Mungkin terlalu awal untuk saya mengatakan Sabah akan tumbang dan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi kalau orang bertanya saya mengenai Sabah, saya akan jawab Sabah kini sudah separuh dalam genggaman Pakatan Rakyat.
Kedudukan Sabah kini berbanding dengan Sarawak, Sabah lebih bahaya kepada BN. Wajar kalau Najib Razak perlu kerap turun ke Sabah untuk menyelamatkan kapalnya yang bakal karam.
Anwar berkata sesuatu sebelum memasuki ke bilik pertemuan.
Alhamdulilah saya dapat saksi sendiri apa yang berlaku di Sabah kini. Berbaloilah saya turun ke Sarawak dan Sabah bagi mengikuti perkembangan yang sedang berlaku.
Sabah kini bagi UBN ibarat sebuah kapal yang sedang karam. Makin hari kapal itu makin senget dan bakal ghaib akan ditelan lautan. Sudah tidak ada iktiar dan usaha untuk menyalamatkan Sabah. Umno kini hanya boleh berdoa dan menyediakan mangku untuk menanda air mata saja. Selepas ini ketua menteri Sabah bukan lagi dari Umno tetapi dari Pakatan Rakyat.
Seorang pegawai tinggi kerajaan dipetik sebagai berkata, ..Najib bawalah berapa ratus billion ke Sabah tidak boleh menyelamatkan Sabah. BN akan kalah di Sabah. Sejajar itu saya teringat kata-kata seorang hartawan Sarawak malam tadi yang mengatakan dia kini sedang berkempen supaya rakyat Sarawak ambil duit tetapi undi pembangkang.
Maksudnya wang tidak akan memberi apa-apa erti dan jaminan lagi untuk Umno selamatkan Sabah. Rakyat Sabah memang mahukan wang, tetapi kali ini mereka tidak mungkin akan mengundi BN lagi. Mungkin kerana menyedari itu... dengan melihat body language rakyat Sabah menyebabkan pegawai kerajaan itu bermadah demikian. Ertinya Sabah sudah tenat dan sukar untuk diselmatkan lagi.
Cerita Sabah akan tumbang ini saya dengar sejak beberapa minggu lagi. Sejak keberanian Lajim Ukin dan Wilfread Bamburing mengambil tindakan keluar parti meninggakkan BN. Tindakan itu mencetus semangat baru di kalangan rakyat Sabah dan menjadi membentuk momentum hari ini. Tetapi saya tidak begitu yakin kerana saya tidak apat melihat sendiri perkembangan di Sabah. Menjadi perangai saya sukar untuk mempercayai sesuatu yang hanya di khabarkan sehinggalah saya lihat, rasa dan alamai sendiri.
Semasa di Makkah dua minggu lepas juga saya sudah medapat berita berkenaan. Bahawa berlaku gelombang dan kesesaran politik besar di Sabah. Anihnya gelombang itu bukan kerana ia meriak dari Kuala Lumpur, tetapi ia meletus di Sabah sendiri. Gelombang yang bakal menenggelamkan kerajaan UBN Sabah bukan panggilan dari Kuala Lumpur tetapi ia muncul dari Sabah sendiri.
Atas tanggungjawab itu maka saya menyusahkan diri terbang ke Kuching kemudian ke Sabah untuk semata-mata untuk melihat dengan mata kepala saya sendiri mengenai apa yang berlaku. Pada catatan permulaan ini saya tidak mahu membongkar berbagai kepelikan dan keanihan yang berlaku di Sabah yang mengarah kepada perubahan besar politik di negeri bawah bayu ini.
Cukup kalau saya menyebut pertemuan Anwar dengan para pemimpin politik Sabah tengah hari tadi mengesahkan kata-kata bahawa Sabah di ambang kehancur buat UBN. Para arkitek politik Sabah sedang merangka bagaimana proses penumbangan itu dan memikirkan pula bagaimana untuk membangun bentuk politik baru yang lebih diterima serta menyakinkan.
Belum pernah rasanya peristiwa seperti ini berlaku. Dan ini amat menggembirakan Anwar saya kira yang secara tidak langsung perjuangan Anwar selama 10 tahun dalam kandang penderitaan sudah disedari akan kepentingan dan keperluannya. Anwar kini sedang mengutip hasil dari perjuangannya menyedar dan membela rakyat yang dilakukannya. Bagaimana apa yang Anwar sebutkan, kebangkitan adalah kebangkitan rakyat yang perlu ditangani sebagai mungkin hendaklah tersemat di dalam hati.
Bertempat di sebuah hotel di bandaraya Kota Kinabalu Anwar mengadakan satu pertemuan separuh sulit dengan beberapa tokoh politik Sabah. Sebaik tiba di airport Anwar ke hotel berkenaan. Di situ sudah sedia menanti tokoh-tokoh politik Sabah untuk berjumpa dengan beliau. Anwar hari ini diletak sebagai dewa yang akan membuka lembaran baru di Sabah.
Ketika saya menjenguk masuk ke dalam bilik pertemuan itu ditingkat satu hotel berkenaan, ternampak Yong Teck Lee, Jefery Ketingan serta beberapa orang pimpinan kanan PKR dan juga DAP serta beberapa tokoh lain termasuk dari parti Star. Sejurus itu mereka berdua keluar dan menaiki ke tingkat atas untuk bertemu dengan Anwar. Lajim Ukin dan beberapa tokoh lain sudah pun bersama Anwar, mungkin dalam bilik peristirehatan Anwar.
Menurut maklumat pertemuan itu antara lain memulakan rangka kerja lebih mantap bagaimana hendak menyelaraskan parti-parti politik yang akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Mungkin formula dicari bagaimana strategi tepat bagi menumbangkan kerajaan UBN Sabah.
Ikut sama hadir dalam pertemuan itu ialah pemimpin DAP Sabah dan Kuala Lumpur. Tokoh yang saya nampak dan kenal ialah Teresa Kok. Pertemuan itu mesra dan penuh bersemangat. Setiap wajah yang tersapa oleh mata cerita dan sumringah.
Cuma apa yang mungkin sedikit mengilankan, saya tidak nampak wakil Pas yang hadir. Kalau wakil Pas turut sama hadir maka boleh disifatkan pertemuan tengah hari tadi penting dan menjadi titik tolak ke arah pakatan menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Musa Aman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan