Isnin, 11 Mac 2013

ASAL-USUL ORANG THAI

Orang Thai (atau Tai) adalah etnik utama di Thailand dan merupakan sebahagian dari orang etnolinguistik Tai yang didapati di Thailand dan beberapa negara di Asia Tenggara serta di selatan China. Mereka juga dikenali sebagai Thailander. Bahasa mereka adalah bahasa Thai, bahasa rasmi Thailand, yang diklasifikasikan sebagai sebahagian dari keluarga bahasa Tai-Kadai. Majoriti mereka ialah pengamal agama Buddhisme Theravada.

Isi kandungan

Sejarah

Sejarah awal orang Thai adalah sebagai satu bangsa dari selatan China dipanggil NAN-JOA (Nanzhao atau Nanman), dari rekod Cina dalam abad keenam SM. Orang Thai awal ini adalah dari Yunnan dan bertebaran ke beberapa daerah di Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos. Orang-orang Thai tiba dalam beberapa gelombang dan menggantikan penduduk Mon dan Khmer sebagai penduduk utama di daerah Thailand semasa zaman Sung China sekitar 960 Masihi. Orang Lao yang berkait berpisah dari orang Tai-Kadai awal dan bergerak ke Asia Tenggara, terutamanya Laos, manakala suku Thai yang lain, bangsa Shan, bergerak ke Myanmar.
Penubuhan kerajaan Sukhothai pada tahun 1238 adalah kemuncak kejayaan pertama bangsa Thai. Sebelum dimusnahkan oleh kerajaan Ayutthaya yang mendapat sokongan dari Mongol India dan Mongol di China atau Manchuria. Kemudian dikembalikan kepada Thai oleh usaha yang dilakukan oleh dinasti Chakri 1768.

Geografi dan demografi

Majoriti bangsa Thai mendiami Thailand dan Laos. Walaupun begitu bangsa Thai boleh juga ditemui di negara lain di Asia Tenggara. Hampir 50 juta mendiami di Thailand [1], manakala ribuan lagi di Taiwan, Singapura, Malaysia, Kemboja, Myanmar, Laos, Amiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.

Budaya dan masyarakat

Bangsa Thai boleh dibahagiakan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan kepada Thai utama, timur laut, utara dan selatan dengan setiapnya mempunyai dialek sendiri bagi bahasa Thai, namun masih boleh difahami yang lain. Kini bahasa suku Thai utama telah menjadi bahasa rasmi dan menjadi dominan akibat dasar rasmi kerajaan yang cuba mengasimilasi dan menyatukan bangsa Thai, walaupun ia boleh mengakibatkan bahasa Siam, Melayu Petani, Khmer dan lain-lain bahasa etnik di Thai menjadi hilang. Penulisan bahasa Thai menggunakan abjad Thai yang dibangunkan tidak lama selepas penaklukan Angkor, yang menandakan ia berasal dari tulisan Khmer.
Orang Thai kini kebanyakannya penganut Buddhisme Theravada dan kuat mengaitkan identiti etnik mereka dengan kepercayaan agama yang termasuk pemujaan nenek moyang (lihat budaya Thailand). Sesetengah bahasa Thai dipinjam dari Sanskrit yang asasnya dipinjam melalui budaya Khmer dan Mon, sementara dari segi etnik bangsa Thai adalah berkaitan dengan selatan China. Budaya setempat termasuklah Tomoi (Muay Thai), tarian Thai dan Nang Yai (wayang kulit). Masakan Thai pula agak bersifat eklektik dan merupakan pengaruh dari negara jiran Burma, Laos dan Kemboja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin