Rabu, 9 November 2011

ADAKAH KIAMAT AKAN BERLAKU.

Kisah ini berlaku di sebuah warong kopi, di Banda Aceh kira-kira sebulan lalu. Berkesempatan berkenalan dengan dua orang rakan lama kepada salah seorang rakan seperjuangan.

Walaupun baru pertemuan pertama, sempat jugak berbual menyentuh berbagai topik termasuk politik semasa, perkembangan ekonomi dan hal ehwal masyarakat khususnya di Banda Aceh.

Apa yang menarik nak dikongsikan bersama ialah satu persoalan yang dibangkitkan oleh salah seorang kenalan baru tersebut. Dia seorang yang mahir dalam bidang IT. Memiliki perniagaan sendiri.  Mempunyai premis pejabat, kakitangan yang ramai dan beberapa projek yang boleh dibanggakan.

Lalu dia bertanya, “Apakah benar dunia ini akan kiamat?”

Menurut beliau, dunia kian berkembang dan teknologi semakin hari semakin maju. Beliau membuat kesimpulan bahawa dunia terus diperbaiki dan dimajukan, mana mungkin akan hancur dan tamat begitu sahaja!

Begitulah tanggapan pemikiran beliau. Tidak pasti apakah cara berfikir begini merupakan cara berfikir generasi baru di Aceh atau di mana-mana jua pelusuk dunia ini?

Tanpa mahu menjawab secara panjang lebar, saya mengajukan beberapa soalan sebagai usaha memberikannya jawapan.

“Kenapa manusia belum dapat menahan kematiannya sendiri?”

“Jika benar manusia begitu cerdik, bijak dan pandai untuk menyelamatkan dunia dan kehidupan ini daripada dimusnahkan oleh Maha Penciptanya, bukankah lebih logik manusia patut mencari jalan untuk mampu mengelakkan kematian terlebih dahulu?”

“Apa maknanya, dunia dapat diselamatkan, tetapi semua manusia mesti mati?”

Ternyata dunia semakin dekat dengan kiamat. Semua kerosakan sudah berlaku. Di antara yang paling parah ialah kerosakan jiwa dan fikiran manusia disebabkan sudah kehilangan Tuhan.

Jika di Aceh yang telah Allah perlihatkan kekuasaanNya melalui tsunami pun masih melahirkan pemikiran sebegini, bagaimana mereka yang tidak pernah ditimpa bencana sehebat itu?

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya[1339] serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga, dan segolongan masuk Jahannam” [AsySyura; 7]

“Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).” [Al Israa’;41]

Sepatutnya tsunami di Aceh menjadikan penduduknya semakin yakin dan membuat persediaan untuk ke negara asal iaitu Akhirat. Sebaliknya selepas enam tahun tsunami melanda Aceh, terdapat segelintir manusia terus ditipu dengan kehidupan duniawi sehingga terkeluar pertanyaan yang cukup menjijikkan, “Adakah benar kiamat akan berlaku?”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin