Ahad, 31 Mac 2013

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA MASA KINI

 Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial
dalam kalangan remaja. Walaunpun tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang
mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para
remaja, boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli
keluaraga yang hanya hidup tapi tidak diperduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran,
nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah
keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah
menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga
tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika
berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di
fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini
biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu
peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para
remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka.
Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin
mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini.
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan
gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama
yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak
baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada
anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal
anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang
berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi
dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak
remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih
mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan
masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah
memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus
menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.
Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga.
Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk
berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat
Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just
take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan
hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak
remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan
mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus
sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini.
Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anakanak.
KESAN DAN CABARAN TERHADAP FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak
yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa
akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan
jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak
tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan
peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang
buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja
yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga,
masyarakat, dan negara.



Kesan Ke atas Negara
Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar
kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung
kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak
remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya
kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu
untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Antara kesan yang
akan berlaku ialah:
• Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.
• Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga
sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang
yang tinggi di kalangan masyarakat.
• Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala
sosial dan keruntuhan akhlak.
• Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam
peningkatan dalam kadar jenayah.
• Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya
generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.
• Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamnya akhlak remaja Islam hancur dan
rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini
tentulah serong dan buruk.
KESIMPULAN
Kajian ini mendapati bahawa keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu
membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan jika ini tidak
ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam
keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan
seseorang itu ke arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembargemburkan
ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya akhlak rakyat tidak seiring
dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa. Inilah antara yang menjadi isu dan
cabaran besar pemimpin dan semua pihak untuk menentukan negara dan rakyat benar-benar
menepati kecemerlangan 51 tahun kemerdekaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin