Pencerobohan
Sabah memang telah dirancang dengan begitu rapi seperti mana mereka
merancang memisahkan Timor Timur dari Indonesia. Perancang utama dan
juak-juaknya terdirti dari orang yang sama. Jelas di sini pakatan haram
sememangnya telah terlibat secara langsung di Timor Timur. Walaupun
bukti amat nyata menuding jari ke arah Anwar and the gang namun bukti
yang lebih kukuh akan diperlukan untuk mematahkan kejahatan pakatan
haram ini.
Timor
Timur merupakan sebuah wilayah kecil milik sah Indonesia sejak 1976
hingga 1999. Bermula tahun 2002 ia kemudiannya secara rasmi terpisah
dari Indonesia dan dikenali sebagai Republik Demokratik Timor Leste.
Bagaimana
wilayah Timor Timur akhirnya menjadi sebuah negara dan siapakah dalang
yang bertanggungjawab menyebabkan Indonesia berpecah? Untuk menjawab
persoalan itu, elok kita sama-sama menelaah sejarah kerana sejarah
adalah guru kita, ia boleh dijadikan iktibar, pengajaran malah teladan
berguna.
Sebahagian
punca yang merintis kepada keluarnya Timor Timur dari Indonesia
disebabkan wujudnya sebuah forum Asia Pacific Conference on East Timur 2
(APCET II) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 9 November 1996.
Sebelumnya, Sidang APCET I pernah diadakan di Manila pada bulan Mei
1994.
Tujuan
penganjuran kedua-dua forum tersebut amat jelas untuk membincangkan isu
pembebasan wilayah itu dari Indonesia dengan turut melibatkan campur
tangan antarabangsa. Bagaimana pun persidangan itu di bantah oleh Pemuda
UMNO dan salah seorang penentangnya ialah Saifuddin Nasution yang
ketika itu adalah Setiausaha Kerja Pergerakan pemuda UMNO Malaysia.
Berikutan
tentangan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO tika itu, PAS pula bangkit
sebagai pengkritik mempertikaikan kesungguhan Pemuda UMNO membantah
Sidang APCET II, seakan memperlihatkan PAS menyebelahi usaha
memerdekakan Timor Timur dari Indonesia.
Salah
satu NGO yang terlibat aktif menjayakan Sidang APCET II ialah SUARAM,
sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kini aktif mengecam Kerajaan
Malaysia khususnya dalam isu Kapal Selam Scorpeane.
Watak
lain yang turut sama menyokong APCET II termasuklah Tian Chuan dan
R.Sivarasa. Kebetulan yang amat menarik, kedua-dua pemimpin PKR ini
telah ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013 yang lalu, dua tiga hari
sebelum pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu, Sabah.
Kira-kira
dua tahun selepas Sidang APCET II, Indonesia dilanda ribut reformasi
yang sebahagian puncanya melibatkan sahabat karib Anwar Ibrahim iaitu
Amien Rais yang bercita-cita untuk menjadi Presiden Indonesia
menggantikan Suharto.
Setahun
kemudiannya, sewaktu Indonesia di bawah pimpinan Presiden BJ Habibie
akhirnya satu pungutan suara di Wilayah Timor Timur diadakan yang
memihak kepada gerakan pemisah. Selepas itu diikuti dengan berlakunya
rusuhan besar-besaran melibatkan pertempuran antara orang Islam dan
Kristian.
3
tahun kemudiannya Timor Timur muncul sebagai sebuah negara baru di mana
ia juga kini merupakan tapak utama penyebaran agama Kristian di rantau
Nusantara.
Ringkasan
sejarah kemunculan Timor Leste (Timor Timur) tak mustahil boleh
berulang semula, yang mana kali ini mungkin melibatkan Sabah pula
sementelah lagi salah seorang sekutu Anwar iaitu Jefrrey Kitingan pernah
di tahan di bawah ISA berikutan dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari
Malaysia.
Malah
beberapa bulan sebelum berlakunya pencerobohan di Lahad Datu, pemimpin
kepercayaan Anwar di Sabah itu pernah menemui waris 'Kesultanan Sulu',
manakala Anwar pula pernah beberapa kali menemui rakan akrabnya yang
pernah memimpin MNLF iaitu Nur Misuari yang diketahui umum begitu
bercita-cita untuk menakluki Sabah.
Kebetulan
juga Nur Misuari mempunyai hubungan rapat dengan Jamalul Kiram III dan
merupakan penyokong kuat kepada tuntutan ke atas Sabah, dan kebetulan
juga sebahagian besar pengganas Sulu tajaan Jamalul Kiram III merupakan
anggota MNLF yang setia kepada Nur Misuari.
Dalam
pada itu, laporan oleh Reuters baru-baru ini yang memetik kenyataan
sumber risikan tentera Filipina mengesahkan pencerobohan yang berlaku di
Lahad Datu ada kaitan dengan jemputan dari Ketua Pembangkang Malaysia
iaitu Anwar Ibrahim.
Tambah
menarik lagi, sejak beberapa bulan kebelakangan ini Anwar kelihatannya
cukup bergembira menyanyikan lagu "Sabah Nak Hilang" seakan satu
bayangan akan ada sesuatu yang besar seperti Timor Timur bakal berlaku.
Mungkin ya, mungkin tidak.
Apa
pun sejarah hitam Indonesia kehilangan Timor Timur sewajarnya dijadikan
iktibar dan diambil pengajarannya. Kita tidak mahu Sabah mengulangi
sejarah tersebut dan tentu sahaja majoriti rakyat Sabah langsung tidak
terdetik untuk berada di bawah kekuasaan Jamalul Kiram III yang sudah
terbukti kekejamannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan