Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia.
Ø Agama
Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan
ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam
karya-karya para pengikutnya dalam perjanjian baru.
Ø Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Abrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham.
Ø Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus Kristus(Yehoshua יהושע dalam bahasa ibrani). Yesus dikenali juga dengan panggilan ‘ AlMasih’.
Ø Pelbagai
tradisi agamawi, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada
adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian
selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah
dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:
- Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan lebih dari 1 bilion penganut yang telah dibaptis)
- Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
- Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Angklinimisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)
- Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura).
- 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Rah Kudus yang membentuk satu Tuhan.
- Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.
APAKAH YANG DIPERCAYAI OLEH AGAMA KRISTIAN
Korintus
15:1-4 berkata, “Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan
kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya,
dan kepercayaan kamu kepada Kristus berdasarkan Berita Baik itu. Itulah
Berita Baik, perkhabaran yang aku beritakan kepada kamu. Berita baik itu
akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh.
Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya dengan teguh, maka
kepercayaan kamu sia-sia. Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa
yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana
dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. Hal ini juga
tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia
dihidupkan semula.”
ü Kristian
percaya bahawa Kitab Injil diturunkan oleh Tuhan dan merupakan Firman
Tuhan yang tiada kesalahan serta ajarannya adalah muktamad (2 Timotius
3:16, 2 Petrus 1:20-21).
ü Kristian percaya bahawa hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa, Anak (Yesus Kristus) dan Roh Kudus.
ü Kristian
percaya bahawa manusia dicipta untuk menjalin hubungan dengan Tuhan,
tetapi dosa telah memisahkan manusia daripada Tuhan (Roma 5:12, 3:23).
ü Agama
Kristian mengajar bahawa Yesus Kristus datang ke bumi sebagai Tuhan
yang benar dan juga manusia yang benar (Filipi 2:6-11), dan mati di atas
salib.
ü Kristian
percaya selepas Dia mati, Dia dikebumikan, bangkit semula, dan sekarang
berada di sebelah kanan Tuhan Bapa untuk membuat rayuan bagi pihak
mereka yang percaya kepadanya (Ibrani 7:25).
ü Agama
Kristian mengatakan bahawa kematian Yesus di atas salib cukup untuk
membayar denda dosa semua manusia dan pengorbanan ini memulihkan
hubungan yang terputus antara Tuhan dan manusia (Ibrani 9:11-14, 10:10,
Roma 6:23, 5:8).
PRINSIP DAN AJARAN DALAM AGAMA KRISTIAN
Empat prinsip utama dalam ajaran agama Kristian.
- Terdapat satu tuhan yang mencipta seluruh alam.
- Berpegang pada konsep triniti iaitu Tuhan Bapa,Tuhan Anak dan Tuhan Holispirit.
- Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai tuhan serta melayan semua orang dengan adil dan hidup secara aman damai.
- Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkahlakunya didunia. Seseorang kristian yang taat kepada agamanya akan menikmati kehidupan abadi selepas mati manakala seseorang yang berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi.
Ajaran agama Kristian terdapat dalam 2 rukun utama.
- Cintailah tuhan dengan seluruh jiwa ragamu.
- Cintailah jiran seperti kamu mencintai diri sendiri.
PENGANUT AGAMA KRISTIAN
Hidup
dalam dosa menghalang hubungan yang rapat dengan Tuhan, penganut agama
Kristian yang masih hidup berdosa tidak akan menikmati hubungan yang
rapat dengan Tuhan. Walau bagaimanapun, Kristian akan menang dalam
pertempuran dengan dosa ini jika mereka membaca Kitab Injil dan mematuhi
firman Tuhan dalam hidup mereka; serta sudi menerima ajaran daripada
Roh Kudus; tunduk kepada pengaruh Roh Kudus dan mematuhi ajaran Tuhan
melalui Roh Kudus.
Agama
Kristian adalah mengenai kepercayaan kepada Kristus yang mati di atas
salib untuk membayar dosa kita, dan bangkit semula daripada kematian.
Denda dosa kamu telah dibayar dan kamu boleh menikmati hubungan yang
rapat dengan Tuhan. Kamu boleh memenangi sifat dosa semulajadi dan
berjalan dengan Tuhan dalam keadaan taat-setia. Inilah agama Kristian
yang sebenar mengikut ajaran Kitab Injil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan