1.
Memahami dan mengerti akan maksud serta makna doa yang diminta. Kita
boleh menggunakan apa-apa juga bahasa sewaktu berdoa asalkan kita
memahami dan mengerti akan maksud yang diminta itu. Namun sebaik-baik
bahasa yang harus digunakan adalah Bahasa Arab kerana ia adalah Bahasa
Al-Quran yang diturunkan oleh Malaikat melalui wahyu yang datang terus
dari Allah s.w.t. Selain itu semua doa-doa yang diajarkan oleh
Rasulullah juga adalah dalam Bahasa Arab.
2. Berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta merendahkan diri semata-mata hanya kerana Allah.
3. Berdoa dan meminta kepada Allah dengan sebenar-benar permintaan dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
4. Tidak berdoa dan meminta kepada sesuatu perkara yang mustahil, sesuatu perkara yang buruk atau pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.
5. Berdoa dengan penuh khusyuk dan keyakinan diri bahawa doa yang di pohonnya itu akan diperkenankan oleh Allah.
6. Berdoa, bertaqwa dan bertawakal kepada Allah iaitu dengan memelihara dan menjaga setiap suruhan dan larangan-Nya.
7. Tidak pernah berputus asa didalam doanya sekalipun permintaannya itu lambat dimakbulkan oleh Allah malah sentiasa beristiqomah, sabar dan menyerah diri kepada Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan