Kumpulan penganas sulu yang datang menceroboh ke Lahad Datu bukannya
sebarangan penganas. Taraf mereka samalah seperti penganas komunis.
Kelicikan mereka samalah seperti kelicikan penganas komunis Malaya suatu
ketyika dahulu. Sebagaimana sukarnya pasukan tentera untuk menghapuskan
penganas komunis suatu ketika dahulu, begitu jugalah kesukaran yang
dihadapi oleh pasukan tentera dan polis sekarang ini.
Penganas-penganas ini sebenarnya gerila-gerila yang telah biasa
berperang, yang telah biasa menghadapi ancaman dan taktik pihak musuh.
Jika dibandingkan pengalaman berperang yang sebenarnmya, terus terang
aku katakan bahawa penganas ini berkemungkinan besar mempunyai
pengalaman yang luas berbanding anggota keselamatan kita. Memang benar
anggota keselamatan kita mempunyai kekuatan dari segi peralatan dan
anggota, tetapi amat kurang dari segi pengalaman menghadapi peperangan
sebenarnya. Kebanyakkan anggota yang ada sekarang ini tidak pernah
sekali pun berpengalaman berperang yang sebenar kecuali latihan. Ini
tidaklah bermaksud tentera kita lemah berbanding mereka.
Apa yang ingin aku katakan di sini adalah, bukanlah sesuatu yang
menghairankan jika sekiranya serangan udara dan juga serangan darat yang
dilakukan oleh anggota keselamatan tidak berjaya membunuh penganas
dalam jumlah yang besar.
Satu lagi perkara yang tidak boleh dinafikan dan dipandang ringan ialah,
kemungkinan ada dikalangan rakyat kita sendiri yang telah membocorkan
rahsia mengenai strategi pihak polis dan tentera. Maknanya dengan
maklumat tersebut, kumpulan penganas ini telah mengambil langkah awal
untuk meninggalkan Kg Tanduo sebelum serangan diadakan pada jam 7.00
pagi.
Selepas ini apa yang boleh aku katakan ialah, selepas tamatnya penganas
komunis, sekarang ini pasukan keselamatan negara menghadapi penganas
Sulu pula. Aku percaya bahawa selepas ini peranan dan juga tindakan yang
akan dilakukan oleh penganas Sulu, samalah seperti yang dilakukan oleh
penganas komunis. Apabila penganas mula merebak dan mula menyamar
sebagai rakyat tempatan, tugas anggota keselamatan menjadi semakin
sukar. Tidak mustahil, penganas Sulu bakal menjadi seperti penganas
komunis Malaya jika pasukan keselamatan tidak berjaya membunuh atau
menawan seberapa ramai termasuk ketuanya di dalam Ops Daulat pada kali
ini. Aku percaya mereka akan bertindak lagi selepas ini secara
kecil-kecilan dengan matlamat, suatu hari nanti kerajaan Malaysia
(mungkin krajaan PR) akan memenuhi tuntutan mereka.
Namun demikian apa yang baiknya, peperangan menentang penganas Sulu ini
secara langsung akan memberikan banyak pengalaman kepada pasukan
keselamatan kita dalam menghadapi peperangan sebenar. Jika dahulu,
mereka sekali sekala memasuki hutan untuk menjejaki komunis, bermula
dari sekarang, mereka akan mula menjejaki dan mengempur penganas Sulu
pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan