikit korang nak alert kalau jadi something keikanan (fishy). Okeh? Curiga je tau.. Contoh la kan, dalam jarak 88m di hadapan ada satu bonggolan. Korang jangan ambik mudah, tapi korang fikir la jauh sikit ke depan sambil bayangkan yang maybe tu seekor naga dok tidoq ke, jerangkap samar ke.. Hehe.. 

  • Berhenti Bila Badan Suruh ! 
    • Okeh, ni lebih pada interaksi bersama badan korang.. Macam kawan kawan laa... Hehe..  Kekadang, bila korang dah lama drive kan, mesti badan korang akan mengeluarkan signal signal mintak dimanjakan.. Seyesss ! Antara signal signal tersebut adalah, mata pedih pedih ayu, kaki kebas kebas kebab, pinggang vibrate tanpa henti dan byk lagi.. So.. Apa yang perlu korang buat, berhenti di tempat rehat, kemudian layan la badan anda. Manjakan dia bagai menatang minyak yang penuh okeh? Hehe..




Erm.. tu la dia serba sikit tips elakkan kemalangan jalan raya dari aku ! Ni semua berdasarkan pengalaman aku memandu dari Kuantan ke Kedah secara konvoi satu masa dulu.. Hehe.. Last words dari aku adalah, nyawa adalah benda yang tak dijual di kedai Tutti Frutti ! Hargai la diri anda dan insan tersayang ! Selamat memandu !!! :)





Koyok Ditempek :  Memandu itu sungguh memenatkan ! Haha.. Dulu sebelum aku dapat lesen dan tau cara drive ni, berkobar kobar dan terkinja kinja nak drive.. Sekarang?  tengok stereng pon dah malas. :P



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin