Selasa, 26 Mac 2013

BARISAN NASIONAL MENANG SEMUA BARANG DAN HARGA MINYAK NAIK


Kerajaan BN gagal untuk menjalankan tugas menjaga kepentingan rakyat. Pemimpin sudah lari daripada tanggungjawab sebenar sebagai seorang pemimpin kepada rakyat. Sepatutnya sebagai pemimpin yang menjadi khadam rakyat perlu mencari formula bagaimana hendak menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.

Realiti Kesusahan Rakyat.
@Kenaikan harga barang keperluan rakyat seperti bawang merah RM7.00, bawang putih RM8.00 sekilo, sayuran,ikan dan minyak masak.
@Baru-baru ini di negeri Pahang minyak masak tidak ada di pasaran, sedangkan Pahang pengeluar sawit terbesar di negara ini.
@ Pada tahun 2010 harga gula telah naik sebanyak 55%. Pada Jan 2010 harga gula hanya RM1.10 sekilo telah naik sebanyak tiga kali, bulan januari 20 sen, julai 25 sen dan 4 disember 20 sen, sehingga mencecah RM2.10 sekilo. Pada 10 Mei 2011 gula naik lagi 20 sen menjadi harga RM2.30 sen.
@ Mulai 1/1/11 Persatuan Kedai Kopi WP/Selangor menaikkan harga minuman RM1.20 kepada RM1.40 sen secawan.∙

Kenapa Harga barang naik∙
@Pemimpin bukan berjiwa rakyat, tidak fikir masalah rakyat∙ Mereka hanya membela kroni dan anak pinak sahaja∙ Mereka tidak terasa keperitan kerana yang menanggung keperluan mereka ialah rakyat.
@Rasuah meningkat, meyebabkan harga jualan meningkat kerana terpaksa membayar rasuah oleh peniaga akhirnya bebanan kos rasuah ditanggung oleh pengguna (rakyat)
@Pemimpin tidak kreatif untuk memajukan hasil bumi walaupun Malaysia negara yang subur sehingga kadar import makanan terlalu tinggi sedangkan bumi Malaysia cukup subur∙ Nilai import makanan meningkat mendadak daripada tahun 2005 sebanyak RM17.7 bilion kepada RM26.7 bilion pada tahun 2009. Import makanan menjadi tinggi kerana andaian lebih ekonomik tanah didirikan industri daripada memajukan pertanian.
@Unsur untuk mengutamakan kroni melalui permit import makanan menyebabkan kos naik mendadak, akhirnya beban ditanggung oleh rakyat.
@Tidak ada keberkatan daripada Allah kerana banyak maksiat dan perkara munkar berlaku berterusan.
@ Pelabur tidak yakin kerana rasuah, menyebabkan ekonomi mengucup

Alasan untuk Membodoh Rakyat
@ Datuk Ismail Sabri Menteri Hal Ehwal Pengguna berkata rakyat digalak menanam sayur-sayuran untuk meringan beban keluarga.
@Datuk Ismail Sabri berkata “bawang naik kerana di India banjir( Um 7/1/11)
@Datuk Ismail Sabri marah kepada peniaga kerana membuat spekulasi sehingga harga barang melambung
( UM 8/1/11)∙
@Datuk Ismail Sabri mengarahkan supaya kurangkan makan manis supaya kurangkan makan gula dan rakyat makan makanan rebus sahaja.∙
@Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga barang.( UM 16/1/11)∙
@Datuk Tan Lian Hoe memberi alasan pergolakan politik dunia seperti di Libya menyebabkan harga barang naik (Bernama 27/2/11)∙
@Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata daging mahal kerana Australia (Queensland) banjir (UM 5/3/11)∙
@Negara akan bankrap jika subsidi tidak dihentikan.
@Barang naik kerana rakyat di negara ini semakin ramai maka permintaan melebihi tawaran (UM 5/3/11) ∙
@Pemimpin mengeluarkan slogan “Ubah Gaya Hidup Anda” untuk kempen jimat cermat ∙
@Datuk Ismail Sabri cuba bermain wayang dengan kenyataannya “Kerajaan berusaha untuk pastikan barang tidak naik dan tidak akan hapus subsidi (Ismail Sabri, Bernama 5/3/11)

Jawapan Kepada Pemimpin Pak Pandir ∙
@Pas bersetuju rakyat kurang makan manis, tetapi bagaimana pula rakyat yang berniaga kueh mesti cukup rasa∙
@Memang kerajaan perlu menaikkan harga gula, tepung, minyak masak untuk elak negara bankrap pada tahun 2019 seperti kenyataan Datuk Idris Jala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.∙
@Pemimpin negara tidak kisah kerana semua keperluan mereka rakyat tanggung.

Alasan Kerajaan Kenapa Harga Minyak Naik∙
@Gunakan istilah penyelarasan, bukan kenaikan supaya rakyat boleh ditipu.
@Arahkan media jangan letak perkataan “naik”, tetapi gunakan perkataan “penyelarasan”.
@Datuk Awang Adek Timbalan Menteri Kewangan berkata “supaya minyak tidak diseludup ke negara jiran”
@Harga minyak di negara ini lebih murah daripada negara jiran.
@Datuk Tan Lian Hoe, Rakyat perlu terimakasih kepada kerajaan kerana hanya menaik minyak 5 sen sahaja sepatutnya banyak lagi∙
@Harga minyak di peringkat antarabangsa naik maka Malaysia juga terkesan∙
@Wang subsidi minyak akan digunakkan untuk memajukan pengangkutan awam.
@Wang subsidi yang ditarik akan membantu rakyat miskin.

Jawapan Untuk pemimpin Pak Pandir∙
@Jangan bandingkan dengan Singapura, kerana ia bukan negeri pengeluar minyak∙ Kena banding dengan negara pengeluar minyak seperti Brunai, Iran, Saudi, Bahrain.∙
@Walaupun minyak mahal di Singapura, rakyatnya masih mampu kerana taraf hidup rakyatnya tinggi.∙
@Jika minyak peringkat antarabangsa naik, Malaysia tentu beruntung kerana negara kita pengeluar minyak.∙ Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan daripada tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion).∙ Jika kerajaan ambil RM14 bilion untuk sabsidi masih berbaki RM76.1 bilion.∙ Kenapa kerajaan boleh beri sabsidi untuk IPP sebanyak RM19 bilion setahun. Semata-mata kerana kroni. Rakyat ditekan dengan kenaikan harga barang.∙
@Tidak adil wang sabsidi minyak ditarik hanya untuk memajukan perkhidmatan awam di bandar, sedangkan harga minyak di kampung sama seperti di bandar.∙
@Perdana Menteri dan anggota kabinet Britain dan Singapura mengumumkan pemotongan gaji dan elaun mereka tapi di Malaysia, Perdana Menterinya mengumumkan pemotongan subsidi untuk rakyat.

Bagaimana PR Mengawal Harga Barang
InsyaAllah, jika mandat diberikan kepada PR untuk memerintah di peringkat pusat kita mampu memberi yang terbaik untuk rakyat.
@Mengambil model kerajaan Kelantan yang berjaya menguruskan negeri hampir 21 tahun walaupun mengalami kekangan kewangan tanpa terencat untuk merakyatkan ekonomi melalui program kebajikan seperti kifalah, skim al ziwaj (bantuan perkahwinan), bantuan beras secara bulanan kepada orang miskin. Sekarang negeri Kelantan termiskin nombor enam, berbanding ketika mula-mula memerintah nombor dua.
@Kedah negeri yang terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM2.3 bilion telah berjaya mencipta sejarah dengan lebihan wang RM19 juta pada tahun 2010. Jika Kedah pun mampu membuat lonjakan sudah barang pasti jika PR memerintah pusat, sudah tentu boleh membela rakyat dengan pendapatan negara yang melimpah ruah.
@Berusaha untuk memerangi rasuah yang berlaku di dalam negara, seperti laporan Ketua Audit Negara 2008 yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM28 bilion, alangkah baiknya wang ini digunakan untuk rakyat.
@Model pengurusan kewangan dan menjaga kebajikan rakyat di negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang boleh dijadikan contoh jika PR memerintah kerajaan pusat.
@Memerangi ketirisan dan pembaziran adalah satu cara untuk memastikan manfaat kemewahan di pulangkan kepada rakyat. PR tidak akan mengulangi pembaziran wang rakyat seperti Majlis Bandaraya Bersejarah Melaka yang membina dua tandas awam berharga RM190,000.
@Mengoptimumkan penggunaan tanah yang subur untuk menghasilkan bahan makanan supaya wang negara tidak mengalir keluar. Lebih daripada itu ia menjadi satu keselamatan makanan tanpa bergantung kepada negara luar jika berlaku bencana di dalam negara.
@Menarik balik subsidi kepada Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion dan diagih kepada 27 juta rakyat supaya dapat menyekat kenaikan keperluan rakyat.

Ini adalah sebahagian daripada jawapan untuk membuktikan bahawa BN turun, barang turun. BN naik, barang naik, banyak naik dan binasa negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin